Tuesday, December 31, 2013

TAHUN 2013 PERGI TAHUN 2014 TIBA...

TAHUN 2014

Ramai yang memperkatakannya
Tentang kos sara hidup meningkat..
Tentang harapan yang lebih baik
Tentang kejayaan yang ingin dicapai
Tentang azam yang telah tersenarai
Tentang pelbagai lagikenapa?Kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyaklah ragamnya

Tidak kira apa yang diharapkan untuk tahun baharu ini
Jadikan harapan itu suatu langkah yang berani untuk mencapainya

Bukan sekadar doa yang diharap tanpa usaha
Tidak kira berapa azam yang telah disenaraikan..
Jadikan setiap azam itu suatu usaha untuk kita memajukan diri kita
Adakalanya dan mungkin sering kali kita gagal melaksanakan azam

Namun jangan pernah berhenti melangkah teruskan dengan azamkerana tiada pendekar tidak pernah tewas,,tiada johan tidak pernah bolosdan tiada orang yang Berjaya jika tidak pernah gagalgagal adalah perhentian untuk kita berfikir kembali tentang apa yang telah kita lakukan...bukan menyalahkan orang lain..tetapi merenung diri sendiri...

Jangan pernah menyalahkan orang kerana kegagalan kita...sebaliknya diri kita adalah cabaran sebenar untuk kita berjaya... jika ada laku kita yang menghalang kejayaan sedialah berkorban melepaskan dan meninggalkan laku tersebut... sentiasa bersedia menghadapi hari esok..sentiasa mencari ilmu melengkapkan pengetahuan dan kemahiran..sentiasa berfikiran positif... jangan mudah mengalah... teruskan azam hingga terlaksana....

Buat kalian..apapun harapan dan iltizam.. teruskan dengan usaha..yang tersenarai dalam nota dan diari sekadar peringatan kepada kita yang sentiasa lupa...  DUIT ...doa, usaha, ikhtiar dan tawakal...
Selamat maju jaya untuk 2014...

Untuk aku...

Impian, harapan, cita-cita, keinginan segalanya telah berubah...
2013 akan pergi...dan meninggalkan segala kenangan yang telah terukir di dalamnya...
suka dan duka..tangis dan tawa..
tersemat kemas dalam kalbu...
segalanya menjadi pengajaran dan kenangan terindah dalam hidupku...

2013...

Alhamdulillah..aku berjaya menamatkan pengajian sarjana muda pendidikan dengan jayanya...
aku masih setia menemani si dia siang dan malam..meskipun sering bermasam muka...rajuk dan marah,,,
semua itu cukup perasanya manis..masam dan masin...serta tawar... terima kasih kerana masih menerima aku disisimu...
aku juga masih bersahabat dengan teman walaupun kami pernah berselisihan faham...
pengalaman itu menjadikan kita lebih matang dalam persahabatan..menjagar kita mengenali dengan lebih baik...
terima kasih untuk setiap kenangan itu... sungguh aku rindu kenangan kita menyiapkan tugasan yang sering kali menggelikan hati mencuit penkreas...hahhaha

Aku akhir 2013 dengan tetap sendiri..single..tidak bertunang..tidak berkahwin...hahhaha

2014 

2014 telah menjadi permulaan baharu untuk hidup aku...
Permulaan kepada kerjaya aku yang akan dibina hingga akhir nyawaku..
Ya...hidupku untuk 2014 hingga 30 tahun lagi...bagaimana aku corak perjalanan ini?
Apa yang pasti warna corak ini sudah tentu berwarna-warni...
Dengan semangat yang ada...
Aku tidak ingin sekadar bekerja dan mendapat gaji...
30 tahunku pasti tiada makna...

Aku ingin menjadi pendidik dan pembina negara bangsa...

Tak perlu mengharapkan dasar-dasar kerajaan, usaha-usaha kerajaan atau pihak tertentu untuk membentuk negara bangsa... semua itu perlu tapi itu semua sekadar di kertas jika kita tidak melaksanakannya...bagiku... segalanya bermula daripada setiap individu untuk mengubahnya... bukan dunia yang perlu kita ubah...tapi diri kita sendiri... bukan orang lain yang perlu dipersalahkan tetapi diri kita sendiri...kerana kita semua sebagai khalifah di dunia ini....bukan pemimpin sahaja...tetapi tanggungjawab itu letak kepada semua insan... aku percaya jika setiap insan bersikap bertanggungjawab, amanah dan ikhlas ...pasti tiada korupsi..tiada penyelewengan..pasti tugas akan dilaksanakan kerana lillahi taala....

jangan mengejar kekayaan...jangan dikejar kejayaan...jadilah orang yang berjaya pasti kejayaan akan mengejarmu...

semoga 2014 ini...aku akan lebih matang dan berusaha untuk mencapai setiap impian aku... aku akan mencari peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran pedagogi... mengumpul aset untuk masa depan...dan menjadi yang terbaik untuk Dia dan dia.. dan membahagiakan dia dan mereka serta kalian....
semoga kita semua dalam rahmatnya dan berjaya mencapai impian...
lakukan kerana Allah....


