Sunday, December 16, 2012

Sebelum berangkat ke Beijing


Hari sebelum berangkat ke Beijing
Zamzam alakazam...terbang dulu....heeee

18/11/2012

Alhamdulillah, aku dan adiq selamat sampai dari Trg-KL jam 5 pagi.  Perancangan kami seterusnya berehat seketika di KL Sentral... sebaik sampai di sana, kami dapat lihat beberapa orang sedang tidur di kaki lima bersebelahan dengan KFC.  Apa lagi kami pun mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan badan dan sambung zzzzzzzzzzz....sebelum hari mulai siang dan dipenuhi pengunjung...

Tik tik tik...waktu kian berjalan...hari makin cerah orang semakin ramai namun semangat tidur tidak dapat menghalang semua itu..kami pun terus tidur sambil membayangkan kota percutian kami nanti....kikikiki...



Syok si Gina tido...kikiki
Bermacam-macam kerenah pengunjung yang dapat kami lihat sejak kami bertapak di situ.  Pergaduhan, persahabatan, gelagat pelancong Jepun, dan macam-macam lagi.  Melibatkan kami pun ada...heee  Perkara ini semua membuatkan perjalanan kami untuk bercuti ini penuh dengan warna-warni...ala cam dlm tv tu... kisah2 pengembaraan,,,hek3

Nak dijadikan citer lagi,boleh plak kami terserempak  dengan pensyarah di IPG kami di MCD...adodododdo... nak tak nak dya pun taw la kami ingin bercuti ke Beijing siap bagi nasihat lagi bawa bekal makanan takot xmakan maknan sana!!!kikiki...tq Dr. ...

Selepas makan tengah hari, sekitar jam 2.20 petang kami pun bertolak ke LCCT dengan bas yang mengambil masa 1 jam sahaja.  Sebaik tiba di LCCT jam 3.20 petang kami pun cek la berat beg kami ni...heee...nasib xberat sgt...xsangka aku pikul beg seberat 7.7 kg dengan perkasanya...hahhaha....

Penerbangan kami dijadualkan berlepas jam 7.10 malam dengan pesawat Air Asia D7 316...sebijik nombor bilik adiq...hahhahah... para penumpang dikehendaki berada di Lapangan terbang 2 jam sebelum pesawat berlepas bg mengelak berlakunya sebarang masalah. 

Selepas mendaftar masuk dan mnyerahkan bagasi, kami mengambil keputusan untuk duduk-duduk di McD sambil bersembang tentang perjalanan yang bakal kami lalui nanti.  Yang paling penting yang menjadi isu yang dibincangkan ialah tempat duduk kami dalam pesawat xsama!!! Jeng jeng jeng... aku duduk 50K (dekat tingkap) adiq plak 50F...ayoyoyoyoyo.... 
sob sob sob... 

nasib baik ada yang sudi tukar dengan kami...mula-mula tkar dengan seorang mak cik, lepas tu tukar lagi dengan pasangan suami isteri.  Maka akhirnya bersatulah aku dan adiq...daripada sayap kanan ke sayap kiri aku beralih tempat sepanjang perjalanan.

Pesawat yang kami naiki ini majoritinya kaum china jer... puas aku cari muka melayu tapi xbanyak.  Di penghujung pesawat barulah nampak muka-muka kaum melayu...heee..lega hati ada kaum sendiri senang nk berkomunikasi..cewahhh...

Semua penumpang perlu ada dalam pesawat pada waktu yang ditetapkan.  Hal ini kerana pintu pesawat akan di tutup 10 minit sebelum pesawat berlepas.  Semasa di dalam pesawat, kami diberikan kad ketibaan dan perlepasan oleh si cantik-si cantik.      Walaupun belum pernah ke Beijing tp aku dah taw sal kad ni...hahaha...ilmu2...(dengan mendabik dada)...


Kad ini perlu di isi dan diserahkan semasa sampai dan semasa pulang nanti dan perlu disimpan dengan baik.  Jangan risau kalau terhilang kad sebab kat airport dya masih boleh didapati di sana.

Kad ketibaan dan perlepasan China ini diserahkan  
bersama-sama passport  smsa  pemeriksaan imegresen sana....


Jam 12.25 pagi, kami dimaklumkan oleh juruterbang bahawa pesawat akan mula mendarat di Lapangan Terbang Capital Beijing dan kami kenelah memakai tali pinggang keselamatan dan pakaian sejuk kerana cuaca ketika itu sekitar 5˚c .  Dari tingkap pesawat kami dapat lihat begitu banyak lampu-lampu berwarna oren di Kota Beijing.  Cantik seolah-olah sebuah litar yang besar.  Wah...berkobar-kobar aku nak jejak kaki kat Beijing ni...huhuhuuh

Muka xcited...kikikiki....ready dgn baju sejuk sebb cuaca di luar di bawah 5`c

Jam 1 pagi, selamatlah pesawat kami mendarat lebih awal daripada jangkaan.  Maka dengan ini diisytiharkan bahawa....



BERMULALAH EPISOD DIARI AI D’BEIJING KAMI DI KOTA BEIJING INI....YEAHHHH...


Hari Pertama



(sumber rujukan ; buku Trevelog Beijing (izan Ali dan kwn2), blogger dan internet)


2 comments:

  1. Salam.. anda mencari pendapatan sampingan??
    Klik link ini untuk mklumat lanjut..
    My Invite Pay

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah moga maklumat ini dpt bantu semua.

    ReplyDelete