Saturday, December 31, 2011

Akibat Isteri Terlewat Sebulan...(citer lawak)

Akibat Isteri Terlambat Sebulan (Serius Lawak!) | Kisah lawak ini berkisar tentang sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan dan duduk di sebuah taman perumahan yang baru. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata ” ini rumah En. Mahpus ker?” “iya, saya ni isterinya. Ada apa encik”
Pegawai TNB tu pun berkata, ” Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.” APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???”

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab ” ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. “APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “
apa??semua boleh tahu???
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan” Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata “Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Hoi...Aku saman korang!!!
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.
“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”
Lalu pegawai TNB tu pun cakap ” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya………..”
Si Mahpus mencelah ” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA”
Si Mahpus: ???????????????????…………………
Lilin???

Friday, December 30, 2011

Amaran Akhir Tahun !!!


AMARAN TEGAS

Sampaikan amaran ini kepada semua yang anda sayangi...!!!
Awas...jangan memasuki tandas pada 31 disember 2011 pada pukul 
23:59:59 malam...

tapi kenapa?
Sebab... barang siapa yang memasuki tandas pada waktu itu hingga melebihi 1 minit maka tiada lagilah kamu bertemu dengannya... 

tidak bertemu sampai bila?
Sampai tahun 2012!!!

kikikkki

Kasihan dia...masuk tandas sampai setahun kot... 

Apa yang dibuatnya sampai setahun dalam tandas tu ek??hurmm

So..jaga2... pergi ke tandas sebelum waktu kritikal ini...hak3


Tapi kalau tidur??
nak tidur sebelum 23:59:59 atau  selepas 23:59:59?
setahun tidur atau setahun tidak tidur..kikiiki




sampai jumpa lagi...
selamat tahun baharu semua...2012

Pelakon Tentang Dhia rancak berfacebook







Amboi..syok borak sal malam pertama Melly yer...kikikiki

xpe..Dhia tetap bersama abg Zikir...wink3

Saturday, December 24, 2011

Akhirnya Yusri KRU dan Lisa Surihani akan berkahwin...


Kami kini berada Marriot Putrajaya Resort & Spa untuk majlis sidang media pengumuman khas Yusry KRU & Lisa Surihani.
1059hrs – Ramai pihak media sudah berada di sini menikmati sarapan pagi. Masih tiada kelibat Yusry KRU atau Lisa Surihani.
1115hrs – Pihak media sudah di’iringi masuk ke dewan utama di mana acara pengumuman khas akan dikatakan. Dramatik.
1117hrs – Ahli keluarga Yusry KRU bersama pasangan kekasih ini masuk ke dewan mengambil tempat. Juga ibu Lisa Surihani.
1121hrs – Yusry KRU on mic. Kata sidang media ini perlu untuk berlaku adil untuk semua media.





1122hrs – Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.
1130hrs – Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012.
Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
1131hrs – Yusry KRU berkata mereka mengenal hati budi menerusi BBM (Blackberry Messenger) dan mereka sebenarnya serius dalam hubungan ini sejak berkenalan.
Lisa Surihani memberitahu yang Yusry KRU pada awal perkenalan tidak flirting (mengorat, dalam Bahasa Rempit) dan hubungan mereka bermula dengan perbualan berkisar tentang kerja — dan matang.
1136hrs – Menjawab soalan tentang hak penyiaran majlis perkahwinan yang dikhabarkan berada di tangan Astro, Yusry KRU berkata beliau tidak boleh menjawab soalan ini secara langsung.



1142hrs – Berkenaan penaja, Yusry KRU berkata mereka masih belum berbincang dengan mana mana pihak tetapi tidak menolak sebarang tawaran tetapi masih mahukan majlis perkahwinan yang simple but elegant.
1145hrs – Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.
Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.
so sweets...

~PapA I L0vE Y0u~



PAPA I LOVE YOU



29 Disember ini sebagai filem tempatan terakhir bagi tahun 2011, sekali lagi filem hiburan keluaran Metrowealth Picture menerbitkan sebuah lagi filem bergenrekan romantik komedi yang diarahkan oleh pengarah berbakat iaitu Encik Hashim Rejab. Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah membesarkan seorang anak tunggalnya dengan dunianya yang penuh kesempitan dari segi kehidupan hariannya.
Lakonan terbaik tanah air, Lisa Surihani sebagai heroin dalam filem ini.  Yeah! Mesti ramai jejaka tak sabar nak menonton filem ni kan? Eceehhh.. Lisa Surihani akan digandingkan dengan pelakon baru Zalif Sidek ala yg jadi "Mat Saja" dalam filem Bini-Biniku Gangster tu...
Mat saja???yang mane ek??hmm
Mia Sara juga turut berlakon dalam filem ini, rindu juga nak tengok lakonan Mia Sara ni dalam filem ni..
Yeay...dapat tgk Mia...suke suke suke
JOM BACA SINOPSIS FILEM PAPA I LOVE YOU NI DULU OK...
Mengisahkan seorang ayah, BAHA (Zalif Sidek) yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA (Mia Sara Nasuha ) dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Baha bertemu dengan ELLY (Lisa Surihani), seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.
DATUK KUDIN (Zaidi Omarseorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly.
Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang.
Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

So, touching or xtouching filem ini jom tengok kat wayang pada 29 disember 2011 ini...
mesti cepat beli tiket wayang ni...haaaaa
Jap2...ini ada sinopsis lam bahasa inggeris tuk korang2 yang rasa2 nak mengasah ur 'reading skill'...heee...daaa

Synopsis: "Papa, I Love You" tells the story of a single dad, Baha (Zalif Sidek) who is trying to raise his daughter Mia Sara (Mia Sara Nasuha) while willing to do anything due to financial constraints. He then meets Elly (Lisa Surihani) who is willing to take care of Mia Sara while he finds a job. Unexpectedly, Elly and Mia Sarah completes Baha's life even though he has neither money nor a permanent job. Meanwhile, Elly's estranged father Datuk Kudin (Zaidi Omar) is a businessman who has it all but not her daughter's heart. Baha tries to mend the brokenness between Datuk Kudin and Elly but instead strains his relationship with Elly.



