Tuesday, December 31, 2013

TAHUN 2013 PERGI TAHUN 2014 TIBA...

TAHUN 2014

Ramai yang memperkatakannya
Tentang kos sara hidup meningkat..
Tentang harapan yang lebih baik
Tentang kejayaan yang ingin dicapai
Tentang azam yang telah tersenarai
Tentang pelbagai lagikenapa?Kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyaklah ragamnya

Tidak kira apa yang diharapkan untuk tahun baharu ini
Jadikan harapan itu suatu langkah yang berani untuk mencapainya

Bukan sekadar doa yang diharap tanpa usaha
Tidak kira berapa azam yang telah disenaraikan..
Jadikan setiap azam itu suatu usaha untuk kita memajukan diri kita
Adakalanya dan mungkin sering kali kita gagal melaksanakan azam

Namun jangan pernah berhenti melangkah teruskan dengan azamkerana tiada pendekar tidak pernah tewas,,tiada johan tidak pernah bolosdan tiada orang yang Berjaya jika tidak pernah gagalgagal adalah perhentian untuk kita berfikir kembali tentang apa yang telah kita lakukan...bukan menyalahkan orang lain..tetapi merenung diri sendiri...

Jangan pernah menyalahkan orang kerana kegagalan kita...sebaliknya diri kita adalah cabaran sebenar untuk kita berjaya... jika ada laku kita yang menghalang kejayaan sedialah berkorban melepaskan dan meninggalkan laku tersebut... sentiasa bersedia menghadapi hari esok..sentiasa mencari ilmu melengkapkan pengetahuan dan kemahiran..sentiasa berfikiran positif... jangan mudah mengalah... teruskan azam hingga terlaksana....

Buat kalian..apapun harapan dan iltizam.. teruskan dengan usaha..yang tersenarai dalam nota dan diari sekadar peringatan kepada kita yang sentiasa lupa...  DUIT ...doa, usaha, ikhtiar dan tawakal...
Selamat maju jaya untuk 2014...

Untuk aku...

Impian, harapan, cita-cita, keinginan segalanya telah berubah...
2013 akan pergi...dan meninggalkan segala kenangan yang telah terukir di dalamnya...
suka dan duka..tangis dan tawa..
tersemat kemas dalam kalbu...
segalanya menjadi pengajaran dan kenangan terindah dalam hidupku...

2013...

Alhamdulillah..aku berjaya menamatkan pengajian sarjana muda pendidikan dengan jayanya...
aku masih setia menemani si dia siang dan malam..meskipun sering bermasam muka...rajuk dan marah,,,
semua itu cukup perasanya manis..masam dan masin...serta tawar... terima kasih kerana masih menerima aku disisimu...
aku juga masih bersahabat dengan teman walaupun kami pernah berselisihan faham...
pengalaman itu menjadikan kita lebih matang dalam persahabatan..menjagar kita mengenali dengan lebih baik...
terima kasih untuk setiap kenangan itu... sungguh aku rindu kenangan kita menyiapkan tugasan yang sering kali menggelikan hati mencuit penkreas...hahhaha

Aku akhir 2013 dengan tetap sendiri..single..tidak bertunang..tidak berkahwin...hahhaha

2014 

2014 telah menjadi permulaan baharu untuk hidup aku...
Permulaan kepada kerjaya aku yang akan dibina hingga akhir nyawaku..
Ya...hidupku untuk 2014 hingga 30 tahun lagi...bagaimana aku corak perjalanan ini?
Apa yang pasti warna corak ini sudah tentu berwarna-warni...
Dengan semangat yang ada...
Aku tidak ingin sekadar bekerja dan mendapat gaji...
30 tahunku pasti tiada makna...

Aku ingin menjadi pendidik dan pembina negara bangsa...

Tak perlu mengharapkan dasar-dasar kerajaan, usaha-usaha kerajaan atau pihak tertentu untuk membentuk negara bangsa... semua itu perlu tapi itu semua sekadar di kertas jika kita tidak melaksanakannya...bagiku... segalanya bermula daripada setiap individu untuk mengubahnya... bukan dunia yang perlu kita ubah...tapi diri kita sendiri... bukan orang lain yang perlu dipersalahkan tetapi diri kita sendiri...kerana kita semua sebagai khalifah di dunia ini....bukan pemimpin sahaja...tetapi tanggungjawab itu letak kepada semua insan... aku percaya jika setiap insan bersikap bertanggungjawab, amanah dan ikhlas ...pasti tiada korupsi..tiada penyelewengan..pasti tugas akan dilaksanakan kerana lillahi taala....

jangan mengejar kekayaan...jangan dikejar kejayaan...jadilah orang yang berjaya pasti kejayaan akan mengejarmu...

semoga 2014 ini...aku akan lebih matang dan berusaha untuk mencapai setiap impian aku... aku akan mencari peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran pedagogi... mengumpul aset untuk masa depan...dan menjadi yang terbaik untuk Dia dan dia.. dan membahagiakan dia dan mereka serta kalian....
semoga kita semua dalam rahmatnya dan berjaya mencapai impian...
lakukan kerana Allah....


Terima kasih Allah...

mungkin... aku akan akhiri 2014 (jika panjang umur) dengan tetap sendiri...kenapa?kerana aku masih ada komitmen ... heee...