Sunday, January 31, 2016

selamat hari ulang tahun kelahiran

31 Januari tiba lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...


Secara rasminya cik lily dah menjejak umur 26 tahun...memasuki umur akhir 20-an...huhuhuhu

Sejak kecil sambut hari lahir dengan keluarga, pasti adakan jamuan mkn2 dengan menjemput kwn sekolah,saudara mara dan jiran tetangga.  Sampailah masuk IPG ..tetap blik Terengganu utk sambut birthday.  Kenapa cekal sangat blik?Sebab 1 februari Hari Wilayah. KL cuti..IPG Cik lily pon cuti...HAHAHHA...Pasti ade kek.Kalau tak beli ,,kek home made...n hias sendiri....Seronok sambut hari jadi walaupun adik2 yang lain takde sambutan macam ni.hahhaha...


Tahun lepas sambut birthday di KL dengan yang tercinta...Si dia belanja eskerim magnum d cafe magnum...perghhh...marvelloussss...heaven btol dapat mkan eskerim yg berhias tu...terus terang itulah kali pertama cik lily sambut dengan bday dgn cinta hati...
see.tahun lepas sanggup blik kL sambut bday sbb rasa d KL banyak pilihan tmpt mkn best utk special day...

sambut bday 2015
31 JAN 1990 ...00:58AM


Tahun untuk move on bebehhhh



 Tahun ni, sebab cuti raya cina dah dekat so balik sambut bday lewat semgu..makanya sambut di Sarawak je la dulu,,,Disebabkan 31 hari ahad, dan cik lily kena blik sekolah xdapat la sambut hari sebenar.  Sambut bday sehari awal di Sibu 30/1 kelmarin.  Tahun ni dapat makan kek SR...alhamdulillah,,walaupun sambut ala kadar dgn rakan sekerja....Cik Lily tetap teruja dan gembira...Heheheh...
Tahun depan masih dapat jejak umur 27 pada 31/1 atau tidak...


dapat kek SR untuk bday ke-26...

muka cik lily teruja dapat kek,...hahahha




Ucapan hari lahir tahun ini dihujani dengan ucapan semga cepat kawin dan smga cpt dapat jodoh...
Oh,,ok faham situasi dah! Cik lily sdg melewati usia atau zon umur perkahwinan seperti rakan2 yang sebaya dengan Cik Lily.  Terima kasih dengan doa kalian.  Semoga Allah makbulkan doa2 kalian utk Cik Lily.  Bukan tak ingin kawin tapi persoalan nya nak kawin dengan sape???
doa..doa juga..cuba la kalian carikan calon utk Cik Lily yang dah kebuntuan menjejaki jodoh.  Doa + usaha baru cunnnn....hehehehe...


Dan setiap tahun Cik Lily sentiasa nantikan ucapan hari lahir daripada mereka2 yang pernah hadir dalam hidup Cik Lily dan mengisi ruang hati Cik Lily dengan kenangan yang terindah.

Tiada yang lebih menyenangkan hati selain ingatan daripada mereka...

Jum nyanyi...Happy bday to you,...hepy bday hepy bday hepy bday to you~~~lallalalala


Untuk kenalan,kawan,sahabat,teman, dan keluarga terima kasih atas ingatan dan ucapan yang telah diberikan dan terima kasih kerana memberi sedetik masa untuk menaip ucapan hari lahir buat Cik Lily...Sesungguhnya umur yang semakin meningkat ini bukan petanda semakin menghampiri alam perkahwinan tetapi lebih mendekati ALAM KUBUR.  Usia bukan menentu ajal tetapi setiap hari kita semua menuju hari terakhir kita.  Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya dan diteguhkan iman. Salam Sayang untuk semua,,,,muuuuuahhhh...

