Sunday, April 17, 2011

Filem Sekali Lagi





30 Jun 2011 di pawagam ;)




Sinopsis Filem Sekali Lagi
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya.  Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan Farina(Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.


jap2...aku 'writing' lak...ehem2...eeeeeeeeee

Arman (Shaheizy Sam) is a patient who believes that he is suffering from autism. He is taken care by his mother (Kartina Aziz) and his uncle (Alex Yanz) after his surgery. He is married to (Shasha Zurazie) who happens to be his mother’s choice. One day, Arman was blackmailed and Amy’s (Mia Sara Nasuha) presence saved Arman. Since that day, they became good friends until Amy’s mother, Sheila (Lisa Surihani) finds out about their friendship. Sheila became very angry and prohibited Amy from meeting Arman. Why is Sheila doing this? Everything will be answered in this beautiful romantic film.


fuhhh..berpeluh..nak 'writing' ni...hahhaha


amacam????ok x???hahhaha...mesti ko pikir aku google translate kan???huhhh... 



Ishhh..jarang cerita lebih-lebih lagi filem ade nama FARINA....Hurmmm...farina oh farina...makin kembang bila disebut namanya lam filem ni..nak2 Sam lak yg memanggilnya...peweeeeeeeeeettt...terasa cam diri sendiri yg dipanggil...


so...korang nak taw sape shasha zurazie yang jadi bini Sam ni???meh...tgk biodata si dia ini...jeng jeng....hahaha



yang sebelah kanan tuh shasha...jgn cakap yg sebelah kiri tuh plak...tu lau xkenal...huuuihhh jgn duk malaysia ar...hahhaha...ok2...

Shasha
Nama Penuh : Shasha Zurazie Binti Salman
Tempat Lahir : Johor
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon
Kemahiran : Berlakon
so...korang kenal x dia ni???antara lakonan dia lam drama melayu..hummmm...drama Takut Bini Sayang Suami..ala yang pegang watak Lizawati...yg ade salon tuh,,,,xcam???mohhh..aku bagi senarai ni...

DRAMA - Suspek (Best friend Aeron Aziz) - Pesona Bintang (Best Friend Sara) - Cuci-Cuci Services (Fatimah) - Misteri (Sara) - 3R (Budak Sekolah) - Epilog Syurga... Cinta (Pischa) - Takut Bini Sayang Suami (Lizawatie) - Jangan Pandang Belakang Congkak The Series (Erra) FILEM - Cinta Yang Satu (Gadis Litar) - Sekali Lagi (Farina) - Flat 3A (Ratna) - Papa I Love U (Skandal) IKLAN - Telekom - Levis VIDEO KLIP - Bored & Sick Bout You FILEM PENDEK (Projek Uitm) - Ikan Kekek (GF Farid Kamil) - Vogorious ( Linda) - Matawang TEATER - Monolog King Oedipus (King Oedipus) - Macbeth (Lady Macbeth) - Puteri Tenun (Permaisuri Kekwat Chahaya) - Uda dan Dara (Dara) - Alang Rendak Seribu (Badariah) MAJALAH - Media 2010 Cover Ziana@Anuar Zain (Slot Bakat Baru) - Mangga 2010 Cover Dato Ct.Nurhaliza (Slot Artis Baru MIG) - Ucapan Istimewa dan Kongsi Pengalaman dibulan Ramadhan@Syawal bersama Shasha Zurazie (Kosmo Online,Hello On Two & Wanita Hari Ini) 

apa macam???kenal???hummm....


Ni antara gambar2 pelakon dan yang berkaitan dengan nya...hehehhe

kawan baharu Amy dan Arman


 ala...sweeeeeettt nye,,,
hero malaya baharu..hhehehe
Arman(sam) digambarkan berusia 24 tahun, tetapi berperangai seperti kanak-kanak usia lapan tahun. “Dia seorang yang lurus, tapi bukan terencat akal.


***

Sedikit tentang keseluruhan cerita ini... 
Filem ini mengisahkan kehidupan Arman dan Shila sebelum, semasa dan selepas perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh kedua-dua buah keluarga.  Pertemuan di sebuah kedai buku telah mengubah kehidupan Shila dan Arman.  Mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan kerana cinta itu juga membuatkan mereka lalai tentang sekolah.  Shila dan Arman sering ponteng sekolah kerana asyik keluar bersuka-ria bersama.  Akibat itu, ibu Arman dan ayah Shila melarang keras hubungan mereka ini.  


Tak sanggup melihat Shila di pukul oleh ayahnya, Arman nekad untuk berkahwin dengan Shila walaupun keluarga mereka tidak merestui hubungan mereka itu.  Arman berjanji akan menjaga dan melindungi Shila sampai bila-bila kerana sayangnya terhadap Shila.


***


Beberapa bulan setelah perkahwinan mereka, ayah Shila pun meninggal dunia.  Dalam kesedihan dihalau oleh abangnya sewaktu dia menziarahi jenazah ayahnya, Shila menerima satu lagi tamparan besar dalam hidupnya. Tanpa disangka, Arman bertindak untuk keluar dari rumah dengan alasan ingin menjaga ibunya yang sedang sakit.  Shila begitu terkejut dengan tindakan Arman itu.  Memang benar perkahwinan mereka menemui kesukaran.  Walaupun Arman cuba membuktikan dia mampu membina keluarga yang bahagia dan senang namun, dia menemui kesulitan dalam pekerjaannya.  Hal ini kerana keadaannya dulu yang kaya raya membuatkan dia tidak mampu menyesuaikan diri dengan kesusahan hidup.  Sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu, dia telah menceraikan Shila dan terus berlalu bersama seorang perempuan yang tidak shila kenali.


***
Setelah peristiwa 5 tahun itu berlalu, Arman bertemu dengan seorang budak perempuan yang berusia 5 tahun bernama Amy.  Arman sudah tidak seperti dulu.  Perangainya seperti kanak-kanak 8 tahun dan masih tidak tahu menguruskan dirinya.  Ibunyalah yang menguruskannya.  makan dan minum dijaga oleh ibunya malah ibunya juga yang memakaikannya pakaian.  Walaupun begitu, atas alasan tertentu ibunya akan mengahwinkan Arman dengan Farina iaitu seorang guru tuisyen peribadi Arman.  Amy dan Arman menjadi kawan rapat sejak suatu peristiwa.  Mereka sering keluar bersama dan bermain bersama.  Mereka juga selalu makan aiskrim dan menjadikan taman mainan sebagai lokasi perjumpaan mereka.  Arman sering mengadu masalah dengan Amy. Dan Amy pula akan memberikan nasihat dan cadangan kepada masalah Arman itu.  Begitulah keakraban mereka.  Namun, hubungan mereka ini tidak disukai oleh Shila.  Shila melarang keras Amy daripada berjumpa dengan Arman lagi.


***
Arman sebenarnya adalah bapa kandung Amy.  Dan pemergian Arman dulu adalah kerana dia berkorban demi kebahagiaan Shila.  Tumor yang ada di bahagian kepalanya mempunyai risiko yang sangat tinggi.  Sekiranya pembedahannya berjaya dia tidak akan menjadi normal seperti biasa.  Hidupnya akan berubah.  Kerana tidak ingin Shila hidup susah dengan keadaannya dia sanggup membohongi Shila seolah dia mempunyai wanita lain.  Pengorbanan itu tidak pernah diketahui oleh Shila hingga Shila membenci akan Arman kerana pergi meninggalkannya dulu.  Segalanya terbongkar apabila ibu Arman menceritakan semuanya kepada Shila.  Tetapi jodoh antara Arman dan Shila hanya 5 tahun yang lalu, walaupun dihati Shila masih ada sayang terhadap Arman namun, segalanya kini sudah berubah.  Arman bukan seperti dahulu lagi.


***
Dan akhirnya, Shila tetap dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Haris walaupun sudah  beberapa kali Haris meminta kepastian Shila dengan keputusan itu.  Kehidupan mereka Arman, Amy, Shila, Haris dan ibu Arman tetap bahagia walaupun Arman hingga kini masih mengganggap Amy itu anaknya dalam permainan pondok-pondok...



No comments:

Post a Comment