TAHUN
2014…
Ramai
yang memperkatakannya…
Tentang
kos sara hidup meningkat..
Tentang
harapan yang lebih baik…
Tentang
kejayaan yang ingin dicapai…
Tentang
azam yang telah tersenarai…
Tentang
pelbagai lagi…kenapa?Kerana banyak udang banyak garam
banyak orang banyaklah ragamnya…
Tidak
kira apa yang diharapkan untuk tahun baharu ini…
Jadikan
harapan itu suatu langkah yang berani untuk mencapainya…
Bukan
sekadar doa yang diharap tanpa usaha…
Tidak
kira berapa azam yang telah disenaraikan..
Jadikan
setiap azam itu suatu usaha untuk kita memajukan diri kita…
Adakalanya
dan mungkin sering kali kita gagal melaksanakan azam…
Namun
jangan pernah berhenti melangkah teruskan dengan azam…kerana tiada
pendekar tidak pernah tewas,,tiada johan tidak pernah bolos…dan
tiada orang yang Berjaya jika tidak pernah gagal…gagal adalah
perhentian untuk kita berfikir kembali tentang apa yang telah kita
lakukan...bukan menyalahkan orang lain..tetapi merenung diri sendiri...
Jangan pernah menyalahkan
orang kerana kegagalan kita...sebaliknya diri kita adalah cabaran sebenar untuk
kita berjaya... jika ada laku kita yang menghalang kejayaan sedialah berkorban
melepaskan dan meninggalkan laku tersebut... sentiasa bersedia menghadapi hari
esok..sentiasa mencari ilmu melengkapkan pengetahuan dan kemahiran..sentiasa
berfikiran positif... jangan mudah mengalah... teruskan azam hingga
terlaksana....
Buat kalian..apapun harapan
dan iltizam.. teruskan dengan usaha..yang tersenarai dalam nota dan diari
sekadar peringatan kepada kita yang sentiasa lupa... DUIT ...doa, usaha, ikhtiar dan tawakal...
Selamat maju jaya untuk
2014...
Untuk aku...
Impian, harapan, cita-cita,
keinginan segalanya telah berubah...
2013 akan pergi...dan meninggalkan segala kenangan yang telah terukir di dalamnya...
suka dan duka..tangis dan tawa..
tersemat kemas dalam kalbu...
segalanya menjadi pengajaran dan kenangan terindah dalam hidupku...
2013...
Alhamdulillah..aku berjaya menamatkan pengajian sarjana muda pendidikan dengan jayanya...
aku masih setia menemani si dia siang dan malam..meskipun sering bermasam muka...rajuk dan marah,,,
semua itu cukup perasanya manis..masam dan masin...serta tawar... terima kasih kerana masih menerima aku disisimu...
aku juga masih bersahabat dengan teman walaupun kami pernah berselisihan faham...
pengalaman itu menjadikan kita lebih matang dalam persahabatan..menjagar kita mengenali dengan lebih baik...
terima kasih untuk setiap kenangan itu... sungguh aku rindu kenangan kita menyiapkan tugasan yang sering kali menggelikan hati mencuit penkreas...hahhaha
Aku akhir 2013 dengan tetap sendiri..single..tidak bertunang..tidak berkahwin...hahhaha
2014
2014 telah menjadi permulaan
baharu untuk hidup aku...
Permulaan kepada kerjaya aku
yang akan dibina hingga akhir nyawaku..
Ya...hidupku untuk 2014
hingga 30 tahun lagi...bagaimana aku corak perjalanan ini?
Apa yang pasti warna corak
ini sudah tentu berwarna-warni...
Dengan semangat yang ada...
Aku tidak ingin sekadar
bekerja dan mendapat gaji...
30 tahunku pasti tiada
makna...
Aku ingin
menjadi pendidik dan pembina negara bangsa...
Tak perlu mengharapkan
dasar-dasar kerajaan, usaha-usaha kerajaan atau pihak tertentu untuk membentuk
negara bangsa... semua itu perlu tapi itu semua sekadar di kertas jika kita
tidak melaksanakannya...bagiku... segalanya bermula daripada setiap individu
untuk mengubahnya... bukan dunia yang perlu kita ubah...tapi diri kita
sendiri... bukan orang lain yang perlu dipersalahkan tetapi diri kita
sendiri...kerana kita semua sebagai khalifah di dunia ini....bukan pemimpin
sahaja...tetapi tanggungjawab itu letak kepada semua insan... aku percaya jika
setiap insan bersikap bertanggungjawab, amanah dan ikhlas ...pasti tiada
korupsi..tiada penyelewengan..pasti tugas akan dilaksanakan kerana lillahi
taala....
jangan mengejar kekayaan...jangan
dikejar kejayaan...jadilah orang yang berjaya pasti kejayaan akan mengejarmu...
semoga 2014 ini...aku akan
lebih matang dan berusaha untuk mencapai setiap impian aku... aku akan mencari
peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran pedagogi... mengumpul aset untuk masa
depan...dan menjadi yang terbaik untuk Dia dan dia.. dan membahagiakan dia dan
mereka serta kalian....
semoga kita semua dalam
rahmatnya dan berjaya mencapai impian...
lakukan kerana Allah....
Terima kasih Allah...
mungkin... aku akan akhiri 2014 (jika panjang umur) dengan tetap sendiri...kenapa?kerana aku masih ada komitmen ... heee...
No comments:
Post a Comment