Intai-intai gambar babak dalam filem ini dan kenali pelakonnya :)






Sekarang,,,kita intai barisan pelakon dalam filem ini pula.. :


  • Lisa Surihani : Elly (Pelakon Utama)
  • Mia Sara Nasuha : Mia Sara (Pelakon Utama)
  • Zalif Sidek : Baha (Pelakon Utama)
  • Zaidi Omar : Datuk Kudin (Pelakon Pembantu)
  • Bob (KU2) a.k.a Kuman : Bos (Pelakon Pembantu)
  • Syanie : Tuan Rumah (Pelakon Pembantu)
  • Zul Handyblack : Penarik Kereta (Pelakon Pembantu)


  • Jom tengok Filem ini supaya kita dapat reflek balik
    pada diri kita sendiri..mungkin kita lupa untuk katakan kepada papa kita..
    'i love you,papa'

Assalamualaikum..jumpa lagi...


Friday, November 11, 2011

SiNopS!s Aku Bukan Tomboy


Aku Bukan Tomboy
di pawagam 17 Nov 2011



Aku Bukan Tomboy telah dilancarkan pada September tahun lalu di Dataran Karyawan Finas di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.  Aku Bukan Tomboy ini adalah terbitan Skop Productions.  Skrip asal filem Aku Bukan Tomboy, ialah hasil tulisan Yusof Haslam bersama Syamsul. Rasanya ini kali pertama Syamsul mengarahkan filem genre komedi romantik. Kos pembikinan termasuk promosi dianggarkan sebanyak RM1.6 juta. Lokasi penggambaran filem ini di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya.

“Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,”kata Syamsul.
“Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.
Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.

sINOPSIS aKU bUKAN tOMBOY:

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.














Sunday, October 16, 2011

::SIAPA ITU QARIN?::

kebaikan atau keburukan..kita yang tentukan...
Tidak ramai orang yang mengetahui tentang “Qarin” ini. Sebenarnya begitulah kehendak Allah s.w.t bahawa manusia yang dilahirkan sehinggalah ia meninggal dunia mempunyai satu jin kafir yang menjadi teman ke mana sahaja ia pergi tidak kira siang mahupun malam, mengajaknya mengerjakan kejahatan dan menahanya daripada melakukan ketaatan. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia ia digelar Qarin.


Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Ma’sud r.a. : Maksudnya : “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. “ Mereka bertanya, ‘ Engkau juga ya Rasulullah. ‘ Sabdanya : ”Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku hal kebaikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)


kederhakaan kita kepada Allah...kitalah
yang bertanggungjawab...bukan syaitan

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. Qarin akan berpisah dengan “kembar” nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.





Syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia...

(Petikan dari buku, Jin : Hakikat dan Pengubatan, Dato' Hj. Ismail Kamus)

Friday, October 14, 2011

Yang bererti



~Istimewa untuk adiQ~


YANG BERERTI


Tiada pernah kujangka
Tiada pernah kuduga
Tiada pernah kuminta
Punyai dirimu dalam hidupku
Membawa erti memberi rasa
Tentang sayang yang setulusnya

Padamu kulihat ada sesuatu
Yang menarik hati kecilku
Meronta dan mendesak aku
Untuk mendekati mengenalimu

Sungguh saat ini
Tika berteman denganmu
Terasa indah detiknya
Bagai ingin hentikan waktu
Agar terus bersamamu
Kau ceria penyeri hariku

Sungguh bersamamu itu bahagia
Nakalmu membuat aku ketawa
Senyummu membuat aku tenang
Adiwarna hariku keranamu
Kau perawat dukaku
Kau penghibur sepiku
Kau peneman rasaku
Kau bagiku begitu bererti

Dan adakala
Datangnya amarah hadirnya rajuk
Hingga gurauan tiada bermakna
Sunyinya hati sepinya rasa
Tika tiada suara riangmu
Jangan membatu jangan membisu
Resah aku engkau begitu


Sungguh kau bererti
Terlalu bermakna
Dalam hidupku dalam hatiku
Dan jangan kau pergi
Dari hidupku dari hatiku
Kerana itu memberi aku luka
Memberi aku derita

Biarkan sayang ini terus bersemi
Terus mekar dihati ini
Diriku dirimu hati kita bersatu
Dengan apa yang kita miliki
Ketulusan dan keikhlasan
Coretan cerita lalu
Kisah hati bicara kalbu
Menyatukan dua jiwa
Menjadi satu


~Janji bukan untuk dimungkiri~


CREATED BY
ADIKLA

Tuesday, October 11, 2011

Antara Kasih, Sayang dan Cinta


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..





Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”.  Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hamba-Nya.  Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hamba-Nya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang.  Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia,  kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang.  Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan.  Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

Sayang..


Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

Cinta..


Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang.  Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.  Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna.  Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.