Kusentiasa doakan untuk kita semua |
semoga 2016 penuh warna-warna ceria mewarnai hidup |
walau berliku jalan 2016,tetaplah teruskan hingga ke penghujung pasti ada hikmahnya |
Tahun baharu menjelma lagi. Tahun 2016!!
Cuba imbas catatan tahun
2015,,,apa Cik Lily harapkan untuk 2016 ni…
Sebagai
manusia biasa Cik Lily hanya merancang dan berharap agar 2015 terisi dengan
memori indah dan kejayaan memenuhi impian dan cita-cita. Namun harapan sekadar harapan hanya tinggal
sisa impian yang entah bila akan tercapai.
Kuterus berdoa.
Takot mengharungi
2016.
Hello, umur Cik Lily dah masuk 26
ok…life masih terumbang-ambing. Ekonomi?masih
tak kukuh. Kesihatan?berat turun naik.
Family?seperti biasa. 26? Kawan-kawan majority
dah kawin, satu persatu post gambar sanding, gambar anak baru lahir, gambar
surat beranak, ada yang post gambar anak kedua dah! Cik Lily?Anak tekak je yang
nak terkeluar bila nak bagi Willson faham nilai murni. Huh!!
Takpe, Cik
Lily tahu jodoh pasti tiba bila kita dah sedia…cewaahhhh
Harapan
2016-Cik Lily harap apa sahaja keputusan yang Cik Lily akan buat untuk diri dan
hidup Cik Lily untuk tahun ini adalah keputusan yang terbaik untuk diri,
agama,keluarga dan masa depan Cik Lily. Aihh, bunyi macam serius jer.
Ofkos la serius beb. Hidup mesti ada hala tuju. Cik Lily berhasrat untuk menyambung pelajaran
di semenanjung tetapi perlu Cik Lily fikir tentang tanggungjawab terhadap
murid-murid UPSR tahun ni juga. Tak boleh
tinggalkan begitu sahaja. Banyak
persiapan yang perlu dibuat. Nak cari
umah sewa dekat U lagi. Hmm…semoga tekad
dan dipermudah segala urusan. Hahhaha…bukan
apa kadang-kadang manusia ni hangat2 tahi ayam je…kadang2 tahi ayam lebih
hangat lama dari tekad manusia.
Ini gaya orang serius sedang berkata-kata..huh |
onedayyyyyy..hohohoo |
Cinta? Semoga Allah pertemukan jodoh dalam
perjalanan 2016 ini. Jodoh 2014 dah lari
ikut jodoh lain 2015. Jodoh sementara
atau bukan jodoh tika ini. Optimis pulak
Cik Lily yer..hahhaha…bukan apa, itu je yang mampu. Ikut hati, nak tendang bertubi-tubi macam
shaolin soccer hingga kau tahu sakit dipermainkan begitu!!! Kikikiki
Bersyukurlah
sebab dapat mempermainkan orang yang hati lembut bak sutera di rendam soflan
antibakteria ni taw…kalau perempuan lain kau dah kena maki hamun sekawah
kata-kata kesat yang penuh dengan api kemarahan. Hahahah…kau tahu bersyukur tak?jadi jangan
buat lagi.
blablabla.... |
nasib kau tak bengkak macam ni |
Ekonomi
pula, tahun ni Cik Lily kena berusaha tingkatkan pendapatan dan kukuhkan simpanan. Cari duit lebih untuk pergi melancong
lagi. Jauh mengembara luas pengetahuan…
Kerjaya 2016-Masih seorang guru. Banyak perancangan
untuk membantu murid berjaya cuma berharap tidak dihimpit kemalasan dan
kesempitan masa dek tugas-tugas khas guru.
Sebelum tinggalkan mereka, Cik Lily kena usaha 200% tahun ni. Hohooho…kuat berangan Cik Lily weyyyy…
Sahabat
2016- Tahun ni bertambah lagi tahun persahabatan kita. Terima kasih sahabat yang sentiasa ada dengan
Cik Lily tika suka duka 2015 ni. Dugaan dan
kesulitan membuat kita kenal siapa kawan yang setia dan ikhlas. Pada yang tak ikhlas tu, terima kasih sebab
sanggup luang masa dengan Cik Lily walaupun terpaksa demi menjayakan hasrat
mengambil hati untuk kesenangan diri. Cik
Lily tak pernah menyesal kenal kawan macam saudara saudari cekebom cekebom,,,ya
habibah markonah, Cik Lily tetap anggap kamu sahabat selamanya walaupun Cik Lily
dah kne unfren kat fb…huhuuhuhu..bibah oh bibah…
Buat my lil princess- momy always sayang beby
taw. Harap catatan momy ni dapat beby
baca suatu hari nanti. Hahahah… momy nak beby sentiasa jd beby manja momy. Momy rindu nak peluk beby lagi..sob3…momy
harap beby sihat dan cergas supaya dapat jd atlet mcm momy…walawehhh…like mom
like doter…
Untuk Semua-
Cik Lily n ak ingatkan dunia semakin menuju Hari AKHIR, fitnah semakin banyak,
maklumat2 makin cepat tersebar, yang alim makin berkurang yang tinggal ilmunya
kurang. Manfaatkan detik2 mendatang
dengan perkara yang akan dijadikan bekalan ke akhirat kelak. Bertambah tahun moga bertambah amalan baik
bukan makin terkumpul dosa. Sama-samalah
kita harungi 2016 dengan keteguhan iman dan kesihatan akal fikiran. Semoga kita menjadi hamba yang redha atas
kehendak-Nya dan berada dalam lindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment