Sunday, January 10, 2016

Ke Korea Ke Kita 2015


Hari pertama (9/12/2015)

Disebabkan kami bertujuh dari tempat yang berbeza maka MCD KLIA2 menjadi tempat kami berkumpul. Seawal pukul 12 tengah malam aku, Faris, Nain dan Syamim telah membina kem berkumpul di MCD.  Tak lama selepas kami bertapak, Nije pon sampai dari KB.  Terkejut kami lihat Nije dengan 2 beg sekolah bersaiz biasa.  Tanya punya tanya, banyak yang dibawanya dengan makanan lagi tapi kami kagum sebab semua tu muat dlm beg kecil dya.  Maka diistiharkan beg doraemon.  Hehehhe...Dan seterusnya Wahidah a.k.a Wahid pon sampai.  Maka kami berenam pun memulakan sesi menyembang tentang perkara2 yang dibawa.  Malam tu aku dan yang lain2 tak dapat tido.  Nije dan Nain asyik meluah perasaan bergosip tentang segala rasa yang ada. 

Pukul 5:30 pagi, yang terakhir pun sampai.  Tak lama kami berkumpul, pukul 6 pagi kami bertolak ke pintu masuk.Neves juga sbb kali pertama ke gate oberc ni.  Aku ikut-ikut orang je.  Dan bahagian neves bila cek paspport dan cap jari dgn mesin.  Terkial-kial juga la.hahahha..2 proses pertama berjalan dengan lancar. Nak ke gate punyalah jauh 20 minit juga berjalan dengan beg yang boleh tahan berat. Sadokan bahu je la...hahahha 
Bergambar dengan 7 runningmate sebelum boarding


Muka teruja melaksanakan misi...

Disebbkan lupa nak beli air mineral sebagai bekal dalam penerbangan, maka kami pun beli air mineral di kdai dalam boarding gate yg berharga rm2 1 cawan dalam 500ml.  So disebabkan dalam cawan makanya kena la transfer ke dalam botol air.  Baru selamat sikit dari bencara tumpah.hehheheh..

Pukul 7:20 pagi kami pun menaiki pesawat dengan perasaan teruja dan sedikit debaran semoga perjalanan kami dipermudahkan dan lancar.
Bye-bye Malaysia....


  Disebabkan tak tido malam..kami smua berzzzzz smpai pkul 11 pagi.  Pukul 4.00 petang waktu Korea pesawat bersedia untuk mendarat di lapangan terbang Incheon.  Sebaik turun pesawat, senyum lebar la kami bertujuh.  Macam tak percaya dah sampai Korea. 

Betol ke kita lakukan ini...Korea...koreaaaaa.....

Dari arrival ke imgrsen punyalah jauh.  Turun esklator demi esklator sambil memerhati style orang korea.  Berdasarkan pemerhatian pertama, orang korea tak pakai baju sejuk berwarna terang.  Majoriti pakai warna hitam.  Tak colurful langsung.  Hahaha...turun punya turun kena naik tren pula ke arrival hall.  Tren tiba setiap 5 minit.  Free tak kne bayar taw.

Menunggu tren ke arrival hall...Nampak tak orang2 dibelakang sana,,semua berbaju gelap


Hampir 1 jam beratur untuk imigresen.  Punyalah lama dan panjang.  Penat kaki berdiri penat lagi bahu memikul beg.  Riso dengan hari semakin gelap lagi.  Yelah nak cari jalan keluar dalam kegelapan di tempat yang masih diluar batasan pengetahuan,  bahayo-bahayo...

5.30 petang kami dengan teruja keluar aiport dan mencari subway ke Seoul stesen. Angin pertama yang menyapa kami tidaklah sesejuk angin beijing dahulu.  Angin petang ni, sekadar sejuk ala-ala genting dan cameron highland.  Cik lily still dengan t-shirt lengan panjang dan warmer. 


Wah ceria menghirup udara di Seoul buat kali pertama...
Tengok gambo di atas, bangunan di belakang kami itulah subway utk ke Seoul Station.  Dan kami mengadap ke arah Incheon Airport. Jadi nampaklah kan gambaran jarak utk ke stesen subway.

Penjelajahan bermula dengan mencari stesen subway tanpa bertanya pada sesiapa.  Cewahhh...sangat berdikari.  sebaik keluar dari airport jalan terus dan lintas jalan.  Ikut penanda itx dan tren.  Stesen subway ni terletak dibangunan lain jadi jauh sedikit la kena jalan. 

Masalah pertama dihadapi ialah cara guna mesin t-money.  Mana nak tekan kalau butang pun tulisan korea.  Aku tengok2 cara orang korea guna mesin ni dan akhirnya dengan teknik peniruan kami dapat menggunakan mesin ini dengan jayanya.hahhaha.  Dapatlah kami tambah nilai T-money sebanyak 10ribu won dengan baki dalam kad 2000won.

 Sebab kami dapat kad t-money dr Korea Tourist Organization.  Tips ke Korea untuk bajet, kena banyak survey di tenet.  Banyak kupon blh dapat bila jawab survey mereka. Antara yang kami dapat, T-money dengan isian percuma 2000Won.hehheheheh

Contoh design T-money
ginilah rupa mesin T-money utk tambah nilai
Ini cara nak tambah nilai T-Money

angka di atas menunjukkan harga tambang dan angka bawah baki T-money ini masa hangpa touch mcm nak naik lrt 


Cara nak guna sama dengan kad touch n go Malaysia.  Jadi tak la jakun sangat. 

Dari seoul station kami tukar line 2 (hijau) untuk ke wangsimni iaitu stesen yang terdekat dengan hotel kami.  Semua ini agak mudah untuk difahami hanya dengan melihat laluan subway dan warna line.  Pastikan tempat yang ingin dituju terdekat dengan stsen subway apa.   


Masa ni oppa ni muka dya iras2 kang Gary..sedang berusaha memberitahu cara nak k wangsimni...

ini awek mereka ber2...

mak cik tadi vlunteer ambik gambo kami...hahhhaha


Dari awal sampai Wangsimni...tetap berdiri,,,,

Walaupun masih kekok dengan situasi semasa, tapi kami tetap cuba menyesuaikan diri dan berramah mesra dengan orang-orang korea dalam tren ni. Yang pertama; kami berikan senyuman, kdua; mnawarkan tempat duduk kepada warga tua, ketiga; ringan mulut bertanya walaupun tak pandai ckp korea.  Perkara seperti inilah yang banyak membantu kami di negara asing ini.  Dan ramai yang membantu ketika kami mencari arah yang benar.hahhhaha

















No comments:

Post a Comment