Terima kasih Allah...

mungkin... aku akan akhiri 2014 (jika panjang umur) dengan tetap sendiri...kenapa?kerana aku masih ada komitmen ... heee... 




Tuesday, October 15, 2013

Suatu Ketika Dahulu...

Suatu ketika dahulu...14 Oktober 2010...
10 minit pkul 12 malam...mataku terasa sangat-sangat mengantuk...hinggakan aku tetido di dalam bilikku...sedangkan waktu itu, rakan kumpulanku Farina, Saerah dan Ann sedang bertungku lumus menyiapakn tugasan Literasi bahasa kami...
Bukan kami sahaja yang sedang asyik menyiapkan tugasan ini tetapi rakan-rakan lain juga begitu...diam di bilik sendiri dan menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok...

Tapi malam itu...entah kenapa mata ini begitu mengantuk...jam12 malam aku bangun dan ke bilik Farina untuk menyambung kerja tetapi jam12.10 baharu memulakan kerja powerpoint sekali lagi aku tetido..kelihatan Saerah juga seolah-olah letih dan mengantuk...

Sedang aku terbaring di atas lantai melayan rasa ngantuk ini..tetiba aku terdengar 1 suara yang pada mulanya aku rasakan hanya aku yang terdengar tetapi Saerah turut terdengar suara itu.  Maklumlah ngah larut malam...mungkin suara gangguan lain...jadi aku dan saerah memasang telinga lagi..aku mendekati pintu bilik...dan nyata suara itu datang dari luar...

Amy sedang menangis di depan pintu biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Farina...Aku dan yang lain tertanya-tanya...seorang senior yang sedang menenangkan Amy memberitahu kami bahawa Kak Mira sudah menghadap Ilahi sebentar tadi...

Ya Allah...
sedihnya hatiku..aku tergamam mendengar berita itu...aku terus berlalu ke tandas dan menangis...huhuhu...
Yer..aku menangis...walaupun aku dan arwah tidak pernah berbual mesra..namun dia adalah idola aku..dia mampu menari dengan baik...aku suka melihat senyuman dia...dia adalah senior yang sering aku perhatikan..dan kali terakhir aku melihat dia ialah semasa dia ingin berangkat ke Melaka dengan tergesa-gesa.  Sempat juga dia melambai kepadaku mengucapkan selamat jalan...

Semasa di tandas, Kak Zed menghubungi aku...dia pun ingin maklumkan tentang berita itu...aku sekadar diam.  Tak mampu berkata-kata.  Aku kembali ke bilik Farina.  Kami menyambung tugasan.  Tetapi...
tiba-tiba aku terlihat Saerah tersedu-sedu menangis ketika mengadap laptop menyiapkan tugasan.  Aku tahu semua sedang terasa dengan pemergian arwah.  Ann pula terbaring diam di atas katil.  Farina pula termenung.  Kami mengmbil keputusan untuk berhenti menyiapkan tugasan dan menyambungnya pada hari esk memandangkan hati kami sedang bersedih dan terkejut.

Aku dan rakan-rakan yang lain berkumpul di surau dan kami bacakan surah Yasin untuk disedekahkan kepada arwah..Aku lihat raut wajah rakan-rakanku.  Sedih.  Alunan bacaan juga sayu.  Ya Allah...tempatkanlah arwah di sisi orang-orang yang beriman...

Arwah dibawa pulang ke kampung halamannya kuala terengganu malam itu juga...dan dikebumikan sekitar pukul 3 petang hari jumaat...
Arwah adalah mangsa nahas bas ke-13 yang terlibat dalam kemalangan pada 10 Oktober 2010 ...
Al-Fatihah buat arwah kak mira ....


Thursday, October 10, 2013

Musim Terakhir

Musim demi musim berlalu...
mencorak pelbagai cerita...
sebelum aku menjadi dewasa
di sini ada aku, dia, kamu dan mereka

Sayunya hati apabila waktu di sini semakin menuju ke penghujungnya.  5 tahun setengah aku belajar di IPG KBM...daripada namanya institut bahasa hgga kampus bahasa melayu...daripada aku kurus sampai aku xkurus...daripada aku xtaw gimnastik artistik sampai dapat buat dirian kepala...daripada remaja hingga dewasa...daripada sikit kawan hingga banyak kenalan... 

Bagaimana aku dapat tinggalkan semua yang telah tercipta di sini? Masa dan ketentuan memisahkan juga walaupun sukar untuk diharungi.  Aku tahu banyak yang gembira dengan noktah yang semakin menghampiri cerita di sini namun tidak bagi aku.  Kerana terlalu banyak kenangan yang terukir baik kenangan indah atau mimpi ngeri semua itu amat bermakna bagi hidupku.  

Kita selalu memikirkan bahwa tidak sabar meninggalkan sesuatu untuk memulakan kehidupan baharu tapi hingga suatu masa kita akan rindu tempat yang telah kita tinggalkan.  Kita akan rindukan masa belajar.  

******************************************************************************

MENGEMAS LAGI...

Kali ini aku mengemas barang lagi...
Banyak harta karun yang aku temui dalam simpanan aku...
nota kuliah...hasil kerja projek... hadiah...dan semua itu ada kenangannya...

Owhhhh...bagaimanakah ini...
Sedihnya hati kemaskan barang2 ni..
Pergi aku kali ini tidak akan kembali lagi...
kiranya aku kembali pasti kembaliku untuk tujuan lain...
bukan seperti sekarang...

Arghhhh...stres betul kemas barang ni...
aku rindu kamu kawan-kawan...
walaupun kita pernah bertengkar...
kita tetap kawan...
suka dan duka..
susah dan senang...
di taman...di padang...di kelas...di gelanggang...di laut..di pantai...dan juga di sungai...owhhh...hinga ke Planet Nibiru persahabatan kita...



Terbaring..terguling...menyiapkan esemen...
siang hingga malam menyudahkan video...
penat dan letih untuk teater...
semuanya kita bersama-sama

SEDIHNYA....
aku rindu detik kita ini....

Friday, February 8, 2013

diari cinta sang perindu




Entah mengapa aku seolah-olah pasti untuk berhenti...
walaupun perit,
walaupun sukar...
walaupun sedih...
tapi aku harus teruskan perjalanan ini tanpa dia di sisi
dia yang sentiasa menemani aku
dia yang selalu bermanja denganku...
dia kini bukan milikku lagi
meski kau menjauh,,
cintaku tetap untukmu sepanjang hayatku...
aku xkan pernah berhenti mencintaimu...

Aku sedar kenapa ini terjadi...
aku xsempurna,,
aku sering menyakitimu
aku selalu melukakanmu
aku kerap hampakanmu
aku kecewakanmu
aku hancurkan harapanmu

Dan,
aku tahu aku perlu lakukan ini
kerana aku terlalu menyayangimu
aku ingin kau bahagia walaupun bkn denganku
pergilah pada kasih yang setia menantimu
pergilah pada kasih yang menyanjungmu
pergilah pada kasih yang lebih sempurna dariku
pergilah pada kasih yang lebih menyayangimu dariku
pergilah pada kasih yang lebih pandai menjagamu
pergilah pada kasih yang menjaga hatimu
yang tak akan melukakan hatimu
yang tak akan mengecewakanmu
yang tak akan menyakitimu
yang tidak hipokrit dgnmu




Aku tidak mampu menjadi yang terbaik
meskipun aku berusaha sedayaku
aku terlalu menyayangimu
tapi aku xlayak memilikimu
aku tak memahamimu
aku seorang yang gagal

Aku relakan kau bahagia bersama insan lain
walaupun aku terluka
aku akan tersenyum melihat kebahagiaanmu itu
biarpun kusenyum dalam tangis
aku akan teruskan perjalanan ini 
tanpa kasih lagi
kerana aku xlayak untuk mendapat kasih
dan disayangi atau menyayangi
kerana aku akan melukakan kasih nanti...

pergilah pada yang mencintaimu
dan dpt menjaga hatimu
dgn sempurna
dan jangan biarkah hatimu dicalar dilukai lagi...
semoga hidupmu bersama-sama kasih lain
bahagia dan gembira
sampai bila2...
aku pasti..
kau dan dia tak kan berselisihfaham
takkan bertengkar mahupun
disakiti
kerana dia adalah insan sempurna untuk
memiliki cintamu...


salam sayang dan rindu buatmu...
foreverlove231...

