Saturday, December 31, 2016

Menutup tirai 2016



Assalamualaikum,
Lama sudah tidak menulis dalam blog ni..kadang bukan sibuk tapi bila masa lapang apa lagi main game,tengok tv dan tidurrrrrr...hahahahahah

Tapi coretan untuk setiap akhir tahun tak pernah miss kan???hehhehehe
Coretan untuk setiap akhir tahun, penting untuk mengimbas dan mengingatkan kembali apa yang telah dilalui,,ala macam refleksi la...


So,,,apa sudah jadi dengan 2016???dalam byk2 hari yg berlalu apa yang sudah berlaku?adakah hari2 itu terbahagi secara adil antara suka dan duka?

Apa yang sudah dicapai dalam 2016??harapan menjadi kenyataan atau masih juga menjadi mimpi dalam jaga?


Jom (tiada dlm BM;mari) kita sama2 imbas harapan 2016 apa sudah jadi.,,
Harapan 2016-untuk lakukan yang terbaik buat diri sendiri...katanya nak sambung belajar tapi setelah difikir,dibuat kira2, ditafsir dan dinilai maka tahun ini bukan masa untuk sambung belajar.  Kenapa cheq oiiii??? Sebab hidup mesti ada hala tuju !!! hahahhaha
Cik Lily punya hala tuju untuk capai target dalam kerjaya sbg cikgu di sekolah ni terlebih dahulu...apa target tu???tettttt...rahsia.Tapi perlu semua rakan ingat dan peduli.  HALA TUJU.  Tak kisah lah hala tuju apa dan nak tuju ke mana...Cuma nasihat gue hangpa jangan tuju selipar sudahlah,bukan apa...cheq  ni johan tuju selipar peringkat zon tengah zaman IB dulu...hahahhah..takot hangpa gigit selipar je nanti. 
        



     CINTA??2016 mencatatkan percubaan paling banyak.  Dari pelbagai negeri, sabah,sarawak,kelantan,selangor,johor,perak,terengganu, penang...tapi semua itu sekadar calon.  Kenapa? Hati kita ini SATU dan SATU itu telah kita serahkan pada org lain.  Macam mana kita nk terima org lain lagi kalau hati sudah tiada.  Bukan untuk mempermainkan sapa2..tp Cik Lily cuba membuka hati untuk sesapa yang cuba mendekati, tapi maaf.  Rasa itu tdk sama dengan yang terdahulu. Dan kesungguhan itu tidak terlihat. Jadi biar lambat asal alamatnya betul..ye ke idok???hahhaha

       EKONOMI??seperti harapan 2016 nk kukuhkan ekonomi tapi hingga disember 2016..simpanan hanya cukup utk beli ifon 7 SEBIJI....Hahahahah...tak percaya???Tak perlu percaya,,,sy anggap fikiran kalian ttg kekayaan sy itu sebagai DOA.  Semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti..hehehhe..or mgkin kaya itu dari aspek hati yang kaya dengan kemaafan.Bibir yang kaya dengan senyuman.Dan kaya dengan kasih sayang.

           KERJAYA??Masih guru akademik biasa di sebuah sekolah pedalaman Sarawak.  Tapi harapan untuk membantu murid di sini berjaya alhamdulillah.  Membuahkan hasil.  Walaupun malas itu sering berdamping sepanjang 2016 tapi kekuatan doa dan berfikiran positif di samping usaha..akhirnya anak murid Cik Lily berjaya dgn cemerlang dalam UPSR 2016.  Biarpun banyak yg merungut tapi bagi Cik Lily yang penting kualiti bukan kuantiti.

         SAHABAT??terima kasih sahabat yang sudi mendengar dan memberi kekuatan tatkala Cik Lily dihimpit kesulitan.  Terima kasih Farina,Fadhila sebb sudi pinjamkn duit kecemasan kpd Cik Lily dan tahniah buat kalian kerana telah menyempurnakan iman dengan ikatan perkahwinan.  Terima kasih Saerah sbb sudi jd drver gue spjg 2016, terima kasih smua sahabat yang membantu sy. Maaf sy tdk meyebut nama kalian,tapi budi baik kalian dan keikhlasan sgt Cik Lily hargai.  Dan terima kasih bila ada yg sebar fitnah, kalian tahu mana yang benar.  Yang penting dalam persahabatan ialah KEPERCAYAAN.  Kamu kenal sahabat kamu dan tidak perlu ada kesangsian atau kekeliruan utk membenarkan atau menafikan ttg sesuatu.


            BUAT MY LIL PRINCESS???momy always luv n mizz u...rindu utk ‘morning my lil princess’ 'Nyte my lil angel’... sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia.  Tatkala kamu ‘kecil’ momy ajar kamu tentg kehidpan, momy bg makan dan minum, momy bagi tempat berteduh yang selesa, momy jaga bila sakit, momy ajar 'berjalan' sendiri, momy jd pendengar yang setia, momy beri kpercayaan tapi bila kamu sudah ‘besar’ sudah ada ‘kaki’, sudah pandai ‘berjalan’ sudah kenal dunia, kamu tglkan.kamu lupakan.kamu buang siapa yang setia di sisi kamu bila kamu xpunya apa2. 
          UNTUK YANG BERKENAAN??  BILA KAMU ADA KAWAN BARU.  YANG BAIK TU DTG DR DIA TAPI YANG BURUK DTG DR SY.  LGSG TAK TAHU NAK HARGAI ORANG YANG AJAR TENTG KEHIDUPAN.  (BUKAN MENGUNGKIT TAPI JANGAN LUPA SEJARAH YANG MENJADIKAN SIAPA KITA)APA KAMU BUAT?APA DYA KATA,APA DYA NASIHAT ITU YANG BERMAKNA UTK KAMU POST SANA SINI UTK KAMU JDKAN PEGANGAN. NICE. PIC KITA?TAK BOLEH POST NANTI ORANG TAHU, KENA JAGA HATI ORANG.TAPI PIC KAMU DGN KWN BARU BYK JE,SMUA ORG TGK.BOLEH PULA.SAYA NI KEKASIH GELAP KE UTK DISEMBUNYIKAN??? TAK PULA JAGA HATI SY.NICE. TAK APA BUKAN DI SINI CERITA KITA. TUNGGU POST SETERUSNYA.

Dia kan like..angel..so baikkkk..suci murni gituuu
Maka, inilah jawapan untuk post awal tahun 2016 aritu...apa yg diharap utk 2016 dan apa yang terjadi 2016..Indah atau tidak,,smuanya terjadi untuk mematangkan kita.  Masalah dtg untuk kita atasi bukan untuk kita lari.  Hadapi dan selesaikan masalah lah yang mendewasakan dan menjadikan insan yang lebih baik...


         Semoga kita semua menjadi hamba ALLAH yang redha dengan kehendak-Nya...

NEXT POST...Yang terindah dan terburuk 2016...hehhehehe
walaupun akan dikecam oleh sesetgh pihak...tp itulah hakikat kehidupan Cik Lily ,,, kalau rasa nk sentiasa dipuji..post di IG kalian sendiri..hang puji dya,,dya puji hang..tp blog Cik Lily tentang life Cik Lily..tentang jatuh bangun Cik Lily mungkin terlalu terbuka tapi adakala kisah sebenar perlu dicoret bukan utk menyakiti sesiapa. Kita semua manusia biasa yang bnyk kelemahan dan sering tersilap,,jadi ini kisah Cik Lily lalui sepanjang 2016....Kisah Cik Lily yang juga