Tuesday, October 15, 2013

Suatu Ketika Dahulu...

Suatu ketika dahulu...14 Oktober 2010...
10 minit pkul 12 malam...mataku terasa sangat-sangat mengantuk...hinggakan aku tetido di dalam bilikku...sedangkan waktu itu, rakan kumpulanku Farina, Saerah dan Ann sedang bertungku lumus menyiapakn tugasan Literasi bahasa kami...
Bukan kami sahaja yang sedang asyik menyiapkan tugasan ini tetapi rakan-rakan lain juga begitu...diam di bilik sendiri dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok...

Tapi malam itu...entah kenapa mata ini begitu mengantuk...jam12 malam aku bangun dan ke bilik Farina untuk menyambung kerja tetapi jam12.10 baharu memulakan kerja powerpoint sekali lagi aku tetido..kelihatan Saerah juga seolah-olah letih dan mengantuk...

Sedang aku terbaring di atas lantai melayan rasa ngantuk ini..tetiba aku terdengar 1 suara yang pada mulanya aku rasakan hanya aku yang terdengar tetapi Saerah turut terdengar suara itu.  Maklumlah ngah larut malam...mungkin suara gangguan lain...jadi aku dan saerah memasang telinga lagi..aku mendekati pintu bilik...dan nyata suara itu datang dari luar...

Amy sedang menangis di depan pintu biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Farina...Aku dan yang lain tertanya-tanya...seorang senior yang sedang menenangkan Amy memberitahu kami bahawa Kak Mira sudah menghadap Ilahi sebentar tadi...

Ya Allah...
sedihnya hatiku..aku tergamam mendengar berita itu...aku terus berlalu ke tandas dan menangis...huhuhu...
Yer..aku menangis...walaupun aku dan arwah tidak pernah berbual mesra..namun dia adalah idola aku..dia mampu menari dengan baik...aku suka melihat senyuman dia...dia adalah senior yang sering aku perhatikan..dan kali terakhir aku melihat dia ialah semasa dia ingin berangkat ke Melaka dengan tergesa-gesa.  Sempat juga dia melambai kepadaku mengucapkan selamat jalan...

Semasa di tandas, Kak Zed menghubungi aku...dia pun ingin maklumkan tentang berita itu...aku sekadar diam.  Tak mampu berkata-kata.  Aku kembali ke bilik Farina.  Kami menyambung tugasan.  Tetapi...
tiba-tiba aku terlihat Saerah tersedu-sedu menangis ketika mengadap laptop menyiapkan tugasan.  Aku tahu semua sedang terasa dengan pemergian arwah.  Ann pula terbaring diam di atas katil.  Farina pula termenung.  Kami mengmbil keputusan untuk berhenti menyiapkan tugasan dan menyambungnya pada hari esk memandangkan hati kami sedang bersedih dan terkejut.

Aku dan rakan-rakan yang lain berkumpul di surau dan kami bacakan surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah..Aku lihat raut wajah rakan-rakanku.  Sedih.  Alunan bacaan juga sayu.  Ya Allah...tempatkanlah arwah di sisi orang-orang yang beriman...

Arwah dibawa pulang ke kampung halamannya kuala terengganu malam itu juga...dan dikebumikan sekitar pukul 3 petang hari jumaat...
Arwah adalah mangsa nahas bas ke-13 yang terlibat dalam kemalangan pada 10 Oktober 2010 ...
Al-Fatihah buat arwah kak mira ....


No comments:

Post a Comment