SELAMAT TINGGAL 2014 (Episod duka) kenapa tajuknya begini?
Ada apa pada tahun 2014?Dunia ditimpa pelbagai cabaran
dan dugaan. Malah Malaysia terus teruji
dengan bermacam-macam dugaan dalam pelbagai bentuk. Awal tahun 2014 Kehilangan
MH370 menggemparkan dunia. Mengejutkan Malaysia
dengan musibah yang tak terduga akan terjadi kepada negara. Kenapa terlalu misteri kehilangan MH370
ini? Apa agenda yang sebenar jika ini
dilakukan oleh pihak tertentu? Sehingga kini kehilangan itu terus menjadi
misteri kepada dunia dan semoga Allah
Yang Maha Mengetahui akan memberikan petunjuk kepada dunia di mana letak MH370
selama ini.
Pada pertengahan tahun 2014,
tatkala Umat islam tenang melaksanakan ibadah tika Ramadhan, Malaysia sekali
lagi dikejutkan dengan MH17 yang ditembak jatuh di sempadan ukrine. Apa salah MH17 hingga ditembak sebegitu rupa?
Dan pada akhir tahun 2014, Malaysia sekali
lagi diduga dengan bencana alam hingga meragut nyawa dan memusnahkan harta
benda hingga tinggal sehelai sepinggan. Kesan
banjir kali ini dikatakan sama seperti keadaan Banda Acheh tika dilanda Tsunami
26/12/2004. Hingga sebegitu rupa
kerosakan yang terjadi akibat banjir yang menenggelamkan 3 tingkat bangunan
sekolah. Hebat Malaysia dan rakyat
Malaysia diuji pada tahun ini. Ada yang
hilang orang kesayangan dan harta dalam sekelip mata sahaja. Adakah kerana no 4 pada tahun 2014? Yang membawa maksud malang atau nasib oleh
kaum Cina? Mungkin ada benarnya dan
segalanya terjadi telah ditentukan Allah.
Begitu
juga dengan hidup aku dalam tahun 2014 ini.
Ye, aku tidak kehilangan saudara mara terdekat dalam tahun ini , aku
tiada kaitan secara langsung dengan MH370, MH17 mahupun banjir tapi aku
kehilangan ‘nyawa’ aku sendiri. Dia
umpama nyawa kepada hidup aku. Sejak hadirnya
26/7/2011 yang lalu, hidup aku semakin teratur dan ceria. Terasa indah dunia ini apabila dia ada
denganku. Tapi 2014 telah membunuh
segala cerita indah itu. kenapa 2014
membawa se1001 kedukaan kepada semua secara tidak langsung?
Untuk
tahun 2014, aku akhiri dengan status ‘single but not available’ tahun ini bukan
masa untuk aku melangkah ke arah berumah tangga lagi, mungkin tahun 2015 jika
diizinkan Allah. Tahun 2014 adalah tahun
aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru.
Ye seorang guru di pedalaman Sarawak.
Namun aku bersyukur di mana sahaja aku ditempatkan. Kerana aku tidak berdoa untuk ditempatkan di
negeri kelahiranku atau negeri yang serba moden KL & Selangor. Tetapi doaku supaya Allah tempatkan aku dan
rakan-rakanku di sekolah yang terbaik untuk diri kami, masa depan kami,
keluarga kami dan agama kami. Maka aku
redha menerimanya. Semoga kawan-kawan
yang lain terus tabah meneruskan perjuangan di tempat kerja walaupun kita jauh
untuk saling mebantu seperti di kampus dulu, tapi kita sentiasa ada untuk
saling mendengar keluhan dan membantu apa yang mampu.
Inilah kawasan sekolah cik lily, sekolah tepi sungai |
Untuk impian 2014..aku telah berusaha menambah ilmu dan kemahiran pedagogi. Yelah banyak sepanjang mula berkhidmat ni, aku dah banyak mengikuti kursus-kursus pedagogi untuk meningkatkan kemahiran. Biarlah tidak sehebat rakan-rakan lain, yang pasti aku berusaha apa yang termampu untuk masa depan aku dan demi kejayaan murid-muridku.
Untuk harapan 2014 menjadi yang terbaik untuk dia pula, segala yang mampu telah aku lakukan. Sedayanya aku cuba jadi yang terbaik seperti janjiku tapi di mana silapnya, dia nekad meninggalkan aku. Benar aku telah lakukan yang terbaik dengan memenuhi setiap impianmu, setiap keinginanmu, setiap permintaanmu. Sanggup membawa pulang bear besar naik monorail dari Times Square balik ke kampus memalam, belikan telefon baru sebab katamu telefon yang ada sering meragam, membelikan kasut hiking yang harganya lebih mahal daripada kasut adidas pink aku semata untuk keselamatan kau mendaki dan keselesaan memakainya semasa bersukan. Kau kata pewangi kau telah habis, jadi aku belikan yang baharu. Kau tiada beg galas kecil, aku belikan juga biarpun beg galas dah bermacam jenis dalam koleksi kau. Semuanya aku penuhi hinggalah satu perkara. Kau minta aku lupakanmu. Manakan bisa aku tunaikan permintaan itu.beb!!kemon la.. Aku berikan kasih sayang dan kebendaan. Aku ajar kau tentang kehidupan. Tapi aku lupa untuk ajar kau cara membuat keputusan bila dalam kekeliruan. Maaf. Aku terlupa tentang itu. Tapi aku dah lakukan yang terbaik untuk kau kan?hehehe...
Tahun
2014 yang hadir dengan penuh kedukaan ini akan berlalu dan takkan mungkin
kembali. Pergilah juga bersama kesedihan
yang telah kau bawa bersama-samanya ini.
2014 hadir dengan menguji kesabaran dalam usaha meneguhkan jiwa. Setiap dugaan yang hadir telah mendekatkan
kita dengan Allah. Lebih banyak membaca
surat-surat cinta-Mu hingga hati terasa tenang tatkala dihimpit kesulitan. Jika selalu tidur malam bertemankan kata-kata
indah orang tersayang, kini setiap malam al-mulk menemani aku sebelum lena. Dan jika sebelum ini ‘morning text’
menceriakan hariku, kini al-mathurat melapangkan dadaku untuk memulakan
hari. Inilah hikmah daripada apa yang
terjadi pada tahun 2014, yang aku sedari saat kata-kata ini ditulis. Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment