Wednesday, December 31, 2014

Selamat tinggal 2014 (Episod duka)

SELAMAT TINGGAL 2014 (Episod duka) kenapa tajuknya begini?

Ada apa pada tahun 2014?Dunia ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan.  Malah Malaysia terus teruji dengan bermacam-macam dugaan dalam pelbagai bentuk. Awal tahun 2014 Kehilangan MH370 menggemparkan dunia.  Mengejutkan Malaysia dengan musibah yang tak terduga akan terjadi kepada negara.  Kenapa terlalu misteri kehilangan MH370 ini?  Apa agenda yang sebenar jika ini dilakukan oleh pihak tertentu? Sehingga kini kehilangan itu terus menjadi misteri kepada dunia dan semoga  Allah Yang Maha Mengetahui akan memberikan petunjuk kepada dunia di mana letak MH370 selama ini. 




Pada pertengahan tahun 2014, tatkala Umat islam tenang melaksanakan ibadah tika Ramadhan, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan MH17 yang ditembak jatuh di sempadan ukrine.  Apa salah MH17 hingga ditembak sebegitu rupa? 


Dan pada akhir tahun 2014, Malaysia sekali lagi diduga dengan bencana alam hingga meragut nyawa dan memusnahkan harta benda hingga tinggal sehelai sepinggan.  Kesan banjir kali ini dikatakan sama seperti keadaan Banda Acheh tika dilanda Tsunami 26/12/2004.  Hingga sebegitu rupa kerosakan yang terjadi akibat banjir yang menenggelamkan 3 tingkat bangunan sekolah.  Hebat Malaysia dan rakyat Malaysia diuji pada tahun ini.  Ada yang hilang orang kesayangan dan harta dalam sekelip mata sahaja.  Adakah kerana no 4 pada tahun 2014?  Yang membawa maksud malang atau nasib oleh kaum Cina?  Mungkin ada benarnya dan segalanya terjadi telah ditentukan Allah. 


                Begitu juga dengan hidup aku dalam tahun 2014 ini Ye, aku tidak kehilangan saudara mara terdekat dalam tahun ini , aku tiada kaitan secara langsung dengan MH370, MH17 mahupun banjir tapi aku kehilangan ‘nyawa’ aku sendiri.  Dia umpama nyawa kepada hidup aku.  Sejak hadirnya 26/7/2011 yang lalu, hidup aku semakin teratur dan ceria.  Terasa indah dunia ini apabila dia ada denganku.  Tapi 2014 telah membunuh segala cerita indah itu.  kenapa 2014 membawa se1001 kedukaan kepada semua secara tidak langsung? 



                Untuk tahun 2014, aku akhiri dengan status ‘single but not available’ tahun ini bukan masa untuk aku melangkah ke arah berumah tangga lagi, mungkin tahun 2015 jika diizinkan Allah.  Tahun 2014 adalah tahun aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru.  Ye seorang guru di pedalaman Sarawak.  Namun aku bersyukur di mana sahaja aku ditempatkan.  Kerana aku tidak berdoa untuk ditempatkan di negeri kelahiranku atau negeri yang serba moden KL & Selangor.  Tetapi doaku supaya Allah tempatkan aku dan rakan-rakanku di sekolah yang terbaik untuk diri kami, masa depan kami, keluarga kami dan agama kami.  Maka aku redha menerimanya.  Semoga kawan-kawan yang lain terus tabah meneruskan perjuangan di tempat kerja walaupun kita jauh untuk saling mebantu seperti di kampus dulu, tapi kita sentiasa ada untuk saling mendengar keluhan dan membantu apa yang mampu. 




Inilah kawasan sekolah cik lily, sekolah tepi sungai


                Untuk impian 2014..aku telah berusaha menambah ilmu dan kemahiran pedagogi.  Yelah banyak sepanjang mula berkhidmat ni, aku dah banyak mengikuti kursus-kursus pedagogi untuk meningkatkan kemahiran.  Biarlah tidak sehebat rakan-rakan lain, yang pasti aku berusaha apa yang termampu untuk masa depan aku dan demi kejayaan murid-muridku. 
        
              Untuk harapan 2014 menjadi yang terbaik untuk dia pula, segala yang mampu telah aku lakukan.  Sedayanya aku cuba jadi yang terbaik seperti janjiku tapi di mana silapnya, dia nekad meninggalkan aku.  Benar aku telah lakukan yang terbaik dengan memenuhi setiap impianmu, setiap keinginanmu, setiap permintaanmu.  Sanggup membawa pulang bear besar naik monorail dari Times Square balik ke kampus memalam, belikan telefon baru sebab katamu telefon yang ada sering meragam, membelikan kasut hiking yang harganya lebih mahal daripada kasut adidas pink aku semata untuk keselamatan kau mendaki dan keselesaan memakainya semasa bersukan.  Kau kata pewangi kau telah habis, jadi aku belikan yang baharu.  Kau tiada beg galas kecil, aku belikan juga biarpun beg galas dah bermacam jenis dalam koleksi kau.  Semuanya aku penuhi hinggalah satu perkara.  Kau minta aku lupakanmu.  Manakan bisa aku tunaikan permintaan itu.beb!!kemon la..  Aku berikan kasih sayang dan kebendaan.  Aku ajar kau tentang kehidupan. Tapi aku lupa untuk ajar kau cara membuat keputusan bila dalam kekeliruan.  Maaf.  Aku terlupa tentang itu.  Tapi aku dah lakukan yang terbaik untuk kau kan?hehehe...

                Tahun 2014 yang hadir dengan penuh kedukaan ini akan berlalu dan takkan mungkin kembali.  Pergilah juga bersama kesedihan yang telah kau bawa bersama-samanya ini.  2014 hadir dengan menguji kesabaran dalam usaha meneguhkan jiwa.  Setiap dugaan yang hadir telah mendekatkan kita dengan Allah.  Lebih banyak membaca surat-surat cinta-Mu hingga hati terasa tenang tatkala dihimpit kesulitan.  Jika selalu tidur malam bertemankan kata-kata indah orang tersayang, kini setiap malam al-mulk menemani aku sebelum lena.  Dan jika sebelum ini ‘morning text’ menceriakan hariku, kini al-mathurat melapangkan dadaku untuk memulakan hari.  Inilah hikmah daripada apa yang terjadi pada tahun 2014, yang aku sedari saat kata-kata ini ditulis.  Terima kasih Allah.




Monday, November 17, 2014

Harus Berpisah...

Hari tidak selalunya indah, hidup tidak selalunya bahagia.  Tak kala hati dilanda kedukaan dengan bahagia yang dimungkiri, terluka dengan janji yang dikhianati, ada sesuatu yang terbit dari hati yang kecewa.  Suatu yang sedikit demi sedikit memberikan kesembuhan kepada kelukaan ini.  Ya Allah, apa yang telah kau aturkan untuk aku kali ini? Apa perancangan-Mu untuk hidupku ini?



Kau pinjamkan kepadaku kasih sayang mereka kemudian kau ambil kembali rasa sayang itu dalam diri mereka saat aku benar-benar menyayangi mereka.  Harus kenapa tidak diambil juga kembali rasa yang ada hati ini agar aku mampu tersenyum seperti mereka yang meninggalkan aku?  Apakah aku tidak harus memiliki bahagia sepanjang hidupku?  Adakah aku hanya persinggahan kepada mereka saat mereka berasa asing dengan hidup ini?  Atau menjadi dahan yang dihinggap sementara ketika mereka memerlukan kasih untuk berteduh?  Kelak pergi meninggalkan aku tanpa pernah peduli dengan kasih dan pengorbanan yang telah kulakukan sepanjang persahabatan kita? Terlalu banyak persoalan yang bermain di benak.  Terlalu rapuh hati untuk terus bertahan dengan kelukaan ini


kenapa tidak diambil rasa sayang dalam hatiku ini...kenapa!!!!!

          Pernah dulu setelah puas aku meratapi kehilangan pelangi itu, aku memohon agar diberikan ganti yang lebih baik daripada apa yang telah diambil-Nya.  Benar.  'pelangi' yang hadir cuma seketika itu digantikan dengan si ‘bintang’.  Namun ‘bintang’ semakin lama semakin jauh,  tidak setiap malam muncul menemaniku hingga kadang-kadang aku tercari-cari kemana hilangnya ‘bintang’ ini.  Tika aku menunggu ‘bintang’ muncul, Tuhan hadirkan kepadaku ‘bidadari’.  Ya, ‘bidadari’.  Dia hadir menghilangkan segala kedukaan dan kelukaan lalu.  Hari demi hari, minggu pun berganti.  Bulan ke bulan, hingga tahun bersilih tiba.  Kasih sayang kian bersemi. Segala cabaran dihadapi dengan penuh kesabaran.  Setiap liku diharungi bersama-sama.  Meski kadanganya ada perselisihan namun kasih terus bertaut erat.  Entah mengapa, ‘bidadari’ berubah hati.  Tindakan yang tidak wajar dilakukannya.  Jangan dibakar kelambu jika marah diganggu nyamuk.  Pedih dan perit menimpa diri.  Panas kusangka ke petang rupanya hujan di tengah hari.  Kasih yang kuberi racun yang kau balas.  Seolah-olah tiada berguna apa yang telah dilalui selama ini.  Hancur tiada berupa hatiku ini. 




 Sendiri aku tidak tahu bagaimana dapat kupulihkan hati yang kau hancurkan ini. 


kau pergi tanpa peduli aku yang kau tinggalkan
 Kuberdoa, kumeminta kepada ilahi semoga persahabatan yang telah terbina ini kekal utuh sepanjang hayatku.  Sungguh aku tak mahu lalui kehilangan lagi.  Cukup dengan yang sudah.  Sekali lagi kulalui jalanan sepi, yang cukup diri ini kenali.  Kusangka dia yang kucari telah kujumpa namun dia akhirnya membunuhku.  Seperti yang kujangka terjadi, tewas sekali lagi menambahkan luka yang sudah ada.  Benar. Aku pernah menyangka ini akan terjadi, tapi kupujuk hati yakini dia dan janjinya.  

          Apa perancangan-Mu tuhan?  Kau hadirkan dia dalam hidupku.  Cukuplah dengan apa yang telah kulalui sebelum ini.  Aku tidak ingin terluka lagi.  Tak ingin mempercayai janji mereka yang menghulurkan kasih lagi.  Cukuplah dengan apa yang telah tejadi.  Biarkan aku sendiri lalui jalan ini.  Membina kasih itu cukup sukar tetapi meruntuhkannya amat mudah.  Daripada membina harapan baharu lebih baik aku terus melangkah walaupun sepi.




          Tapi kenapa hadir dirinya dalam diari hidupku?  Dia cukup istimewa.  Adanya ‘Pelangi’ dalam dirinya.  Keprihatinannya terhadap aku mengingatkan aku kepada ‘pelangi’ yang telah hilang.  Kadangnya aku tidak menyangka perkenalan yang singkat membuatkan dia cukup prihatin dengan aku hingga aku seringkali meraguinya.  Tapi setelah kuintai dirinya, nyata itu sikapnya.  Prihatin.  Dalam dirinya juga ada ‘matahari’.  Yang menyinari hari-hariku dengan cahaya kasihnya.  Kejujurannya seperti ‘matahari’.  Apakah aku perlu percaya terhadap kejujurannya? Sedang aku baharu mengenalinya?  Tanpa kusangka, semakin aku mengenalinya semakin terlihat adanya ‘bintang’ dalam dirinya.  aktif tapi manja.  Happy-go-lucky dan sangat ceria.  Namun disebalik keceriaannya itu, ada suatu kesedihan yang terlindung.  Dirinya juga persis ‘bidadari’.  Mempunyai magik menghilangkan kesedihan dan kedukaan.  Memberikan kegembiraan dan semangat baharu.  Seperti ‘bidadari’ dia juga menghulurkan kasih sayang.  Apakah semua ini?  Ya Allah, apa perancangan-Mu untuk ku ini?  Dia memiliki kesemua sifat mereka yang telah pergi meninggalkanku.  Segala sifat yang membuatkan aku rasa disayangi dan menyayangi.  Apakah dia juga akan pergi meninggalkan aku seperti mereka? 




          Adakah aku perlu berhenti berharap dan menutup setiap ruang hati daripada menerima sesiapa lagi sebagai sahabat dan teman? Kerana kelak dia juga akan meninggalkanku.  Pengalaman dan perjalanan yang sering aku lalui.  Ironi kehidupanku.  Harus bagaimana lagi perlu kulakukan.  Meneruskan, menerima atau melangkah pergi sebelum persahabatan terus terjalin? sahabat dan teman berbeza daripada kawan apatah lagi kenalan.


          “Kamu yang jauh dimata tapi dekat dihati, jangan pernah dekati hidupku lagi.  Aku tak ingin mencatat kesedihan dan menambahkan kehilangan dalam diari hidupmu.  Teruskan hidupmu dengan apa yang telah kau miliki sebelum kau mengenali aku.  Di situ ada kebahagiaanmu.  Di sini aku akan terus mendoakan kebahagian dan kejayaanmu untuk di dunia dan di akhirat. Meski aku menjauh dari hidupmu, tapi aku akan tetap melihatmu dari jauh.  Melihat kau tersenyum girang dengan mereka di sisimu cukup membuatkan aku bahagia.  Indah senyumanmu dan sinar mata bulat.  Kamu?  Bila kita sayang seseorang kita mesti nak dia bahagia walaupun bukan dengan kita.  Dan apabila seseorang merahsiakan sesuatu yang boleh membuatkan kita risau apabila mengetahuinya, jangan pernah marah dengannya. Dia terlalu sayang kamu dan tak ingin kamu bersedih.  Apatah lagi membuat kamu risau.  Terima kasih kerana sudi menyapa diri ini yang terlalu banyak kekurangan.  Maaf, apa yang telah terjadi membuatku hilang kepercayaan kepada sesiapa lagi.  Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia.  Terima kasih untuk setiap sikap baikmu untukku biarpun seketika.  Kau terlalu istimewa untukku.  Teruslah tersenyum indah disepanjang perjalanan hidupmu.  Doakan aku.”
        

          Tinta ini untuk mereka sahabat-sahabat terindah yang pernah hadir dalam diari hidupku.  Hati penuh misteri.  Sayang itu bukan hanya kepada teman lelaki sedang dia belum pasti menjadi yang sah untuk disayangi.  Aku sayang sahabat-sahabatku lebih daripada hatiku sendiri.  Sampai mati aku sayang kalian. 




Thursday, May 1, 2014

Ketika Ajal Menjemput Dia





Suatu kisah yang telah mengajar aku tentang hidup ini penuh dengan kejutan..ajal datang adakalanya tanpa diduga...

30 April 2007
Malam itu, sedang aku baru hendak lena aku dikejutkan dengan panggilan telefon...ibu saudara kubangun dan menjawab panggilan tersebut...kesunyian malam membuatkan nada bicaranya dapat aku dengari walaupun butir bicara tidak jelas namun kutahu ada sesuatu telah berlaku.  Tidak lama kemudian selepas ganggang telefon diletak ibu saudara datang ke bilikku.  Katanya sepupu lelakiku kemalangan dengan motor maghrib tadi sekarang sedang dirawat di ICU Hospital Bsr K.Trg.  

Terdetik dihatiku 'nasib baik bukan aku yang nak mati'...detak hati aku ini masih aku ingat walaupun peristiwa ini telah berlaku 7 thn yang lalu.  Kenapa ada kata2 itu yang tluncur dari hatiku?kerana ketika itu, aku sedang jatuh sakit.  Seminggu terlantar di rumah.  Tidak dapat bergerak.  Makan dan minum asyik muntah.  Yang dapat diminum air 100plus.  Itulah air yang tidak dimuntahkan oleh perutku ketika itu.  Rasa sakit membuatkan aku terfikir ajalku mungkin sudah tiba.  Aku terus mengiring ke sebelah kanan.  Aku sedar, ibu saudaraku sedang menyampaikan berita tersebut kepada ibubapaku di rumah mereka.  Aku terfikir tentang punca kemalangan.  Mungkinkah wan berlumba motor?sebab seringkali anak muda di sini melakukan aksi rempit ketika lewat senja.  Namun hatiku menyangkal.  Kerana wan bukan remaja begitu.  

Tidak lama kemudian, aku terlena.  Namun, pukul 1 pagi aku terjaga kerana terdengar bualan antara ibuku dan ibu saudaraku.  Aku menjenguk ke luar tingkap.  Naluri ingin tahuku membuatkan aku gagahkan diri dan pergi ke rumah ibubapaku.  Menurut ibuku, ayahku telah ke hospital dan melawat wan.  Keadaan wan sangat teruk.  Ayah yang melihatnya pun menangis.  Muka wan bengkak.  Bagaikan tiada rupanya lagi.  Matanya hampir terkeluar dan doktor menutupnya dengan sebaik mungkin.  Pehanya patah.  Darah keluar daripada hidung dan telinganya tiada berhenti.

Kata doktor disebabkan wan remaja lelaki jadi semangat dia untuk hidup itu kuat, jika orang tua pasti telah meninggal.  Dan kerana itu, doktor menganggarkan hayat wan sehingga subuh ini sahaja.  Ibu ada berkata, baru-baru ini dia ada bermimpi sesuatu...namun kerana kelewatan malam dia tidak manghabiskan ceritanya itu.

Malam itu, aku tidur dengan ibuku.  Sempat kami berbual.  Jika keadaan begini, rasa tidak lena untuk tidur.  Ajal yang hampir tiba.  Aku berdoa dan berharap agar keajaiban berlaku subuh itu.  Sangat-sangat berharap.  

Pukul 7 pagi, aku bangun dan perlahan-lahan aku mandi dan bersiap-siap. Kata ibu, kena bersiap awal-awal takut-takut ada berita yang tidak elok pagi itu.  Emosi orang yang tak sihat macam aku ni lain sikit.  Aku terfikir wan yang bertarung nyawa untuk hidup tiba-tiba aku yang meninggal sebab terjatuh tangga, maklumlah...tak larat nak jalan masa tu...hehhhe

Aku bersiap-siap.  Itulah kali pertama aku melihat wajah sakitku di hadapan cermin.  Cengkung.  Berbeza dengan sebelum sakit.  Diluar rumah, saudara terdekat datang bertanya keadaan wan.  Tidak lama selepas itu, ayah mendapat panggilan.

Ya..akhirnya wan pergi menghadap ilahi pada pukul 7 pagi lebih 1 mei 2007.

Aku dan keluarga bersiap-siap untuk ke rumah mak long, ibu arwah wan.  Disebabkan arwah meninggal di hospital jadi proses untuk membawa balik jenazah sedikit mengambil masa.  Pukul 9 pagi, aku dan keluarga sampai di rumah mak long.  Ketika itu, jenazah baru sampai dari hospital.

Dapat kulihat sudah ramai orang yang berkumpul di kawasan rumah mak long.  Aku terpandang salah seorang abang arwah, duduk jauh daripada yang lain.  Matanya merah.  Menangis.  Di dalam rumah, ramai juga yang menitiskan airmata.  

Aku duduk di penjuru kaki jenazah.  Aku termenung.  Memerhati keadaan sekeliling.  Ramai yang menangis.  Di sisi arwah ada seorang gadis sebaya dengan arwah, putih, cantik orangnya. Dia menangis teresak-esak sambil membacakan yasin untuk arwah.  Aku dan saudara-mara menganggap mungkin gadis itu rapat dengan arwah.

Tidak lama kemudian, jenazah diangkat untuk dimandikan.  Dapat kulihat raut wajah yang redha dengan pemergian anak bongsu yang masih tinggal bersama-samanya kini telah pergi untuk selama-lamanya.  

Selesai segala urusan, jenazah disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Hiliran, betul-betul di hadapan rumahnya.  Aku sekadar menyorok di dapur.  Takut dengan proses tersebut.  Takut menjadi bayangan.  Takut kerana aku banyak meninggalkan solat 5 waktu!!

Ketika itulah aku terfikir dan mula mengerti bahawa hidup ini suatu yang penuh kejutan dan rahsia.  Arwah masih muda.  2 tahun berbeza umur dengan aku.  Waktu itu arwah berusia 19tahun.  Arwah meninggal kerana kecederaan yang teruk akibat kemalangan.  Arwah bekerja di kedai hyperuncit Sabasun K.Trg. 

Pagi hari kejadian, arwah bangun lambat daripada biasa sehingga dia tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja.  Pada hari kejadian, arwah seperti biasa minum tengah hari di kedai bersebelah Sabasun.  Tuan kedai tersebut bercerita bahawa hari itu, arwah minta air milo seperti biasa.  Arwah seolah-olah termenung dan berkata rasa hendak pergi jauh.  Rakan sekerja mengajaknya keluar malam nanti selepas kerja tetapi dia menjawab bahawa dia rasa nak balik tidur tak nak bangun-bangun.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, ada sebuah kereta yang dipandu perlahan dan sebuah motosikal lagi datang dan cuba mengelak lubang jalan.  Ketika itulah motorsikal tersebut berlanggar dengan arwah. Penunggang motorsikal itu hanya cedera ringan.  Hilang ibu jari kaki.  Menurut cerita ayah remaja lelaki tersebut, anaknya jarang keluar pada waktu maghrib tetapi petang itu anaknya keluar dan terjadilah kemalangan itu.

Ramai kenalan arwah yang pengsan beberapa kali ketika menziarahi jenazah.  Mereka adalah lelaki.  Melihat keadaan itu, dapat kurasakan bahawa arwah seorang rakan yang baik sehingga kematiannya ditangisi rakan-rakan.  Kata rakannya arwah disenangi kerana pandai bergurau. Gurauannya tidak menyakitkan hati orang.  Beberapa hari sebelum arwah kemalangan, arwah kerap kali datang ke rumahku.  Berjumpa dan berbual dengan arwah nenek.  Tidak seperti biasa arwah hanya akan datang ke rumahku bersama-sama mak long dan pak long tetapi akhir-akhir ini acap kali arwah datang.  Hampir setiap petang.  Kadangkala datang bersama-sama kakaknya Nor.  

Pertemuan terakhir ketika arwah dan Nor datang ke rumah, mak sempat bergurau nak jodohkan aku dengan arwah.  Arwah hanya tersenyum.  Pernah ibu saudaraku bertanya bila nak balik sebab dah lewat petang, kata arwah dia tak nak balik, nak tidur di sini.  Mungkin inilah petanda-petanda arwah akan pergi untuk selama-lamanya.  Dan mungkin juga arwah kerap datang melawat nenek kerana nenek adalah saudara terdekat yang mengikutinya 10 bulan berikutnya.

Pemergian arwah amat memberi kesan kepada mak long. Hingga sekarang mak long masih dalam keadaan terkejut dengan pemergian anak kesayangannya secara tiba-tiba.  Hingga kini mak long masih kurang sihat.  Semakin susut badannya.

Pemergian arwah juga cukup memberi makna dalam hidupku.  Makna menjadi seorang hamba yang patuh dengan ajaran agama-Nya.  Supaya bersedia untuk mengadapnya bila-bila masa.

Pemergian arwah membuatkan aku sedar bahawa kita tidak tahu bilakah ajal kita, di manakah ajal menjemput kita, bagaimanakah ajal menjemput kita, sedarkah bahawa suatu saat tiada lagi nafas untuk kita hela?tiada lagi setitis air dari seluruh muka bumi ini untuk kita?tiada lagi secebis makanan dari seluruh muka bumi ini untuk kita? sedarkah semua itu? dan apabila saat semua rezeki yang telah ditetapkan untuk kita itu telah habis adakah kita bersedia untuk ke alam sana? Ajal datang tanpa mengenal usia!

Persoalan-persoalan inilah yang mendewasakan aku.  Yang mengajar aku untuk menjadi hamba yang lebih baik.  Bermula daripada kisah inilah aku solat 5 waktu sehari...Alhamdulillah...Aku belajar daripada apa yang telah berlaku untuk jadi lebih baik.  

Dari sinilah aku belajar untuk lebih menghargai setiap masa yang ada...tidak lagi aku berharap masih ada masa dan waktu untuk aku lakukan sesuatu atau memperbetulkan sesuatu jika hari ini aku mampu untuk terus lakukannya kerana aku tidak tahu bila nafas yang terakhir..jika sayang katakan sayang..jika telah memaafkan katakan..jika lakukan kesilapan tidak perlu esok untuk meminta maaf...jika berhutang tidak perlu kaya baru nak bayar hutang..jika berhasrat tentang sesuatu lafazkan kerana selagi mulut mampu berkata-kata..selagi tangan masih berdaya menghulur..selagi kaki masih gagah melangkah..selagi badan sihat dan kuat...selagi masa masih milik kita..tidak perlu ditangguhkan sesuatu itu... bukan rezeki yang perlu dipergunakan tetapi kesedaran diri untuk sedar bahawa jika suatu saat kita kehilangan seseorang yang kita sayang...kita takkan mampu untuk milikinya lagi...kita takkan mampu menyatakan kita sayang dia lagi..sanggupkah kita meninggalkan orang yang kita sayang dengan persoalan?sanggupkah kita biarkan seseorang menanti kita dan terus menanti kerana kita sentiasa berfikiran 'tak apa..ada rezeki ada la' 'tak apa esok sahaja selesaikan' 'tak apa esok baru jumpa minta maaf' 'tak apa balik nanti beritahu sayang dia' andaikan nafas terakhir kita sebelum segala yg tertangguh itu dapat diselesaikan..bagaimanakah?

Bukan tidak percaya ketentuan Allah...cuma berusahalah selagi ada masa dan waktu...walau bukan untuk diri sendri tetapi ingatlah dalam hidup kita ada orang lain yang perlukan kita...

Berita kemalangan ini terpapar di dada akhbar keesokan harinya dengan tajuk '12jam bertarung nyawa'

Al-Fatihah buat arwah Wan...Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...



Saturday, February 8, 2014

Antara piala dan airmata

Tetiba teringat saat dan kenangan pahit manis yang aku lalui semasa bergelar sebagai pemain yang mewakili pasukan sekolah dulu bila aku tengok citer Chak De! India ni..



lakonan Shahrul Khan (KAKAK KESAYANGAN AKU MINAT GLEW DGN MAMAT NI!!!..HEHEHEH) yang memegang watak bekas pemain Hoki India kemudian menjadi jurulatih atau juruletih 

kerana melatih pasukan hoki wanita India untuk ke peringkat pertandingan Hoki Dunia...keletihannya kerana terpaksa menghadapi kerenah anak2 buahnya yang pelbagai. ada yang panas baran,,,

pentingkan diri,,,

dengki,,,ego,,,n bla..bla...bla... so macam2 yang terjadi lam bentuk teamwork ni...n cabaran yang terpaksa eaorg hadapi tuk capai impian dan kejayaan...so TOUCHING....kuekkuekkuekkkkk.... 

Citer ni sangat menyentuh perasaan aku...terkuar gak airmataku tyme moment yang menyentuh naluri bekas pemain ini...
(aku la tu)cewaaahhh...berperasaan....huhuuhu
tp xleh nangis lebih2...line xclear tyme tu...adik aku ade...ea xtido lagi tyme tu...so..aku pon cover la skit dgn selimut...hehehehehe...(ayooo..mahal au airmata aku. nak tgk???hmmm...no way la...)


Banyak kenangan yang telah tercipta masa aku jadi pemain sekolah dulu,,,
 
...hmmm...pahitnya hingga aku xmampu nak tanggung airmataku dan aku terluah airmata kedukaan heheeh...taw kat mana aku luahkan airmata ku itu???
kat bahu kanan k.ainul...bersaksikan cg ismail zaidi atau lebih glamor cg I.Z hihihi dan Nomi ketua pasukan bwh 15 tahun perempuan tyme tu...Taw la kan,.betapa mahalnya airmataku nak jatuh depan org...!!!
 
tapi..kerana kegagalan itu...sangat sakit...hingga aku xmampu melindunginya lagi... inilah saat yang banyak mengganggu emosiku tyme tu...by hook or by crook aku perlu lakukan sesuatu tuk hadapi cabaran ini...kekalahan kepada pasukan sekolah Chendering yang digeruni oleh pasukan lain sebanyak 0-5... sangat memberi kesan kepada aku...
terasa cam ni lah tyme tuh..huhhh
kenapa???kerana aku lari dari medan pertempuran itu!!! benar...aku pengecut dan tdk yakin akan kemampuanku untuk menghadapi dan menghalang golku daripada dibolosi oleh pihak lawan...OPSSS....bukan aku lepaskan kelima-lima gol tu ek...!!!!half tyme aku kua padang tanpa persetujuan ketua pasukan dan jurulatih (kua diam2) hehehhe...then tyme duk luar tu...aku tahu...hanya aku yang layak berada dalam petak D yang istimewa itu...(yelah..mane xistimewanya..aku leh masuk tempat org dgn syarat tapi...pemain lain??boleh k??hmmm eaorg diharamkan masuk kawasan aku!!!)hak3
 
...berani masuk???amboi..nak kene saman dek pengadil k???ehehhehe...
haik...mau kad merah ka???
(ishhh..menaip ni wat aku lapau r...dah r lu tuk malam ni...ok...later sambung...nyte)


07/01/2011

So aku sambung balik citer ni yg terhenti sebab kelaparan tempoh ari...hehehhe...


