Monday, September 10, 2012

Terbeban Dihati


Entah kepada siapa perlu aku luahkan...
hingga kini tidak pernah putus, aku mengadu beban di hati ini kepada Yang Maha Mengetahui...
Sungguh sulit untuk aku merahsiakan cerita ini daripada kamu...kerana aku tidak pernah sembunyikan apa2 daripadamu...
Hendak aku luahkan bimbang kau semakin risau...
namun untuk kurahsiakan,
kau jadi tak mengerti...


Katamu aku mulai berubah watak...
aku semakin cepat marah...
terlalu sensitif...
mahukah kau tahu aku sendiri tidak menyedari perubahan itu
hinggalah kau menyatakannya...


Sebelum ini aku fikirkan sememangnya mood wanita itu yg mpengaruhiku...
dan sangkaku semua jangkaan 'beliau' tidak benar...
tapi teguran kamu tentang sikapku
membuka mataku tentang apa yg telah 'beliau' nyatakan kepadaku tempoh hari...
mungkin benar....
saya takot..takot sangat-sangat

Aku takut...takut tuk hadapi kenyataan itu...
tapi rasa itu perlu aku sembunyikan daripadamu...
aku risau...risau smakin hari semakin serius...
jangan dihinggap pada nadi nyawaku...
jangan disinggah menjadi punca hilang nyawaku...
acap kali aku lontar pandangan mataku jauh ke luar jendela 
membayangkan masa yang tersisa...
sedang engkau makin berubah dari dahulu...

'dia' itu mengganggu emosiku...
menggangu nafasku...
menjadikan jariku bergetar secara involuntari
membuatkan aku sentiasa memburu mencari 
pengisi ruang makananku...
semua itu kerana  'dia'...
'dia' mengganggu lena malamku,
maafkan aku kerana 'dia'


tapi saya tidur dengan lena di sisimu..heee

Maafkan aku andai waktu yang tersisa ini
aku coretkan dengan seribu luka di hatimu
kerana amarahku atau sikapku...
maafkan aku kerana aku tak mampu katakan
apa yang aku rahsiakan...
biarlah MASA menjawabnya untukku nanti...
untuk kini cukuplah dengan apa yang telah kuketahui...
dan kau ketahui...


aku sayang kamu selamanya
Janji kita selamanya...