Wednesday, December 15, 2010

kisah api NERAKA

Api NERAKA di cuci 70 kali

Disebut dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah mengutus malaikat Jibrail A.S. menemui malaikat Malik yang ditugaskan untuk menjaga api neraka dengan tujuan supaya malaikat Jibrail dapat membawa api untuk kegunaan masak memasak bagi Nabi Adam A.S.

Malaikat Jibrail A.S. : Wahai Malik, aku diutuskan oleh Allah S.W.T. supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi Adam.

Malaikat Malik : Tahukah kamu wahai Jibrail,berapa banyakkah yang kamu mahu?

Malaikat Jibrail : Sebanyak sebiji buah tamar.

Malaikat Malik : Tahukah kamu wahai Jibrail, sekiranya aku memberikan kepada kamu api neraka sebesar buah tamar , maka hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasannya.

Malaikat Jibrail : Kalau begitu berilah aku api tersebut separuh biji tamar.

Malaikat Makail : Sekiranya aku berikan kepadamu api neraka ini seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan walaupun setitik air ke bumi dan ini akan menyebabkan tidak akan tumbuh sebarang tanaman.

Mendengar akan penjelasan dari malaikat Makail maka Jibrail pun berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memohon bantuan.

Malaikat Jibrail : Ya Allah, beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aku ambil api neraka ini.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : "Ambillah api itu sebesar biji sawi." setelah mendapat arahan dari Allah S.W.T. maka
malaikat Jibrail pun mengambil api tersebut lalu membasuhnya di 70 buah sungai di syuga dan kemudian malaikat Jibrail A.S. mendapatkan Nabi Adam dan meletakkan api tersebut di gunung yang tinggi.

Sebaik sahaja Jibrail A.S. meletakkan api tersebut di gunung yang tinggi, maka larutlah gunung itu dan api kembali ke tempatnya dan tinggal asapnya di batu sehingga sekarang.


Haruslah ingat bahawa api neraka itu sangat-sangat panas, ianya dijadikan oleh Allah S.W.T. terhadap orang-orang yang ingkar perintahnya, cubalah kita bayangkan kalaulah setitik api neraka yang tidak di cuci itu jatuh ke bumi dan bagaimanakah kalau Allah mengazabkan kita dengan api neraka-Nya. Oleh itu hendaklah kita bertawaduk dan merendahkan diri kepada Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment