Tuesday, July 26, 2011

Andai Ini Adalah Solat Terakhirku..





Ya Allah,
Andai aku tahu ini adalah solat terakhir ku,
Maka aku akan menyempurnakan wudhu dan niat solat ku
Akan ku baca ayat Mu dengan penuh penghayatan dan pemahaman
Akan ku penuhi sujud ku dengan doa kepada mu
Akan ku basahi sajadah ku dengan air mata pengingatan terhadap Mu
Akan ku biarkan derai ku mengiringi permohonan ampun ku kepada Mu

Ya Allah,
Jika aku tahu ini adalah solat terakhir ku
Aku tidak akan pernah menundanya walau hanya sedetik
Aku tidak akan menyegerakan rakaat agar solat ku cepat selesai
Aku tidak akan pernah terfikir pada urusan dunia yang sering  difikiran
Sungguh,
Aku tidak akan pernah menyiakan kesempatan terakhir ku untuk menganggungkan asma Mu

Tetapi Ya Allah,
Apakah aku tahu,
Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?
Tetapi mengapa aku mensia-sia waktu seolah-olah aku akan tetap hidup selamanya

Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?
Ketika semua yang ku lakukan hanya untuk menggugurkan kewajipanku
Terburu-buru ku habiskan dialogku dengan Mu
Hanya agar aku dapat segera kembali pada urusan dunia
Hanya untuk mengagungkan kefanaan

Aku tidak pernah merasa perlu memohon ampunan Mu
Aku belum merasa perlu bersyukur atas nafas dari Mu

Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?
Ampuni aku Ya Allah…
Astaghfirullah...

Monday, July 25, 2011

Lukisan Hati

Sesuka hati aku...hahhaa


Akan terus setia menantimu...



Our adidas...Thanx sis

Kesayangan saya... untuk selamanya



Dari kacamata~~~ 

Reka Letak sendirian berhad...hehehe



Saturday, July 23, 2011

Sinopsis drama supermak & trailer video


Hasil arahan Prem dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd., SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani.


Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari.

Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

Bergelar SuperMak, Amy Salim mewarisi kekuatan dan kepantasan yang mengagumkan, dan beliau merupakan salah seorang dari generasi keturunan Thani. Kini beliau telah dewasa dan mendirikan rumahtangga. Suaminya, Rees (Azhan Rani) merupakan seorang anggota polis dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris). Mereka bersama-sama menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga penyayang, ceria dan penuh komitmen antara satu sama lain.

Namun, langit tidak selamanya cerah, kemunculan Bashar (Zul Yahya), musuh tradisi dari salah satu suku keturunan Thani di Riau tiba-tiba muncul untuk menggugat ketenteraman awam termasuklah keluarga Amy. Akibat sikap tamak dan dahagakan kuasa, Bashar berjaya menguasai seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan gangster besar untuk mengikut telunjuk perintahnya. Bashar ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api yang sangat kuat dan hebat.

Seorang lagi pewaris, Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa ais yang menakjubkan juga tunduk kepada kekuatan Bashar. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy demi mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

Pertarungan sengit yang membezakan baik dan jahat di antara mereka berlima bakal meletus demi mempertahankan pingat unik dan keamanan sejagat dari jatuh dan musnah di dunia kecelakaan. Lebih menarik, Bashar juga mengetahui kelemahan utama SuperMak, dan cabaran akan menjadi semakin getir dengan kehadiran seorang lelaki hebat disisi Amy, juga sebagai penjaga pingat keramat tersebut.

Apakah sebenarnya kelemahan SuperMak, dan siapakah lelaki misteri itu? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi lincah Nasha Aziz dan pelakon-pelakon hebat yang lain di dalam SUPERMAK, di slot Aksi, sebanyak 13 episod, bermula pada 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

 Melly Amalin sebagai Ayesha 


Zul Yahya, Nasha Aziz dan Azhan Rani dalam SUPERMAK tv3




Zara Zya


SUPERMAK....

Nah!!! kacau lagi keluarga aku !!!dush2...




Surat Repot nok tiang gol...

Fesyen dan Agama Islam ...

Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM



Satu Soalan Buat Hawa.


