Thursday, December 31, 2015

Tahun 2016 apa yang terencana untuk kita dan apa yg kita rencanakan...

Kusentiasa doakan untuk kita semua
semoga 2016 penuh warna-warna ceria mewarnai hidup


walau berliku jalan 2016,tetaplah teruskan hingga ke penghujung pasti ada hikmahnya
Tahun baharu menjelma lagi.  Tahun 2016!!
Cuba imbas catatan tahun 2015,,,apa Cik Lily harapkan untuk 2016 ni…

Sebagai manusia biasa Cik Lily hanya merancang dan berharap agar 2015 terisi dengan memori indah dan kejayaan memenuhi impian dan cita-cita.  Namun harapan sekadar harapan hanya tinggal sisa impian yang entah bila akan tercapai.  Kuterus berdoa. 

Takot mengharungi 2016. 
Hello, umur Cik Lily dah masuk 26 ok…life masih terumbang-ambing.  Ekonomi?masih tak kukuh.  Kesihatan?berat turun naik. Family?seperti biasa.  26? Kawan-kawan majority dah kawin, satu persatu post gambar sanding, gambar anak baru lahir, gambar surat beranak, ada yang post gambar anak kedua dah! Cik Lily?Anak tekak je yang nak terkeluar bila nak bagi Willson faham nilai murni. Huh!!
Takpe, Cik Lily tahu jodoh pasti tiba bila kita dah sedia…cewaahhhh


Harapan 2016-Cik Lily harap apa sahaja keputusan yang Cik Lily akan buat untuk diri dan hidup Cik Lily untuk tahun ini adalah keputusan yang terbaik untuk diri, agama,keluarga dan masa depan Cik Lily. Aihh, bunyi macam serius jer.  
Ini gaya orang serius sedang berkata-kata..huh
Ofkos la serius beb.  Hidup mesti ada hala tuju.  Cik Lily berhasrat untuk menyambung pelajaran di semenanjung tetapi perlu Cik Lily fikir tentang tanggungjawab terhadap murid-murid UPSR tahun ni juga.  Tak boleh tinggalkan begitu sahaja.  Banyak persiapan yang perlu dibuat.  Nak cari umah sewa dekat U lagi.  Hmm…semoga tekad dan dipermudah segala urusan.  Hahhaha…bukan apa kadang-kadang manusia ni hangat2 tahi ayam je…kadang2 tahi ayam lebih hangat lama dari tekad manusia.
onedayyyyyy..hohohoo


Cinta?  Semoga Allah pertemukan jodoh dalam perjalanan 2016 ini.  Jodoh 2014 dah lari ikut jodoh lain 2015.  Jodoh sementara atau bukan jodoh tika ini.  Optimis pulak Cik Lily yer..hahhaha…bukan apa, itu je yang mampu.  Ikut hati, nak tendang bertubi-tubi macam shaolin soccer hingga kau tahu sakit dipermainkan begitu!!! Kikikiki

Bersyukurlah sebab dapat mempermainkan orang yang hati lembut bak sutera di rendam soflan antibakteria ni taw…kalau perempuan lain kau dah kena maki hamun sekawah kata-kata kesat yang penuh dengan api kemarahan.  Hahahah…kau tahu bersyukur tak?jadi jangan buat lagi. 
blablabla....

nasib kau tak bengkak macam ni


Ekonomi pula, tahun ni Cik Lily kena berusaha tingkatkan pendapatan dan kukuhkan simpanan.  Cari duit lebih untuk pergi melancong lagi.  Jauh mengembara luas pengetahuan…
olololo…berfalsafah ye cik kak….

Kerjaya 2016-Masih seorang guru. Banyak perancangan untuk membantu murid berjaya cuma berharap tidak dihimpit kemalasan dan kesempitan masa dek tugas-tugas khas guru.  Sebelum tinggalkan mereka, Cik Lily kena usaha 200% tahun ni.  Hohooho…kuat berangan Cik Lily weyyyy…

Sahabat 2016- Tahun ni bertambah lagi tahun persahabatan kita.  Terima kasih sahabat yang sentiasa ada dengan Cik Lily tika suka duka 2015 ni.  Dugaan dan kesulitan membuat kita kenal siapa kawan yang setia dan ikhlas.  Pada yang tak ikhlas tu, terima kasih sebab sanggup luang masa dengan Cik Lily walaupun terpaksa demi menjayakan hasrat mengambil hati untuk kesenangan diri.  Cik Lily tak pernah menyesal kenal kawan macam saudara saudari cekebom cekebom,,,ya habibah markonah, Cik Lily tetap anggap kamu sahabat selamanya walaupun Cik Lily dah kne unfren kat fb…huhuuhuhu..bibah oh bibah…

Buat my lil princess- momy always sayang beby taw.  Harap catatan momy ni dapat beby baca suatu hari nanti. Hahahah… momy nak beby sentiasa jd beby manja momy.  Momy rindu nak peluk beby lagi..sob3…momy harap beby sihat dan cergas supaya dapat jd atlet mcm momy…walawehhh…like mom like doter…


Untuk Semua- Cik Lily n ak ingatkan dunia semakin menuju Hari AKHIR, fitnah semakin banyak, maklumat2 makin cepat tersebar, yang alim makin berkurang yang tinggal ilmunya kurang.  Manfaatkan detik2 mendatang dengan perkara yang akan dijadikan bekalan ke akhirat kelak.  Bertambah tahun moga bertambah amalan baik bukan makin terkumpul dosa.  Sama-samalah kita harungi 2016 dengan keteguhan iman dan kesihatan akal fikiran.  Semoga kita menjadi hamba yang redha atas kehendak-Nya dan berada dalam lindungan-Nya.