Kekalahan itu...memberi impak yg sangat besar kepadaku!!!!ARGHHHH...tertekan!!!!
tekan..tekan...tekan!!!!
 
aku sangat tension tyme tu...sampaikan buat pertama kalinya...aku ponteng waktu stdy kat asrama sebab terasa kepalaku sangat berat...(bukan bermaksud kepalaku makin besar ek...kih3)...terbeban dgn tanggungjawab yg besar ini...aku hampir pengsan...

...tp...nasb baik...aku cepat menstabilkan diriku...huhuhu...lau tak..mmg pecah rekod pengsan ar...ahahahah....

Sebenarnya,,,,sehari seblum pertandingan Bola Baling bawah 15 tahun..pertandingan bawah 18 thun terlebih dahulu diadakan di padang SMK Panji Alam..malangnya...pasukan perempuan bawah 18 tahun telah tewas ditempat kedua...(letih aku jerit bagi sokongan...kalah gak...hahahah)

"k.Ainul nak pasukan awak jadi johan untuk menaikkan nama sekolah dan tebus kekalahan pasukan bawah 18 tahun ni. K.Ainul harapkan adik au!!"Pesan kak Ainul kepadaku petang itu selepas tamat perlawanan akhir bawah 18 tahun...haahhahah..inilah kata2 yang membebankan aku!!!terasa berat tanggungjawab yang aku pikul itu...Kemenangan...Kejuaraan...Kejayaan...menjadi harapan...dan aku perlu jadikannya kenyataan...aaaaahhhh...bagaimana kemenangan dapat aku capai andai...aku tiada persediaan mental dan fizikal???aku sgt gementar utk berhadapan dgn lawan...aku tdk yakin akan kemampuan diriku...aku terasa sgt kecil...terasa 'baru' dalam permainan ini...(walaupun aku dah main since sekolah rendah lagi tapi...)aku tak berlatih dengan bersungguh-sungguh,,,arghhh...semuanya menghantui aku.,., 

takot dengan kegagalan...

Aku tekadkan diri untuk lakukan yang terbaik sepjg perlawanan...

kerana akulah sang juara....

lewat petang itu...aku berlatih di asrama...aku cuba beranikan diri untuk menjatuhkan badan,,,aku cuba siapkan diriku untuk menghadapi saingan esk...walaupun...aku tewas dlm perlawanan pertama...Kekalahan inilah yang menjadi turning point lam idupku sebagai seorg pemain bola baling...


Kekalahan itu telah membuatkan pasukan sekolahku..dipandang rendah...diperlekehkan...langsung tidak dipandang tinggi!!!


(taw la,,,,aku ni bersaiz kecil..tp..impian aku tinggi au!!!)hek3...bahagian ni macam babak team India yang kalah 0-7 dengan Australia ms first game diorang lam tournament eaorg...ecececece....

  
AHHH...tiada pendekar yang tak pernah tewas dan tiada juara yang tak pernah bolos...aku akan buktikan aku dan pasukanku akan kembali mengganas dan memenangi kejohanan ini..hahhaha...

 
Terkesan dengan kekalahan semalam...aku dan pasukanku kembali menyarung jersi bersama semangat untuk menang... "fight fight fight....goooooooooo...SS!!!" Laung pasukanku dengan penuh semangat hingga dapat kurasakan kegetaran pasukan lawan untuk menentang kami...hak3..(naik bulu roma aku dgr laungan semangat pasukan ni..)

ala-ala cam niy la kami dulu....fight fight fight go~~SS!!!
 
Seperti Chak Dei India....Perlawanan seterusnya kami terus menguasai carta kumpulan...satu persatu lawan tumbang...sehingga kami menjadi juara kumpulan...(alallalallala~~~~) Benar. Kami telah berjaya menebus kekalahan kami dulu dan kembali digeruni oleh pihak lawan...Gembiranya hati apabila lawan mula bercerita kehebatan pasukan aku bukan tentang kekalahan kami lagi...(tengoklah..sape keepernya...AKU LA...!!!hahahhaa)


bersambung....