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.


peace no war :)

Friday, July 15, 2011

Diari kenangan cikgu part 1

Kali ini bertambah lagi junior aku...intake baru ni pon jumlahnya lebih ramai berbanding intake aku dulu...tapi aku bukan nak cerita sal jumlah junior aku ni...aku nk kongsi sikit sal cerita dulu kala...cerita zaman firaun dulu...sebuah cerita tentang waktu mula-mula aku dan kawan-kawan seangkatan aku berdaftar di IPG Kampus Bahasa Melayu ini...al-kisahnya bermula di sini....

14 Julai 2008...kami mula berdaftar sebgai pelajr di IPG KBM yang tidak kami kenali dulu...mengikut kata2 kawan2 saya yang membuka bicara tentng detik mula mendpt tawaran di sini...mereka sendiri tdk mengenali IPG KBM ini yang tika itu di kenali sebagai IPBMM...haahaaha....kalau UM...semua org kenal...tp 
 IPBMM???jarang sekali orang ketahui...

kat mana ek???hurmmm
Walaupun terletak hanya disebelah UM...hurmmm..sedih lak aku rase...rata2 kawan aku ni...tertanya-tanya dimana letaknya maktab perguruan yang dinyatakan ini???? ditambah kekeliruannya lagi dengan perkataan ‘Lembah Pantai’ sebagai lokasi atau kawasan letaknya maktab ini....Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai....!!!maktab ini terletak dekat dgn pantai k???wah, alangkah indah duduk berhampiran pantai...tapi ade ke pantai di kL???huhhh!!! ini antara bisikan2 hati salah seorg rakanku pada saat tawaran itu diterimanya....lebih ‘terharu’ apabila bukan sahaja rakan2 yang berada diluar KL yg tidak mengenali tempat ini..tetapi..rakan2 yang sudah sedia sejak azali tggl di KL pun ada yang tidak mengetahui kewujudan maktab ini walaupun sering melintasi kawasan ini....so sadddddddddd....so saddd....huhuhuuhuu....

seperti yang aku katakan tadi...ini adalah bisikan hati yg tulus drpd rakan2ku..BUKAN aku!!!hehhehee...

well...u know me !!!
Aku awal2 lagi dah melompat bila baca surat tawaran ke maktab ni...apa taknya...nama negerinya yg penting...KUALA LUMPUR!!! 5thun lebih aku akan mnetap di KL...fuyoooooooooooo....bye2 org kampung...hhahahaa...

hoyeah2.... bye2 org kampunggggggg...
Dan aku pon dah tahu sdkt ttg kewujudan maktab ini...tu pun dek kerana saudaraku pernah belajar di sini dan dia sgt berbgga dgn mktb ini..katanya di sini ramai pakar bahasa....hehehhe...mungkin dia sendiri tdk menyangka aku akan berada di sini..BUKAN anaknya...sbb anaknya tercampak jauh di utara...hehheheh...opsssssssss...identiti beliau dirahsiakan....

HHahahhahahah.... sian dia...
          Pada awal pagi semasa proses pendaftaran di Dewan Zaba...aku bersama rakan sekolahku Faris sama-sama berdaftar walaupun kami berlainan kelas...hehehehe...dia tgu aku..aku tgu dia ..begitulah yg berlaku semasa menyelesaikan proses pendaftaran kami...tapi di sebbkan dia masih xlengkapkan borg2 yg sepatutnya...aku pun meninggalkannya dan trus mendftar d kaunter asrama....dan di sinilah segalanya bermula....andai kata aku msih setia mngu Faris...tentunya aku tdk akan bertemu dgn Nana rumet kesayangan aku kini dan selamanya...dan aku juga xakan dpt duduk di bilik B118...last bilik...jika x..aku mungkin akan duduk di dorm...huk3...xmao2...

no no no !!!!
          So semasa mendftarkan diri di kaunter penginapan asrama...muncul la seorang gadis yang berbaju kurung berwarna merah menyapa aku yang sedang mengisi borang asrama dengan penuh sopannya...adoiiiiiiiiii...sejuk hati mak tau nyah....hahahahah....si gadis itu kurus dan tinggi...comel taw...hehhehee...dia bertanya kepadaku... “Di sini tempat daftar asrama ke?” aku pun trus membalas dengan senyuman yang semanis kurma gitu...yela...awek tuh...kene la senyuman kiut sekiut kiutnya...kih3.. “Ah ha” Aku membalas pertanyaannya dan menganguk sebagai tanda benar kepada persoalannya tadi.  Selepas dia mendaftar...aku mengikutinya ke kaunter. “ini no bilik. Dan budak perempuan tadi adalah rakan sebilik kamu.” Ujar kakak yang menjaga kaunter tersebut sambil menunjukkan no bilikku dan rakan bilikku.  Rupa-rupanya...gadis yang cantik itu tadi adalah rakan sebilikku....fuyoooooooooooo....awek cun tuh....peweeeeeeeeeeettt...Di bilik barulah kami berkenalan...namanya ilyana...nama manja nana...hik3...budak Kee Ell....

mmmm...cun cun cunnnnnnnn,,,,
           Dan kenalan aku semakin bertambah.   Aku dan rumetku Nana, mula berkenalan dengan jiran kami.  Iaitu Jannah dan Linda.  Kami berempat mula akrab sejak hari pertama kami di sini.  Kadang-kadang kami memakai baju kurung yang sama warna iaitu warna merah.  Kelas Jannah dan Nana sering bergabung manakala aku pula sering bergabung kelas dengan kelas Linda.  Ohh sebelum aku terlupa...Linda ni budak Teluk Intan, Perak dan berusia setahun lebih tua daripada aku, Jannah dan Nana.hehehehhe...so tyme tuh,,umur dia 19 tahun....sedikit tentang miss Linda ni...dia dulu pantang tengok selendang...aiyooo...ade je yang hendak di belinya.  Nak-nak kalau pergi pasar ari isnin dan jumaat.  Selendang itu selendang ini..tudung warna itu tudung warna ini...ishhh...terpaksa aku pegang dan tahan dia kalau ternampak kedai tudung... Kadang-kadang aku, Jannah dan Linda suke buat kerja gila.  Tak payah wat perancangan...andai kata kami ingin ke sesuatu tempat..tika itu juga kami membuat keputusan dan terus bersiap untuk keluar.  Kalau masa tu, biasanya selepas maghrib laa...kami rasa nak makan A&W...tyme tu juga kami keluar...pernah juga kami keluar ke Mid hanya dengan memakai seluar track dan t-Shirt...hehhehe..sempoiiiiiiiiii....Perkenalan aku, Jannah, Nana dan Linda bermula apabila Nana dan aku meminta bantuan Jannah untuk mengikat skraf biru yang wajid dipakai oleh setiap pelajar baru dan dari situlah kami mula rapat dan mesra.  Setiap kali hendak memakai skraf tersebut, setiap kali itulah kami mendapatkan bantuan Jannah.hehhehe...thanx Ja J

aku, Lin, nana dan jannah...
         Percaya atau tidak...soalan pertama yang dituju oleh Nana kepada aku tika kami melepaskan lelah mengemas barang pada hari pertama ialah “Ade pakwe??” Soal Nana kepadaku yang sedang berbaring keletihan di atas katil.  “hmmm...mane ade.  Awak?” Balas aku pula.  Saat terimbas kembali detik perbualan pertama kami ini, tergelak juga.  Naik geli penkreas aku.  Hahahhaha...    

apalah..tanya soalan ini..hurmmmm
Dalam banyak-banyak soalan..kenapa soalan ini yang Nana tuju tuk aku???hurmmm...aku pun tak taw...hek3...

Blok D..kelas D.1.4...owhhh,,,dr zaman pak belalang duk kat kelas ni.  Dalam banyak-banyak kelas...kelas aku antara kelas yang agak daif dari segi kemodenannya.  Hahhahaha...kelas yang tiada pdingin hawa mcm kelas2 lain...tiada LCD...meja kayu yang aku rase...budak sekolah pon dah xguna meja cam ni....sedih mengenang nasib.  Seolah perjalanan hidup seorang guru yang penuh kemiskinan. Serba kekurangan..hahahha....kadangnya saat tiba detik tengah hari...owhhh...panas..panas... menghilangkan mood untuk meneruskan pembelajaran yang masih tersisa satu hingga dua jam.  Namun, seberapa miskinnya kelas ini...


ohhh.... tak ada kelas lagi panas dr ini ke????


Ala...ngantuknya klas tyme tgh hari ni.....zzzzzzzzzz


di kelas ini jugalah aku memperolehi kawan2 yang hingga kini masih menjadi kawan karibku...dalam 22org rakan sekelasku..Farina adalah org pertama yang sudi berkawan dgn aku..so sweeeeeetttttt...hehehhe...




sebelah kiri inilah farina... gambar ini masa kami sem 1 thn 2008




Tapi mase mula2 kenal si farina ni dulu..bagi aku,,dia sgt byk mulut...pot pet pot pet...ishhh..byk plak budak ni cakap...bisik hatiku dulu..ngat...DULU....heheheh...



adoi...byk cakapla budak ini...gerrrrrrrrr


Dia ialah yang sudi duduk bersamaku dibelakang dan yang sudi menjadi pasangku untuk kerja2 berpasangan.  Dulu...aku dan farina ni..sekadar kawan biasa sahaja.  Kami berkawan sebab kerja berpasangan dan kami duduk bersebelah dlm kelas.  Itu saja.  Tiada lebih dan tiada kurang. 


   Masa tahun 2009 sem3 plak..walaupun bilik kami bertentangan..kiranya lau nak ke bilik dia, aku boleh melompat trus ke biliknya.  Itu pun lau ea buka pintu bilik..lau tidak...hurmmm...hilang hidung yang mancung...wakakkaka.... bak kata lain...jarak bilik kami tuh..1 langkah jek...bukan 1 perlaung..bukan 1 lontaran batu...Cuma 1 meter jek...tapi...tapi kami masih xberkawan rapat...hahahha...walaupun kami 1 kumpulan..iaitu kumpulan berempat aku, farina, ann dan saerah..tapi aku dan farina tidak begitu rapat sangat.  Dia lebih rapat dengan saerah manakala aku rapat dengan Ann. 



Cuma sejak bulan 3 tahun lepas tahun 2010 kami menjadi teman.  Itupun kerana kerja kursus KPK...thanx KPK...hahahah...sebab kamu,,,aku dan Nana ade rumet separuh masa....kah3...bermula itu kami berkawan rapat hingga ke hari ini dan insyaallah hingga akhir nanti.  Ke mana sahaja kami bersama...berkaraoke..shopping...skating...makan...sembang...tido...sini dan sana...di mana ada aku di situ ada farina....hak3...


kadang2 tyme kami kua makan kat cafe, kami terpakai baju yang sama...sama jenis..sama warna...bukan sengaja tapi TAK SENGAJA tau.,,,malu jugak...dah mcm kembar xseiras lain mak lain bapak...lain negeri...hahahaha...tapi dah kebetulan terSAMA pula...




kami kembar xseiras...kih3
Sebelum aku berteman dengan Farina aku terlebih dahulu bergurau senda dengan Saerah.  Seperti keakraban aku dgn Farina begitulah juga aku dgn Saerah dulu.  Tiap-tiap pagi kami ke kelas bersama.  Pukul 7.30 pagi dah ke kelas.  Bukan apa, kami ingin meluangkan masa untuk berefleksiologi sebelum kelas bermula.  Wah, banyak round juga kami buat.  Dulu kami pernah cuba pecahkan rekod peribadi dengan membuat 30 pusingan.  Tapi sayang masa xmengizinkan...hehehhe...ade juga pensyarah yang mengambil gambar kami yang sedang berefleksiologi..katanya dia suke tgk kami dengan muka yang ceria sedang merangsang peredaran darah dan sistem saraf...hik3...kami pon apa lagi...bagi pose yang cun la...ala...macam mime artis kat I-city tuh...yg pakai baju emas dan perak... macam tuh la kami rasa dulu....hak3....