Tuesday, February 5, 2013

MADU DAN RACUN



Madu ditangan kananmu,,,
racun ditangan kirimu...
aku tak tahu mana yang akan kau berikan kepadaku...
lalallala~~~


Hmmm....
Hari ini aku hidup dalam mimpi...
mimpi yang membuatkan aku tersenyum
biarpun sekadar rekaan mindaku...

aku lihat dia tersenyum riang...
manis jer...
aku nampak dia ketawa..
ceria sajer...
aku tengok dia bahagia...
seronoknya rasa....

aku rasakan erat genggamannya
memimpin aku ke jalan bahagia
aku rasakan hangat pelukannya
membawa aku ke alam lena

terkadang dia bagaikan sembilu
menghiris kalbu
terluka hatiku
tercalar rasaku

namun aku sedar dan tahu
hidup tidak indah selalu
ada duka ada pilu
ada kecewa dan hampa

aku terima segala liku
aku tempuh setiap cabaran
kerana ini kehidupan
hari tak selalu cerah
malam tak sentiasa tenang

aku tahu aku rindu
aku tahu aku perlu
aku tahu aku mahu
aku tahu aku mampu
aku tahu...






Sunday, February 3, 2013

Kisah Hati Sang Pencinta




Kadang kala hidup ini indah, penuh dengan warna warni dunia...
ada gelak dan tawa...
ada gurau dan senda...
ada cinta dan sayang...
ada kasih dan rindu...

dan kadang kala hidup ini sukar, penuh dengan kedukaan...
ada pilu dan airmata...
ada sedih dan muram...
ada luka dan duka...
ada rasa dalam kecewa...

Pernahkah kau bercinta?
mencintai dan dicintai?

pernahkah kau bersedih??
disakiti dan dilukai??

Begitulah kisah hati sang pencinta...
kitalah sang pencinta...
yang mempunyai sekeping hati dari Firdaus
sebagai tempat keimanan, keyakinan dan kemahuan
dan sebagai tempat segala rasa...

Hati ini pernah mencintai dan dicintai...
tapi diri tidak pernah menjaga rasa cinta itu....
tidak pernah menghargai wujud diri pencinta itu...
hinggalah hati ini ditinggalkan cinta...
kosong dan sepi...

waktu dan hari berlalu...
silih berganti bulan dan tahun...
suria dan rembulan pula tiba dan pergi...
terik mentari dan renyai hujan menyapa bumi...
tapi hati masih kosong dan sepi...

suatu masa takdir ilahi cinta bertemu lagi...
mengusik hati yang sepi...
membuat hari kembali berseri...
saat hati bertemu cinta lagi...

bisik diri bolehkah hati menerima cinta ini?
dapatkah hati menempuh segala duka yang hadir kerana cintai ini?
mampukah hati menjaga cinta ini buat selamanya?
sanggupkah hati menanggung luka dari cinta ini?
termenung dalam renungan masa lalu dan kini
hati, akal dan diri saling bertingkah
kesanggupan untuk luka dan sakit
atau biarkan hati terus kosong dan sepi...

cinta hadir tanpa dipaksa...
cinta tiba tanpa diduga...
cinta datang tanpa disangka...
cinta bertamu bersama duka
adanya cinta adanya luka...

menghela nafas dalam payah...
mencari tenang dalam sulit...
menerima cinta sekali lagi...
agar hati tiada berteman sepi 

menyulam bahagia dengan cinta
dunia bagai milik berdua
indahnya terasa bertemu cinta ini
tiada sanggup hati kehilangannya 









kesetiaan, kejujuran, pengorbanan
tercurah bersama-sama kasih
sayang, kesabaran, kemaafan
harga yang perlu dibayar untuk membina cinta yang utuh

bahtera di laut mana tiada dipukul ombak?
sesekali hati bersedih kerana luka
perselisihan faham dan kehendak
kecewa dan pengharapan
sakit dan pengkhianatan
hati luka dan dilukai....



namun,
ikrar hati untuk cinta
takkan pernah dilupakan
kesabaran dan kesanggupan
biar hati terluka dicarik kata berbisa
biar hati disakiti laku yang menyakitkan
hati tetap tabah untuk cinta ini...









