Semua yang berlaku terhadap kita sebenarnya bergantung kepada kita melihatnnya. Kerana itu bukalah mata seluas mungkin!
Adik perlu sedar bahawa hidup ini penuh dengan kejutan. Banyak antaranya baik kepada kita. Jika adik tidak menjaga saat kejutan tersebut, adik akan kehilangan separuh daripada keseronokan yang ada di dalamnya.
Selesaikanlah dengan menggunakam balik pengajaran tadi dan itu akan membantu adik mencapai matlamat. Adik juga perlu ikut peraturan kerana apabila tidak dipatuhi, hidup pasti melanggar peraturan, adik sebenarnya hanya memperbodah diri.
Seperkara lagi, amat penting untuk adik putuskan dengan tepat apa yang adik mahu. Kemudian pastikan minda memberi fokus terhadap sasaran itu sambil bersiap sedia mengharunginya.
Apabila usia adik meningkat, adik juga bakal mendapat ‘kasut’ baru yang lebih besar. Jadi, adik bersiaplah menghadapi episod penghabisan sebagaimana misi ketika bermula cabaran dulu.

Adik mesti berani berpindah daripada suasana kebiasaan kepada sesuatu yang luar kelaziman. Hidup belum bermula sekadar mencecah puncak. Sebahagian daripadanya bergerak dari satu puncak ke satu puncak berikutnya.
Jika adik berehat terlalu lama di antara kedua-keduanya, mungkin adik mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh melambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga.
Ingatlah bahawa pilihan adik itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan.
Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak. Pastikan adik juga sesekali berehat sejenak. Ini kerana masa itulah adik berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.
Akhirnya dan paling mustahak, jangan mudah menyerah kalah. Orang yang berakhir sebagai juara, adalah insan yang berjuang untuk menang. Berikanlah kehidupan itu segala-galanya, dan kehidupan bakal mamberi balik yang terbaik untuk adik…Jika adik berehat terlalu lama di antara kedua-keduanya, mungkin adik mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh melambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga.
Ingatlah bahawa pilihan adik itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan.
Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak. Pastikan adik juga sesekali berehat sejenak. Ini kerana masa itulah adik berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.
No comments:
Post a Comment