hahh..macam ni la... bergaya dan orang ambil gambar,,,glemer kan???
Dulu Saerah la tempat aku bercerita...ada la aku ceritakan kisah aku dulu kat dia...tidak la pula aku tau sama ada dia masih ingat atau tidak.  Kami selalu makan bersama.  Setiap petang.  Masa aku hidup dengan saerah...berat badanku cumalah 44kg...tapi bila aku hidup dengan Farina ni..hurmmm..no komen la...huk3.... Inilah dinamakan kehidupan persahabatan.  Kami masih tercari-cari teman hati yang serasi.  Rentetan itu, Saerah rapat pula dengan Farina dan aku sering bersama Annur. 
Aku dan Annur sama-sama nakal.  Pernah suatu ketika dulu kami menyorok di belakang ampaian gara-gara sportcheck yang dilakukan ke atas kami yang tidak ke majlis sambutan hari guru tahun 2009...hehhehe...kantoi sudahhhhhhhh....relax2..everything ok... hantar surat salah laku mengikut tarikh yang ditetapkan...itu je..ITU JE yang berlaku sem itu..sem kemudiannya..kami perlu buat surat salah laku lagi..kes...tak pergi perhimpunan!!! Bertambah teruk..HEP hantar surat salah laku kat penjamin lar!!!... ape lagi...menjawab la...wat malu jek..salah laku xg perhimpunan pagi... kecoh betul...sekolah dulu..cegu xbuat pon macam neh...ambik nama jek.. dah selalu buat baru gtaw parent...ni tak.. siket2 surat salah laku... hantar surat kat penjamin..adoiiii... dah xde keje lain beliau nak buat???selalu besarkan perkara kecil..dulu sebelum kewujudan beliau di sini..kami hidup tenang dan bahagia...tyme tuh..mcm2 salah laku yang kecil tapi dibesar-besarkan...malas la nk buka citer lame... janji beliau dah hilang taring sekarang..hahha...


eeeeeeeee....geram betol....!!!!


Dulu aku selalu kua dengan Annur...lepak sama2...apa yang sama tentang kami...kami suka perhatikan orang2 disekeliling kami...gelagat org sekitar kami...hehehe..macam2 kerenah...1 lagi, kami pantang jumpa cermin...mana2 kami pergi pasti kami akan jerling ke arah cermin...hehheheh...kami pon satu kelab Hoki tahun 2009 tuh.  Kami tiada kawan lain selain diri kami sendiri dalam kelab itu.  Nak di jadikan cerita...bila tyme esemen kumpulan berempat...kami tiada lgsung kumpulan.  Sampailah, hari esemen tersebut perlu dihantar barulah kami kelam kabut mencari kumpulan...juz letak name je la...huk3...itulah pengalaman kami zaman muda-muda dulu. 


hahaha... zaman muda yang sengal....


Dulu tyme berjiran dengan Annur,,,tahun 2008...kami selalu pergi ke kelas bersama.  Maklumla...kami satu aras...elok la...pergi kelas lewat bersama...hahahha....  so dalam perjalanan hidup aku hingga kini..aku dah berkenalan dgn rapat kawan2ku... dalam kitaran mencari teman...kini aku bersama Farina...hehhehe...


Tahun 2011..walaupun tidak semua kekal seperti dahulu...aku masih bersama kawan2ku...tiada sengketa antara kami...buang yang keruh ambil yang jernih.  Walaubagaimana sekalipun..kita tetap kawan...hehehe.... dgn cabaran dan dugaan la kita dapat kenal siapa kawan siapa lawan.... siapa percaya siapa setia... berbaki 2 tahun lagi bersama...semoga ikatan persahabatan yang mula terjalin sejak 14 Julai 2008...akan terus kekal sampai bila-bila.


hahhh!!! inilah ann....hehhehe

Saerah dan Ann..~ suke serang geng2 Mr.Crab..kahkahakah


2011~masih aku, Nana dan Jannah...
inilah faris kawan 1 kelas tyme sekolah dulu...
sama2 tyme interview ...sama2 dtg sini...kih3
kami adlh rumet...dulu,,kini dan selamanya,,,

2011~~~gambar kami latest...muka masam dan marah ..gerrrrrrr
(ps--ada beza tak dgn tahun2008 dulu???hmmm)

inilah situasi kelas kami...sekolah pon lagi clas...huk3
walaubgaimanapun keadaan kelas kami..,,,fokus tetap fokus....
xkira..menuntut ilmu dlm klas yg berkipas atau dewan yg ber-aircon
kami tetap fokus~~~belajar

peace.... ukhuwah kami telah utuh.... setlh 3 thun bersama

2011~inilah sebhgian drpd PISMP 4A...
bersama selamanya...

Lagu untukmu SAHABAT~~

hehheheheh....


jupe dlm part 2~ ceritera kenangan cikgu