Friday, December 31, 2010

PENCIPTAAN MALAIKAT


Hadith Rasulullah SAW telah jelas menerangkan kepada kita bahawa malaikat itu diciptakan daripada ‘nur’ iaitu cahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Ertinya “Malaikat itu diciptakan daripada nur, jin diciptakan daripada nyala api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah disifatkan kepadamu.

Ikrimah berkata : “ Malaikat itu diciptakan daripada ‘nurul izzah .’ Yazid bin Rahman pula berkata “Telah sampai khabar kepadaku bahawa malaikat itu diciptakan daripada ‘Ruhullah’. Allah telah menciptakan malaikat itu sebelum Dia menciptakan manusia. Tegasnya, malaikat diciptakan lebih dahulu daripada manusia. Hal ini dapat dilihat di dalam AL-Quran bahawa Allah SWT telah memberitahu kepada para malaikat bahawa Allah akan menjadikan khalifah di muka bumi iaitu manusia.

Bilangan malaikat itu sangat ramai. Dan disebutkan bahawa yang mengetahui jumlah malaikat yang sebenar hanyalah Allah sendiri. Beberapa Hadith Rasulullah dan athar menerangkan bahawa ramainya malaikat itu melebihi jumlah manusia Rasulullah SAW telah bersabda : Ertinya “Tidak ada tempat satu kaki pun di langit , melainkan terdapat malaikat yang sedang sujud atau berdiri di situ.”

Suatu hari Rasulullah SAW sedang berada di masjidnya tiba-tiba baginda bersabda : “Apakah engkau mendengar apa yang kami dengar?” Para sahabat bertanya : “Apa yang sedang anda dengar wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab : “Langit berbunyi dan benar padanya ada suara. Tidak ada tempat satu kaki pun di langit melainkan terdapat malaikat yang sedang berdiri , rukuk atau bersujud di situ.”

Apakah malaikat akan mati?

Jawabnya ; ya ,malaikat akan mati dan makhluk-makhluk yang lain juga akan mati. Hal ini akan terjadi apabila sangkakala telah ditiup. Iaitu pada tiupan kedua yang pada waktu itu akan mati semua makhluk yang hidup di langit dan di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith tentang sangkakala. Kemudian Allah akan mencabut roh-roh makhluk yang masih hidup itu sehinggalah yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut. Maka tinggallan sendiri Zat Yang Maha Hidup dan Maha Kekal iaitu Allah. Pada saat itulah Allah akan berfirman:

“Untuk siapalah kerajaan pada hari ini?” Kemudian Dia menjawab sendiri pertanyaan-Nya itu. “untuk Allah Yang Maha Satu yang Maha Perkasa.”

Semua makhluk itu terdiri daripada lelaki dan perempuan sebagaimana yang disebutkan dalam AL-Quran, kecualli malaikat saja yang tidak termasuk dalam ayat tersebut. Malaikat tidak lelaki dan tidak perempuan. Mereka hanya disebutkan oleh Allah sebagai ‘ibadurrahman’ atau hamba-hamba Allah yang Maha Pemurah.

Selamat, M. I. (1999). Himpunan Kisah-Kisah Malaikat. Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

KISAH MALAIKAT MALIK DENGAN API NERAKA


Mansur bin Amar berkata : “Telah sampai kepadaku riwayat bahawa malaikat Malaikat yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka, dan pada tiap-tiap kaki malaikat Malik terdapat tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.”

Kalau malaikat Malik memandang ke neraka maka penghuni neraka akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.

Huruf “Al basmalah” itu ada sembilan belas dan bilanagn huruf pada “Az zabaniyah”juga ada sembilan belas. Mereka dinamakan demikian itu iaitu dengan nama Zabaniyah kerana mereka itu boleh bekerja dnegan kaki mereka seperti mereka bekerja dengan tangan mereka. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang kafir dengan satu tangan, 10,000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan mengambil sedemikian dengan kaki yang lain.

Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawah tiap-tiap pemimpin itu ada penjaganya yang mana bilangannya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mata mereka laksana kilat yang menyambar, gigi mereka seperti putihnya tanduk lembu, bibir mereka menyentuh telapak kaki, mulut mereka mengeluarkan api. Allah SWT menciptakan mereka tanpa ada sedikit punrasa kasih sayang, salah satu malaikat terjun ke dalam lautan api selama 40 tahun, tetapi api tidak membahayakan mereka, kerana sinar itu lebih kuat daripada api yang panas. Malaikat Malik berkata kepada malaikat Zabaniyah : “Campakkan mereka itu ke dalam nereka!”