Thursday, January 1, 2015

Selamat Datang 2015 (Harapan)




Selamat datang 2015...

Kuharap kau bawa harapan kembali senyum kepada semua.  


Tahun baharu tidak semestinya kita memperbaharui segala iltizam, memperbaiki diri, membina harapan dan impian sedang itu semua perlu kita lakukan setiap hari.  Jika ingin jadi orang yang beruntung maka perbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada hari kelmarin.  Jelas bukan jadi lebih baik daripada tahun sudah!  Setiap hari perlu berusaha jadi lebih baik bukan bila tahun baharu je azam tu ada.  Cukuplah tahun baharu ini, kita berazam untuk mendapat kehidupan yang lebih baik daripada tahun sudah.


Pada cik lily, tahun 2015 ini maknanya umur cik lily pun 25 tahun.  Dah pertengahan 20-an.  Impian kawin tu memang ada malah sering ditanya bila hendak kawin.  Tetapi bagi cik lily kawin bukan lakonan dalam drama akasia, kawin adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan impiannya ialah syurga.  Jadi secara jujurnya biarlah Allah yang tentukan.  Andai cik lily dah bersedia Allah akan mudahkan segala urusan itu. 


Harapan 2015- cik lily harap segala kedukaan dan kesedihan yang terisi sepanjang 2014 dapat diubati dengan kehadiran 2015 ini.  Cik lily sangat-sangat berharap MST akan buang ego dan hipokritnya.  Cik lily takkan tak mampu teruskan hidup dalam keadaan bermusuh dan segala persoalan dibiar tergantung tanpa jawapan.  Cik lily berharap MST berani berdepan dan menjawab segala persoalan cik lily.  Jika keputusan dan alasan MST betul dan tepat kenapa MST melarikan diri?kenapa tidak berani berdepan dengan soalan-soalan cik lily?cik lily tak tanya yang bukan-bukan.  Cik lily nak tanya kenapa buat begini kat cik lily! Tu saja. Cik Lily nak bina hidup baharu yang lebih tenang tanpa soalan yang tidak dijawab.

Kerjaya 2015- Sebagai cikgu, cik lily akan tingkatkan usaha, pelbagaikan cara, lebih kreatif untuk kejayaan murid-murid.  Cik lily akan berusaha mendidik murid-murid supaya bersedia hadapi UPSR dan kehidupan luar yang mencabar.  Cik lily tahu cik lily cikgu yang garang dan ganas.  Tapi kadang-kadang cik lily jadi cikgu yang mereng, unpredictable, rocker, kadanga-kadang jiwang.hahhaha...sabo jelah yer kome... cik lily akan cuba lebih efektif dalam tugas dan capai impian cik lily.  Semoga malas tidak berdamping dengan cik lily 2015 ni.hahhaha



Keluarga 2015-cik lily cuba berbakti kepada keluarga semampu cik lily.  Ada rezeki lebih cik lily bawa keluarga ke sarawak yer...

Sahabat 2015- semoga persabahatan kita akan terus terjalin dan utuh. Walaupun kita semakin dewasa dan ada kehidupan sendiri janganlah dilupakan sahabat.  Ada masa 2015 kita berjumpa lagi.  bawa anak suami bini kalau ada.hahahha

Adik Gina- semoga 2015 dapat mendewasakan adiq.  Adiq seorang anak yang baik, adiq  seorang rakan yang baik. Dan belajarlah untuk menundukkan ego kerana ego akan merosakan apa yang adiq miliki.  Adiq ada senyuman yang manis, bentuk badan yang cantik cuma tahun 2015 ni akak harap adiq lebih matang dalam penampilan dan pergaulan.  Diq, barang baik akan dibungkus elok2..siap tulis tidak boleh disentuhTapi cuba tengok barang lelong, sana sini orang sentuh.  Adiq fikirlah baik-baik.  Akak rasa adiq dah boleh faham maksud akak ni.  Kalaupun cik lily bukan akak adiq, cik lily pesan untuk kebaikan adiq bukan untuk sapa2.  Dan berhati-hati memilih calon suami kerana kebanyakan yang mengorat adiq orang yang tergoda dengan penampilan luaran adiq. Pilihlah yang menunjukkan cinta, hormat, dan setia menunggu.  Ujilah kesabaran, kebijaksaan dan carilah kelemahannya.  

Adik Gabie-semoga adik dapat posting di sarawak!!hahaha..tak de la,,akak punya firasat adik dapat kat semenanjung.  Selamat bekerja dan merasai gaji yang masuk ‘on time’ ikut tarikh bukan macam elaun lagi.  tunggu elaun sampai jadi penunggu.hehhee..Akak harap gabie bahagia dengan calon pilihan hati tu.  Jaga solat dan kuatkan semangat.  Lau benda tu ganggu lagi, meh tok bomoh waley atar mambang-mambang tok waley.hahaha... semoga 2015 ni, gabie lebih bersedia untuk cabaran sebagai pendidik.  Lakukan yang terbaik untuk jadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.



Untuk semua 2015- capailah cita dan impian mesti sampai ke bintang.  Tiada yang mustahil.  Doa mampu mengubah takdir.  Berdoalah.  Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya.