Saturday, December 15, 2012

Persiapan Sebelum Ke Beijing


Bersiap utk bercuti...weiiiiii

Baiklah, sebelum aku bawa kamu semua ke negera China ni, aku akan ceritakan terlebih dahulu persiapan yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan ke kota bersejarah itu.  Kami akan bertolak ke Beijing pada 18 November 2012 dengan menggunakan khidmat penerbangan Air Asia dan penerbangan akan mengambil masa 6 jam 30 minit.  Lebih kurang lama dengan pulang ke KL-TRG menaiki bas ekspres...hhahahha

Pertama, pastikan passport tak luput sekurang-kurangnya  dalam tempoh 6 bulan.  


Passport Malaysia....hohohoho

Kedua, permohonan visa untuk ke Beijing perlu         dibuat.  Ada dua cara untuk memohon visa iaitu dengan memohon sendiri atau melalui agensi pelancongan sekiranya pergi dengan pakej yang dibeli.  Untuk maklumat lanjut boleh lawat di sini... 

Hah...ini contoh visa ke china...hohoho
Ketiga, bolehlah menempah tiket penerbangan sama ada Air Asia atau Mas.  Keempat, setelah selesai semua di atas, bolehlah meneruskan      persiapan seterusnya iaitu menukar RM kepada mata wang China iaitu Yuan/ Renminbi (RMB).  Secara kasar, nilai tukaran RMB adalah separuh daripada RM. Contohnya RM1= 2 Yuan.  Untuk                       membuat rujukan nilai tukaran wang asing terkini boleh layari di sini...

wang China bernilai 100 Yuan dan 50 Yuan

Yang di tepi (merah) tu wang 5 Yuan atau 50 sen kita...terdapat dalam bentuk wang kertas dan syiling..
yang di tengah dan sebelahnya 20 Yuan dan 5 Yuan 

kelima , Persediaan dari segi ubat-ubatan juga amat untuk dibuat sebelum memulakan perjalanan.  Yelah, kita tak taw sepanjang bercuti, kita ni sihat je atau sakit sebab kadang kala badan tidak selesa dengan perubahan cuaca tempat percutian tu...so kenalah bersedia...kata orang sediakan payung sebelum ujan...heeee....
kan kalau sakit susah nak cari ubat kat negara orang... trus potong mud nak berhoney moon dengan bahagia...kkikiiki

sebagai persediaan, elok di bawa bersama ubat tahan sakit, ubat selsema, ubat batuk, panadol, minyak urut, minyak angin, eyemo, dan apa-apa je lah ubat yang diperlukan.  Dan perlu diingatkan, cecair, krim atau losyen yang lebih 100ml xdibenarkan dibawa ke dalam pesawat.  Krim sperti vaseline perlu dibawa tidak kira bercuti musim panas atau sejuk.

Keenam ,yang ni kadang-kadang orang lupa bila nak travel ke luar ngara,  lau ngat tersalah beli.  Apa tu? Hah...travel adapter ler... penting tuk tetap berhubung dengan ahli keluarga, bergambar, ber’watsapps’ mahupun instagram.  Oh..tuk pgemar facebook..boleh lar bercuti daripada facebook sbb kat China Facebook di ‘blok’ heee.  Bukan setakat FB, Twitt, blog n Utube pon mengalami nasib yg sama....heee...maklumla dsar komunis smuanya ditutup bagi menjaga keamanan negara daripada pemberotakan...maka kita di msia yg dasarnya demokrasi...bersyukurlah bebas tnpa sekatan begini...hek3


Lain2 keperluan

            1)     Pakaian dan keperluan lain
( Untuk musim bunga dan panas – tak perlu risau sebb cuaca tdk jauh beza dengan m’sia.  Jadi boleh mbawa pakaian biasa.  Cuma kena sediakan mask muka sbb berdebu di sana. )

(untuk musim luruh dan sejuk- banyak yang perlu disediakan bagi memastikan badan selesa dengan kedinginan angin di sana)

·          Winter coat /outer wear
·          Sweater / hoodie 
      (dipakai dibahagian dalam winter coat)
·         Mittens / gloves (sarung tangan)
·         Scarf / neck-gaiters
·         Cap / head cover
·        Winter boots
·        Winter sock / leg warmer
·         Snow pant
·       Thermal (inner warmer)

*  Perlu ingat bahawa amat penting untuk memakai long john tuk cuaca sejuk dan inner warmer...ini sgt mmbantu berbanding pakai sweater berlapis-lapis.  Lagi 1 inner dapat elak kulit daripada terkne angin dan boleh mbuatkan kulit mngelupas dan pedih...