Apabila malaikat Zabaniyah mencampakkan orang-orang berbuat dosa ke dalam neraka maka mereka semua berkata : “Laa illaaha illallaah” Api tidak dapat membakar mereka, maka berkata malaikat Malik : “Wahai api mengapa kamu tidak mahu membakar mereka?”

Berkata api : “Wahai Malik , bagaimana aku hendak membakar mereka sebab mereka menyebut “Laa illaaha illallaah.” Kemudian berkata malaikat Malik, “Ya, begitulah Allah pemilik Arsy yang agung telah memerintahkan.”

Kemudian api pun membakar tubuh mereka sampai kedua tapak kakinya, ada yang dibakar sampai kedua lututnya , ada yang dibakar sampai pusatnya dan ada juga yang dibakar sampai tengkuknya. Apabila api hendak membakar muka mereka maka malaikat Malik berkata : “Wahai api janganlah kamu membakar muka mereka sebab mereka itu pernah bersujud kepada Allah Yang Maha Rahman dan janganlah kamu membakar hati mereka sebab mereka haus dan dahaga dari beratnya berpuasa dalam bulan Ramadan.”


Selamat, M. I. (1999). Himpunan Kisah-Kisah Malaikat. Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

Tuesday, December 28, 2010

WARKAH KANDA


Semua yang berlaku terhadap kita sebenarnya bergantung kepada kita melihatnnya. Kerana itu bukalah mata seluas mungkin! 

Adik perlu sedar bahawa hidup ini penuh dengan kejutan. Banyak antaranya baik kepada kita. Jika adik tidak menjaga saat kejutan tersebut, adik akan kehilangan separuh daripada keseronokan yang ada di dalamnya. 

Apabila adik berdepan dengan cabaran, sambutlah kedatangannya nescaya cabaran itu akan meninggalkan adik dengan hikmah kebijaksanaan, kekuatan dan keupayaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Tetapi apabila membuat kesilapan bersyukurlah kerana ia memberi adik iktibar.

Selesaikanlah dengan menggunakam balik pengajaran tadi dan itu akan membantu adik mencapai matlamat. Adik juga perlu ikut peraturan kerana apabila tidak dipatuhi, hidup pasti melanggar peraturan, adik sebenarnya hanya memperbodah diri. 

Seperkara lagi, amat penting untuk adik putuskan dengan tepat apa yang adik mahu. Kemudian pastikan minda memberi fokus terhadap sasaran itu sambil bersiap sedia mengharunginya. 

Apabila usia adik meningkat, adik juga bakal mendapat ‘kasut’ baru yang lebih besar. Jadi, adik bersiaplah menghadapi episod penghabisan sebagaimana misi ketika bermula cabaran dulu.

Adik mesti berani berpindah daripada suasana kebiasaan kepada sesuatu yang luar kelaziman. Hidup belum bermula sekadar mencecah puncak. Sebahagian daripadanya bergerak dari satu puncak ke satu puncak berikutnya. 

Jika adik berehat terlalu lama di antara kedua-keduanya, mungkin adik mudah mengalah. Tinggalkanlah kenangan silam. Buang perangai yang boleh melambatkan usaha dan sentiasa menjana tenaga. 

Ingatlah bahawa pilihan adik itu akan mencipta sama ada kejayaan mahupun kegagalan. Justeru, ambil kira setiap langkah dan putuskan yang mana satu boleh jadi ikutan. 

Kemudian yakinlah pada diri sendiri, bangkit dan terus bergerak. Pastikan adik juga sesekali berehat sejenak. Ini kerana masa itulah adik berpeluang memperbaharui iltizam untuk membentuk impian, keceriaan dan tanggapan baru.

Akhirnya dan paling mustahak, jangan mudah menyerah kalah. Orang yang berakhir sebagai juara, adalah insan yang berjuang untuk menang. Berikanlah kehidupan itu segala-galanya, dan kehidupan bakal mamberi balik yang terbaik untuk adik…