Nak adiah...nak adiahhhhh

Saturday, January 16, 2016

Persiapan Ke Korea Musim Sejuk 2015

Setelah ke Beijing 2012, 2015 Cik Lily ke Korea pula.  Ini semua gara-gara pengaruh Wak Doyok Ke Korea Ke kita.  Nak kata minat Korea, ofcos Cik Lily tak minat.  Drama Korea yang Cik Lily layan pon Autumn In My Heart, Winter Sonata, Coffee Prince, One lL Of Tears tu je.  Runningman pun tak layan sangat.  Boleh dikira dengan jari artis korea yang dikenali.Penyanyi????Oh lagi la tak kenal.  Lagu korea?aihhh...xngam dengan jiwa raga sebb tak faham tak de feel...cewahhhh
Tapi kenapa pilih destinasi Korea..hmm

Baiklah meh Cik Lily ceritakan apa persiapan yang perlu dibuat sebelum ber'feeling' korea. Yang pertama beli tiket penerbangan awal-awal dan selalu 'update' promosi yang syarikat penerbangan buat.Selalunya awal tahun promosi banyak untuk travel akhir tahun. Cik Lily dan geng jemah pon 'decide' g korea bulan 12 tahun ni.  Jadi kami selalu intai2 tiket mana yang ada ofer.  Tiket yang kami dapat murah 9 disember 2015 ke Incheon,Seoul.
cer teka berapa rm???


RM400??RM500?RM600????
Opss..salahhh!!!!

rm199 sehala jer!!!ahahahha
Mak aiii..murah dari borneo ke semanjung!!!!
Yes...lebih murah dari sibu ke klia2!!! Rasa nak family pindah duk korea pulak.jadikan korea kampung.hahahhaha...

Tiket balik pula kami tengok bila yang murah juga...so jadilan 18/12/2015 kami balik Malaysia dari Busan.  Selain Seoul, kami juga ke Jeju dan Busan.  Ye ade train dari Seoul untuk ketempat2 ini, tetiba kami memlih untuk menaiki 'flight' sebab cepat dan tak la mahal sangat.hehehhe...


Total kos penerbangan:

KLIA2->Incheon, Seoul =RM199
Incheon->Jeju >Busan =RM200*
Busan->KLIA2 =RM540*
*sebab dah lupa jumlah tepat..hahahah...tapi untuk jumlah keseluruhan penerbangan dan penginapan 9 malam (hotel,guesthouse, motel) ialah RM1650.  
Apa macam murah or mahal?Duk hotel weyyy bukan guesthouse je..hahha


Yang kedua dah sah penerbangan maka bolehlah pastikan passport antarabangsa masih wujud dan tidak tamat tempoh.
buku merah jangan lupa bawa,moga2 tidak tamat tempoh...alalalala

Yang ketiga dah boleh intai-intai tukaran wang RM kepada KRW... seelok-eloknya tukar sikit sikit dahulu sebelum bercuti.  Kenapa?sebab kadar tukar sentiasa berubah.  Boleh intai2 di MidVALLEY dkat eskalator KFC.  Tapi beratur panjang la.  Di Ampang park ade 5 kdai money changer, dan ns cashpoint tawar kadar yang paling rendah spjg kami survey..3.70...tp sayang xde stok KRW...jd berhuhuhu la kami...


Murah-murah xde stok..ngerrrr


money changer ampang park...
Yang keEMPAT...beli travel adapter sebab lain negara lain outlet...kan xdapat nak cas segala gajet canggih manggih korang tu...tambahan...bawa juga extension wire...senang,,1 masa blh cas byk gajet...fon, kamera,pwerband..hahhahah
Ini boleh dibeli di Mydin xsampai rm20..ni utk plbgai outlet..senang guna n bawa..
Ini outlet di korea...
Yang keLima...jangan lupa persediaan ubat-ubatan.  Bukan apa, di Malysia tahulah kita nk beli ubat di mana, farmasi mana, apa nama ubat.  Di korea..hangpa nk cri pndol mana, ,,,di Itaewon ade farmasi tapi biasala..kan cakp sakit lain ubat lain yg dapat, n kehalalan ubat kita xpasti...jadi lebih mudah bawa ubat selsema,batuk,demam,cirit birit dari Malaysia...hok alohh,,xberat pon bawa semua tu...tak sakit alhamdulillah..kan sakit ade ubat.  Pembalut luka jgn lupa bawa juga.  Malang xde bau.hehhehe

Yang keENAM... Download aplikasi Metroid HD dr playstore.  Apa fungsinya???Senang nak tahu dari line subway utk setiap destinasi.  Siap dengan harga tiket lagi taw..hahhaha
Ni muka depan aplikasi suibway yang sangat terbaikkk.... 
Ni contoh ..lengkapkan...xmacam lrt...ktm..hmmm...


Tekan stesen asal dan tekan stsen dituju...nanti ia akn tunjuk line yg perlu diambil...


Yang keTujuh...rujuk road to beijing yer...hahahah...Cik lily nak bersiap balik sekolah lak...adios amigos...muuuuahhh,,,
Tunggu neXT Post Hari pertama di Korea...

Sunday, January 10, 2016

Ke Korea Ke Kita 2015


Hari pertama (9/12/2015)

Disebabkan kami bertujuh dari tempat yang berbeza maka MCD KLIA2 menjadi tempat kami berkumpul. Seawal pukul 12 tengah malam aku, Faris, Nain dan Syamim telah membina kem berkumpul di MCD.  Tak lama selepas kami bertapak, Nije pon sampai dari KB.  Terkejut kami lihat Nije dengan 2 beg sekolah bersaiz biasa.  Tanya punya tanya, banyak yang dibawanya dengan makanan lagi tapi kami kagum sebab semua tu muat dlm beg kecil dya.  Maka diistiharkan beg doraemon.  Hehehhe...Dan seterusnya Wahidah a.k.a Wahid pon sampai.  Maka kami berenam pun memulakan sesi menyembang tentang perkara2 yang dibawa.  Malam tu aku dan yang lain2 tak dapat tido.  Nije dan Nain asyik meluah perasaan bergosip tentang segala rasa yang ada. 

Pukul 5:30 pagi, yang terakhir pun sampai.  Tak lama kami berkumpul, pukul 6 pagi kami bertolak ke pintu masuk.Neves juga sbb kali pertama ke gate oberc ni.  Aku ikut-ikut orang je.  Dan bahagian neves bila cek paspport dan cap jari dgn mesin.  Terkial-kial juga la.hahahha..2 proses pertama berjalan dengan lancar. Nak ke gate punyalah jauh 20 minit juga berjalan dengan beg yang boleh tahan berat. Sadokan bahu je la...hahahha 
Bergambar dengan 7 runningmate sebelum boarding


Muka teruja melaksanakan misi...

Disebbkan lupa nak beli air mineral sebagai bekal dalam penerbangan, maka kami pun beli air mineral di kdai dalam boarding gate yg berharga rm2 1 cawan dalam 500ml.  So disebabkan dalam cawan makanya kena la transfer ke dalam botol air.  Baru selamat sikit dari bencara tumpah.hehheheh..

Pukul 7:20 pagi kami pun menaiki pesawat dengan perasaan teruja dan sedikit debaran semoga perjalanan kami dipermudahkan dan lancar.
Bye-bye Malaysia....


  Disebabkan tak tido malam..kami smua berzzzzz smpai pkul 11 pagi.  Pukul 4.00 petang waktu Korea pesawat bersedia untuk mendarat di lapangan terbang Incheon.  Sebaik turun pesawat, senyum lebar la kami bertujuh.  Macam tak percaya dah sampai Korea. 

Betol ke kita lakukan ini...Korea...koreaaaaa.....

Dari arrival ke imgrsen punyalah jauh.  Turun esklator demi esklator sambil memerhati style orang korea.  Berdasarkan pemerhatian pertama, orang korea tak pakai baju sejuk berwarna terang.  Majoriti pakai warna hitam.  Tak colurful langsung.  Hahaha...turun punya turun kena naik tren pula ke arrival hall.  Tren tiba setiap 5 minit.  Free tak kne bayar taw.

Menunggu tren ke arrival hall...Nampak tak orang2 dibelakang sana,,semua berbaju gelap


Hampir 1 jam beratur untuk imigresen.  Punyalah lama dan panjang.  Penat kaki berdiri penat lagi bahu memikul beg.  Riso dengan hari semakin gelap lagi.  Yelah nak cari jalan keluar dalam kegelapan di tempat yang masih diluar batasan pengetahuan,  bahayo-bahayo...

5.30 petang kami dengan teruja keluar aiport dan mencari subway ke Seoul stesen. Angin pertama yang menyapa kami tidaklah sesejuk angin beijing dahulu.  Angin petang ni, sekadar sejuk ala-ala genting dan cameron highland.  Cik lily still dengan t-shirt lengan panjang dan warmer. 


Wah ceria menghirup udara di Seoul buat kali pertama...
Tengok gambo di atas, bangunan di belakang kami itulah subway utk ke Seoul Station.  Dan kami mengadap ke arah Incheon Airport. Jadi nampaklah kan gambaran jarak utk ke stesen subway.

Penjelajahan bermula dengan mencari stesen subway tanpa bertanya pada sesiapa.  Cewahhh...sangat berdikari.  sebaik keluar dari airport jalan terus dan lintas jalan.  Ikut penanda itx dan tren.  Stesen subway ni terletak dibangunan lain jadi jauh sedikit la kena jalan. 

Masalah pertama dihadapi ialah cara guna mesin t-money.  Mana nak tekan kalau butang pun tulisan korea.  Aku tengok2 cara orang korea guna mesin ni dan akhirnya dengan teknik peniruan kami dapat menggunakan mesin ini dengan jayanya.hahhaha.  Dapatlah kami tambah nilai T-money sebanyak 10ribu won dengan baki dalam kad 2000won.

 Sebab kami dapat kad t-money dr Korea Tourist Organization.  Tips ke Korea untuk bajet, kena banyak survey di tenet.  Banyak kupon blh dapat bila jawab survey mereka. Antara yang kami dapat, T-money dengan isian percuma 2000Won.hehheheheh

Contoh design T-money
ginilah rupa mesin T-money utk tambah nilai
Ini cara nak tambah nilai T-Money

angka di atas menunjukkan harga tambang dan angka bawah baki T-money ini masa hangpa touch mcm nak naik lrt 


Cara nak guna sama dengan kad touch n go Malaysia.  Jadi tak la jakun sangat. 

Dari seoul station kami tukar line 2 (hijau) untuk ke wangsimni iaitu stesen yang terdekat dengan hotel kami.  Semua ini agak mudah untuk difahami hanya dengan melihat laluan subway dan warna line.  Pastikan tempat yang ingin dituju terdekat dengan stsen subway apa.   


Masa ni oppa ni muka dya iras2 kang Gary..sedang berusaha memberitahu cara nak k wangsimni...

ini awek mereka ber2...

mak cik tadi vlunteer ambik gambo kami...hahhhaha


Dari awal sampai Wangsimni...tetap berdiri,,,,

Walaupun masih kekok dengan situasi semasa, tapi kami tetap cuba menyesuaikan diri dan berramah mesra dengan orang-orang korea dalam tren ni. Yang pertama; kami berikan senyuman, kdua; mnawarkan tempat duduk kepada warga tua, ketiga; ringan mulut bertanya walaupun tak pandai ckp korea.  Perkara seperti inilah yang banyak membantu kami di negara asing ini.  Dan ramai yang membantu ketika kami mencari arah yang benar.hahhhaha