        2)   Barangan peribadi
·         Apa2 shj untuk keperluan peribadi
·         Ubat
·         Pencuci muka
·         Losyen
·         Telekung
·         Beg galas

          3)  Lain2
·         Buku panduan kota beijing
·         Buku nota dan pen
·         Kamera
·         Pengecas gadget
·         Adapter
·         Payung
·         Baju hujan
·         Kaca mata gelap
·         Botol air
·         Makanan ringan (biskut, roti)
·         Beg plastik utk baju kotor
·         Gelang getah/ pengikat
·         Kompas
·         Termos


PERLU DIINGATKAN !!!


Anda perlu membawa adapter sendiri sebab plug di Beijing tidak sama seperti plug di Malaysia.  Adapter universal boleh dibeli di kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia.


Ini adalah jenis plug di China.  Sebelum ke mana-mana destinasi percutian di luar negara, amat penting untuk dibuat tinjuan tentang penggunaan plug di sana kerana setiap negara terdapat perbezaan plug.  Bagi membantu kamu mendapatkan maklumat berkaitan penggunaan plug di negara berkenaan boleh la merujuk di sini...
Adapter ini boleh dibeli di Mydin...haa..inilah barang pertama yang aku beli guna kad siswa...byk jgak ptgannya..harga kat Mydin dlm RM12.90 jee...

Cara nak guna senang aje...cuma on mane2 plug yg perlu cthnya kat  sebelah  kiri tu utk  China...ini adapter seberguna...heee...pergi eropah guna plug eropah pula..kikiii


Lagi 1, bagi elak sebarang kejadian yg tidak diingini...sebarang barangan seperti pemetik api, pemotong kuku, pisau lipat hendaklah dibawa di dlm bagasi yang diletakkan di tempat barg bukan di dlm pesawat...heee

Seelok-eloknya bawa beg galas atau beg tgn ke dlm pesawat.  Segala ubatan yg berharga blh dibawa bersama-sama ke dlm pesawat itu nanti.

Sebelum ke Beijing, anda boleh menghubungi persatuan pelajar Malaysia di sana sekiranya memerlukan khidmat pemandu pelancong dan jangan lupa untuk memaklumkan kedatangan kita kepada kedutaan di sana. 

Bagi membantu anda di beijing, amatlah digalakkan supaya sedikit sebnyak anda belajar bahasa Mandarin yang paling asas sperti kata arah, warna, nombor, kata ucapan dan sebagainya lagi.

Dan yang terakhir, tempah bilik hotel lebih awal dan pilih lokasi hotel yang strategik spt dekat dengan rangkaian subway, kedai serbaneka, restoran, dan tempat2 yang ingin dilawati.

Owhhh...sebelum terlupa...
Tandas di Beijing tidak mempunyai paip !!!.  Langsung tiada.  Biarpun berapa banyak bintang sesuatu tandas tu..tapi 1 paip pun xde.  Malah xde kunci lagi...kikiki....so peringatan...masuk hendklah berteman supaya ada teman yang menjaga pintu dari luar supaya tdk dicerobohi ktk sedang berehem2...seperti yang berlaku kepada teman sy...kikiki.....bukan dya yang di’hendap’ tp ter’hendap’ org china sedang....hmmm....hek3....
Bawalah botol air sama ada kosong atau tidak bagi proses mencuci...heeee...tisu jangan dilupa utk dibawa juga yer....
  
baca lagi...






(sumber rujukan ; buku Trevelog Beijing (izan Ali dan kwn2), blogger dan internet)
.

11 comments:

  1. Bgs sgt tips ni...tima ksh pemlik blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kasih,,,perkongsian ilmu utk semua :)

      Delete
  2. tips yg bagus...23 dis ni nak terbang ke beijing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,,,mesti dah balik beijing ni...best kan kat sana,,,hehhehe,,,

      Delete
  3. musim bunga kat sana suhu dia berapa ek...

    ReplyDelete
  4. salam.. nk tnya, kami akn berangkat ke beijing awl bln 3 nti. suhu dianggarkan 11deg C.. perlu ada wintercoat ke, or sweater biasa dah memadai? thanks..

    ReplyDelete
  5. Salam.. anda mencari pendapatan sampingan??
    Klik link ini untuk mklumat lanjut..
    My Invite Pay

    ReplyDelete
  6. hi, info yg bagus! tq share. pergi dengan travel agency ke pergi sendiri?

    ReplyDelete