Saturday, June 30, 2012

Bicara Pengemis Cinta

I LOVE YOU SAYANG...
Bicara pengemis cinta...
Aku seorang pencinta yang tidak pernah mengungkapkan selamat tgl kepada cintanya...
walaupun disakiti cinta yang kadangkalanya sukar untuk terubat,
tetapi aku ubatinya dengan kenangan dan janjiku pada cinta...
aku tetap akan mencintai hingga akhir nyawaku...
dan kerana aku tahu...
melepaskan cinta itu terlalu perit...
aku tidak sanggup meninggalkan cinta dan kerana itu aku memilih untuk memaafkan cinta...
KENAPA??
kerana dengan kemaafan itu, aku mampu mendekati cinta lagi...

Bicara pengemis cinta...
aku telah lalui pelbagai episod cinta dalam kehidupanku ini dalam aku menempuh alam remaja...
dan pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang CINTA,,,
aku pernah dicintai...
tapi egoku yang ingin aku dimengertikan dan tidak mengerti hatinya itu telah melenyapkan cinta itu...
sesal??
hingga kini aku ingin memutarkan kembali waktu itu agar aku masih memilikinya kini....(tetiba airmataku jatuh..huk3)
sungguh...
aku terlalu rindukan dia...ingin sahaja aku menyatakan kpdnya,..
betapa aku menyayanginya...
tapi tiada lagi kujumpai peluang itu....
besarnya egoku waktu itu...aku sering menyakitinya...dan kerana egoku itu,
aku terlepas banyak peluang untuk membaiki hubungan kami itu...
kerana egoku...aku hilang cinta...hingga kini...
dan pengajaran ini cukup untuk mengajar aku ttg kehidupan...
hargai apa yang kita miliki...
hargai org yang menyayangi kita...
ingat semua kenangan yang pernah dilalui tatkala hati ingin memutuskan hubungan...
tiada guna memiliki ego dalam cinta...
walau apapun yang berlaku..
hargai cinta yang hadir dalam hidup kita ini...


           Hariku gembira dengan hadirmu...
Bicara pengemis cinta...
sudah cukuplah sudah,
dengan apa yang telah aku lalui dulu...
KEHILANGAN CINTA...

kini,
aku punya cinta lagi,
dia hadir tanpa kuminta...
dia hadir tanpa kuduga...
dia memberikan sejuta warna dalam hidupku...
dia hadiahkan kenangan yang indah dalam hidupku..
dia begitu bermakna seumur hidupku ini..
dan tiada pengganti bagi dirinya lagi...
dialah CINTA hatiku kini dan selamanya...

Bicara pengemis cinta,
tiada cinta yang tidak disinggahi perselisihan faham,,
tiada cinta yang tidak dinodai kelukaan,,
tiada cinta yang tidak dihujani airmata,,
tiada cinta yang tidak perlu pengorbanan...
aku pengemis cinta,,,
mengemis kasihmu setiap kali kau meninggalkanku...
aku pengemis cinta,,,
mengemis kasihmu tanpa pernah rasa malu...
aku pengemis cinta...
mengemis tanpa egoku...

Yer,
aku pengemis cintamu...
walau dihina...
walau dipijak...
walau ditolak...
walau tidak dihormati...
aku TETAP mengemis cintamu...
kerana aku terlalu mencintaimu...

Bicara pengemis cinta,,,
tanyalah pada mereka di sana,,,
jawapannya pasti aku gila kerana cintamu...
tiada siapa yang sanggup lalui apa yang aku lalui dalam cintamu...
pastinya mereka mengundurkan diri dari cinta ini...
terlalu sakit dalam cintamu...

biarlah kata mereka aku gila,
daripada aku menderita kehilangan cinta sekali lagi...
segalanya aku korbankan...
meskipun egoku...
kutanamkan kesabaran yang maha kuat untuk bersamamu...
kerana aku terlalu mencintaimu...

Bicara pengemis cinta,
cinta??
jangan pernah kau ucapkan selamat tggl kepadaku...
sungguh aku tak mampu mengharungi hidup tanpamu,,,
jangan minta aku tinggalkanmu...
jangan paksa aku melupakanmu...
kerana demi Tuhan aku tak mampu...
cinta?
jangan terus menjauh dariku...
kerana aku makin terseksa...
siang malamku berairmata...
cinta??
AKU TERLALU MENCINTAIMU


*****************************************************

HANYA AKU CINTAKAN KAU SEORANG


Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaska
Setelah hatiku kau tawan
 Angin malam bawalah cintaku
Menghapus rasa rindu.

******************************************************

ANDAIKU BERCINTA LAGI

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Mungkin bahagiamu dengan kematianku~~~