Drama Tahajjud Cinta mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi.
Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.
Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.
Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.
Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Erma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solahudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.
Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri dari menjadi isteri keempat?Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu?.
Ketaatan dan cinta kepada agama mampu mendorong seseorang melakukan perkara-perkara murni apatah lagi untuk melakukan sesuatu yang luar biasa. Berbekalkan naluri, cita-cita dan semangat perjuangan harmoni, tiada sempadan dan halangan yang tidak dapat direntasi mahu pun tentangan atau dugaan. Berlainan pula bagi cinta, yang berupaya mengubah mana-mana insan atau pegangan apabila ia dimanipulasikan oleh nafsu dan tipu daya. Mampukah dua orang wanita solehah menempuh onak dan duri disebalik hasrat murni kedua ibubapa mereka?
Drama: Tahajjud Cinta
Genre Tahajjud Cinta : Semi Islamik
Terbitan Tahajjud Cinta : Rumah Karya Citra
Pengarah Tahajjud Cinta: Erma Fatima
Penolong Pengarah Tahajjud Cinta: Amalina Asmidah
Jurukamera Tahajjud Cinta: Asrar Lukmanal Hakim
Penolong Jurukamera: Ahmad Muhamin, Noor Syaifully Rahmat
Konti: Noor Azura Norman
Pengarah Seni Tahajjud Cinta: Ahmad Fadhli Asmi
Wardrobe: Rohaya Abdullah, Noor Hidayah Murni, Siti Noraisyah Rahman, Azwan Shah Ariffin, Noorrelia Laileyazhar, Muhammad Hazami
Peralatan: Asama Supramaniam, Azura Ahmad
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Grip: Rsharin Irwan
Menurut Erma Fatima, drama ini dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka dengan matlamat memberitahu wanita mengenai hak mereka setelah melihat ramai wanita teraniaya di luar sana. Dalam akhbar banyak kes mengenai penganiayaan wanita dipaparkan. Pada masa sama, golongan lelaki pula selalu guna agama untuk menindas wanita jadi.
Drama Tahajjud Cinta ini tiada hero dan heroin kerana setiap orang ada peranan tersendiri. Mereka bersatu menghidupkan watak dalam drama ini supaya benar-benar berkesan. Drama ini dibintangi oleh 20 orang pelakon yang hebat-hebat.
Drama Tahajud Cinta ini mengeksploitasi sebaik-baiknya kemampuan Eman Manan membaca al-Quran. Eman sebagai Ustaz Syauki memang betul dari segi pendirian agamanya tetapi dia sendiri tidak boleh mengawal nafsunya.
Drama Tahajjud Cinta ini khusus untuk wanita. Drama ini bukanlah nak perlekehkan kaum lelaki tetapi perlu ada kesedaran di kedua-dua belah pihak untuk mencari jalan terbaik terhadap setiap masalah yang wujud. Masing-masing ada hak masing-masing.
ANTARA PELAKON TAHAJJUD CINTA
Remy Ishak (Solahudin)
Fazura (Citra)
Fouziah Gous (Seri)
Shahz Jaszle (Azihan)
Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra)
Eman Manan (Ustaz Syauki)
Norish Karman (Nora)
Tiz Zaqyah (Emelda)
Aaron Aziz (suami Nora)
Melissa Saila, Fauziah dan Dira |
Promo Tahajjud Cinta
No comments:
Post a Comment