sedaya yang bolehku pertahankan
kasih yang telah kita bina
sekuat yang mampu kutahan
ombak dan gelora
kutak ingin hilang cinta sekali lagi
kulakukan apa yang perlu
agar kasih kita terus bersatu 

wahai cinta...
biarpun kau ingin berlalu pergi
meninggalkan hati ini...
hati ini akan terus mencintaimu...
hati ini akan terus mendoakan kebahagiaanmu..
hati ini menerima pemergianmu setelah
terisi dengan kebahagian walaupun sedetik
setelah janji ditaburkan walau tiada dikota
setelah mencipta lukisan kenangan bersama-sama
setelah melalui lautan yang penuh cabaran
pergilah cinta jika itu mahumu
jika itu bahagiamu...
pergilah...





wahai cinta...
saat kau bertemu hati lain,
jagalah hati itu semampumu...
jangan kau lukai dan sakitinya
kerana itu terlalu perit
ketika kau mendapat hati lain
hargailah hati itu sebaiknya
kerana bila disakiti mungkin dia akan berlalu pergi
seperti cinta meninggalkan hatiku ini...  

wahai cinta...
ketika kau bersama-sama hati lain,
sampaikan kisah hatiku yang mencintaimu ini
hatiku yang melukaimu dan menyakitimu
agar dapat dia menjagamu lebih baik dariku
agar tidak terluka lagi hati cinta...

cinta?
hati ini pernah bahagia dan kecewa kerana cinta dahulu
kemudian kau hadir memberikan kasih dan janjimu
tapi kini kau ingin pergi meninggalkan segala yang telah tercipta...
terima kasih cinta...

keras hatimu tak mampu kulembutkan
segala bicara pujukku tidak kau endahkan
semua kesabaranku telah kuberikan
andai kau tak ingin lagi
hati relakan kau pergi mencari hati lain...

hati ini akan terus melangkah
tanpa cinta lagi...
biar pahit biar sulit
hati perlu tabah
tak perlu menerima cinta lain
kelak ditinggalkan hati ini lagi...
biarkan hati ini bertemankan
kisah hati sang pencinta....


Thursday, January 24, 2013

Happy Birthday SAYANG...


HEPY BDAY TO U...~~~
HEPY BDAY TO U...~~~
HEPY BDAY...~~
HEPY BDAY...~
HEPY BDAY...TO...U...~~~~~




NYANYI SENDIRI BHA....HHAHAHHAHA


Hari ini genap untuk adiq 20 tahun...ehhh..betol x?? lau salah umur sorry...kikikiki

Tahun ini juga masuk kali ke-2 kita lalui bday adiq bersama-sama... (walaupun sebenarnya...kita sedang jauh...)

Dan tahun ini juga...tahun terakhir kita dapat sambut bday sama-sama kat sini... thun depan...hmmm... Hanya Allah yang tahu...


Diq??
Selamat hari lahir taw...
semoga adiq panjang umo dan dimurahkan rezeki...
akak doakan adiq berjaya dan jadi best student...
tak salah utk jatuh tp jgn jatuh di tmpat yg sama buat kali ke-2 ..lau terjatuh jugak..jgn putus asa... lihat kembali apa kelemahan kita dan perbaikinya...jgn lihat apa yg telah kita usahakan..tp lihatlah apa yg belum kita laksanakan..

Diq?
Andai nanti adiq bersendiri ....




(maklumla..i dah posting kan,...ahaks)

Jaga diri taw...
ingat...stp cabaran perlukan semangat utk kita lalui dan gunakan semangat itu dalam usaha untuk kita atasi cabaran dan jgn pernah berhenti berharap ...

Aku tidak sempurna untuk kamu...
tidak mampu menjaga kamu...
tidak pula dapat melindungimu...
hingga kadang kala kau mencari teduhan lain...
maafkan aku...

Aku tetap aku...
selalu menyakitkan hatimu,,,
sering memarahimu...
sentiasa menyalahkanmu...
tetap sahaja begitu...
hingga nanti kau tinggalkanku...
aku tetap aku...
selalu menyayangimu...
sering merinduimu...
sentiasa inginkanmu...
tetap sahaja begitu...
hingga nanti hujung nafasku...
aku tetap aku...

JGN NANGIS...AKU KAN ADA...HEEE


Hurray! It’s my dear sister’s Bday! I hope your birthday brings as much happiness to you as you've given to others! 

selamat hari lahir....
23 Januari 1993.....





I’m so lucky to have a person so kind and cheerful like you as a little sister. Sending a soft Birthday hug to my sweet little sister on her special day! 




With as much love, as I can share, 

I wanted to let you know I care
Enough to send some love your way, 
On your very special day!
Happy Birthday to my beautiful sister!

BUDAK YG PUNYA BDAY 23 JANUARI...HEHEHHE




bEST dapat main sama-sama...heee