PAPA I LOVE YOU
29 Disember ini sebagai filem tempatan terakhir bagi tahun 2011, sekali lagi filem hiburan keluaran Metrowealth Picture menerbitkan sebuah lagi filem bergenrekan romantik komedi yang diarahkan oleh pengarah berbakat iaitu Encik Hashim Rejab. Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah membesarkan seorang anak tunggalnya dengan dunianya yang penuh kesempitan dari segi kehidupan hariannya.
Lakonan terbaik tanah air, Lisa Surihani sebagai heroin dalam filem ini. Yeah! Mesti ramai jejaka tak sabar nak menonton filem ni kan? Eceehhh.. Lisa Surihani akan digandingkan dengan pelakon baru Zalif Sidek ala yg jadi "Mat Saja" dalam filem Bini-Biniku Gangster tu...
Mat saja???yang mane ek??hmm |
Mia Sara juga turut berlakon dalam filem ini, rindu juga nak tengok lakonan Mia Sara ni dalam filem ni..
Yeay...dapat tgk Mia...suke suke suke |
JOM BACA SINOPSIS FILEM PAPA I LOVE YOU NI DULU OK...
Mengisahkan seorang ayah, BAHA (Zalif Sidek) yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA (Mia Sara Nasuha ) dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Baha bertemu dengan ELLY (Lisa Surihani), seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.
DATUK KUDIN (Zaidi Omar) seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly.
Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang.
Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.
So, touching or xtouching filem ini jom tengok kat wayang pada 29 disember 2011 ini...
mesti cepat beli tiket wayang ni...haaaaa |
Jap2...ini ada sinopsis lam bahasa inggeris tuk korang2 yang rasa2 nak mengasah ur 'reading skill'...heee...daaa
Synopsis: "Papa, I Love You" tells the story of a single dad, Baha (Zalif Sidek) who is trying to raise his daughter Mia Sara (Mia Sara Nasuha) while willing to do anything due to financial constraints. He then meets Elly (Lisa Surihani) who is willing to take care of Mia Sara while he finds a job. Unexpectedly, Elly and Mia Sarah completes Baha's life even though he has neither money nor a permanent job. Meanwhile, Elly's estranged father Datuk Kudin (Zaidi Omar) is a businessman who has it all but not her daughter's heart. Baha tries to mend the brokenness between Datuk Kudin and Elly but instead strains his relationship with Elly.
Intai-intai gambar babak dalam filem ini dan kenali pelakonnya :)
- Lisa Surihani : Elly (Pelakon Utama)
- Mia Sara Nasuha : Mia Sara (Pelakon Utama)
- Zalif Sidek : Baha (Pelakon Utama)
- Zaidi Omar : Datuk Kudin (Pelakon Pembantu)
- Bob (KU2) a.k.a Kuman : Bos (Pelakon Pembantu)
- Syanie : Tuan Rumah (Pelakon Pembantu)
- Zul Handyblack : Penarik Kereta (Pelakon Pembantu)
Jom tengok Filem ini supaya kita dapat reflek balik pada diri kita sendiri..mungkin kita lupa untuk katakan kepada papa kita.. 'i love you,papa' |
Assalamualaikum..jumpa lagi... |
No comments:
Post a Comment