Sebelum Kata Meniti Bicara
Kata orang menuntut ilmu biarlah ke negara China dan ada pepatah yang mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Disebabkan kedua-dua faktor luaran ini telah mewujudkan faktor dalamanku untuk meneruskan misi ke Beijing, China dengan pepatahku ; hendak seribu daya mahu seribu cara. Cewahhh...faktor dalaman tu...ekekekke....
Meneruskan misi ke Beijing antaranya untuk mengenal budaya masyarakat di sana, melawat tempat-tempat bersejarah yang amat terkenal dengan zaman maharajanya, merasai kedingan antara musim luruh dan musim sejuk dan macam-macam lagi. Misi ini juga diteruskan kerana faktor dalaman yang wujud setelah sekian lama. Cita-cita dan impian perlu diteruskan selagi hayat masih ada, selagi kudrat masih dimiliki, selagi masa masih di sisi, selagi itu faktor dalaman ini perlu dilaksanakan.hohohoho
Hendak seribu daya mahu seribu cara; walau apa pun, langkah ke Beijing perlu diteruskan juga walaupun dengan cara lain. Bukan apa, cuma aku punya mimpi dan aku tetap akan capai mimpi aku menjadi kenyataan bukan angan-angan sahaja. Aku takkan biarkan apa-apa menjadi penghalang impianku ini hanya kuasa Allah sahaja yang mampu menghalang. Namun Alhamdulillah berkat doa segalanya berjalan dengan lancar daripada awal hinggalah akhir.
Gurauan daripada ahli keluargaku moga-moga aku temui ahli keluarga kami di China nanti maklumlah moyangku dulu berasal daripada Tanah Besar China tapi macam mane nak cari bukan ada biodata pun...ahak3....maka terbitnya catatan diari Ai d’Beijing ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk perkongsian pengalaman bersama-sama kalian yang ingin melancong ke Beijing nanti...
harap perkongsian ini dapat membantu kalian kelak...
Hari Ketiga
Hari Keempat
Hari Kelima
Hari Keenam
(sumber rujukan >buku Trevelog Beijing, blogger dan internet)
No comments:
Post a Comment