Friday, December 31, 2010

KISAH MALAIKAT MALIK DENGAN API NERAKA


Mansur bin Amar berkata : “Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat Malaikat yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka, dan pada tiap-tiap kaki malaikat Malik terdapat tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.”

Kalau malaikat Malik memandang ke neraka maka penghuni neraka akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.

Huruf “Al basmalah” itu ada sembilan belas dan bilanagn huruf pada “Az zabaniyah”juga ada sembilan belas. Mereka dinamakan demikian itu iaitu dengan nama Zabaniyah kerana mereka itu boleh bekerja dnegan kaki mereka seperti mereka bekerja dengan tangan mereka. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang kafir dengan satu tangan, 10,000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan mengambil sedemikian dengan kaki yang lain.

Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawah tiap-tiap pemimpin itu ada penjaganya yang mana bilangannya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mata mereka laksana kilat yang menyambar, gigi mereka seperti putihnya tanduk lembu, bibir mereka menyentuh telapak kaki, mulut mereka mengeluarkan api. Allah SWT menciptakan mereka tanpa ada sedikit punrasa kasih sayang, salah satu malaikat terjun ke dalam lautan api selama 40 tahun, tetapi api tidak membahayakan mereka, kerana sinar itu lebih kuat daripada api yang panas. Malaikat Malik berkata kepada malaikat Zabaniyah : “Campakkan mereka itu ke dalam nereka!”

Apabila malaikat Zabaniyah mencampakkan orang-orang berbuat dosa ke dalam neraka maka mereka semua berkata : “Laa illaaha illallaah” Api tidak dapat membakar mereka, maka berkata malaikat Malik : “Wahai api mengapa kamu tidak mahu membakar mereka?”

Berkata api : “Wahai Malik , bagaimana aku hendak membakar mereka sebab mereka menyebut “Laa illaaha illallaah.” Kemudian berkata malaikat Malik, “Ya, begitulah Allah pemilik Arsy yang agung telah memerintahkan.”

Kemudian api pun membakar tubuh mereka sampai kedua tapak kakinya, ada yang dibakar sampai kedua lututnya , ada yang dibakar sampai pusatnya dan ada juga yang dibakar sampai tengkuknya. Apabila api hendak membakar muka mereka maka malaikat Malik berkata : “Wahai api janganlah kamu membakar muka mereka sebab mereka itu pernah bersujud kepada Allah Yang Maha Rahman dan janganlah kamu membakar hati mereka sebab mereka haus dan dahaga dari beratnya berpuasa dalam bulan Ramadan.”


Selamat, M. I. (1999). Himpunan Kisah-Kisah Malaikat. Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

No comments:

Post a Comment