Sunday, December 30, 2012

Beijing-Hari kedua


TEMPAT YANG DILAWATI ADALAH :
  
                       1)    KILANG JED
                       2)   KILANG KRISTAL                 
                       3)   GREAT WALL (TEMBOK BESAR)
                       4)   BURNING CREAM CENTRE
       
   Hari ini kami bangun awal seawal jam6 pagi...kerana kami akan memulakan penerokaan di kota Beijing ini pada jam7.45 pagi.  Jam7 pagi kami turun ke tingkat 2 untuk sarapan di kafe hotel.  Walaupun pengalaman makan di kafe ni bukanlah best tp kami perlu bersarapan walaupun dengan roti keping dan jem.  Bila di tempat org ni, xblh memilih sangat, asalkan halal...makan je la...tawar pun baik untuk kesihatan...heee...pagi ini kami makan bebola kentang yg bolh tahan, telur rebus, roti n jem strawberi, air teh susu yg pucat dan tawar...huhuhu...

  Jam 7.30 kami keluar dari hotel dan mengambil peluang untuk merasai angin pagi di Beijing... yg best setiap pagi ialah, kami suka bercakap dan hembuskan nafas sbb ‘asap’ keluar dr mulut dan hidung.hehhee...biasa ler...kat Msia xde pengalaman ni...lau ada pon kat Bukit Cerakah, rumah 4 musim.kikikiki

  Ada 1 peristiwa ni..sebuah keluarga yg turut bercuti baru shj keluar daripada hotel.  Kemudian anak lelakinya yg berusia sekitar 10 thn beriya-iya menunjukkan kepada ayahnya yg mulutnya keluar ‘asap’ ..kikiiki...seronok tgk ...sweet family...

  Sebelum ke Great wall, kami singgah dahulu ke kedai jed.  Di sini pon under goverment...wajid pegi daa....kat sini semua ori..so harga pon banyak tgi lor...kikiki

Melarikan diri daripada terus menghabiskan duit di sini...heee

   Menurut penerangan daripada pembantu kedai, di situ dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahgn dlm adalah jed yg berkualiti gred A...kira paling bagus la...kat bahagian luar jed gred b dan c...Gred B tu standard la..mampu milik...

  Aku dapat belajar macam mana nak kenal jed asli, antaranya melalui bunyi.  Ketukkan kedua2 gelang jed.  Jika bunyi yang dihasilkan nyaring maka itu jed asli.  Kena bezakan sebb ada jed plastik dan kaca.  Itu tak ori taw!! Cara kedua, dengan meletakkan jed di bawah chya lampu, sekiranya terlihat seperti awan dlm jed tu mka itu jed ori, tp lau jernih mknanya jed palsu yg diperbuat drpd kaca. 
Ini gelang tangan jed gred B yang aku belikan untuk mak saudara..ahaks

   Jed adalah batu mineral yang banyak khasiat terutama masyrakat Cina sangat mempercayai pengaruh jed dalam kehidupan mereka.  Jed boleh didapati dalam pelbagai warna tetapi hanya jed hijau yang boleh bertukar warna.  Bukan bertukar jd hitam, tapi daripada hijau muda, berubah menjadi hijau tua.  Makin gelap warna hijaunya makin berkualitilah jed itu.  Boleh simpan 7 keturunan taw...hahahah

Kilang Kristal pula...
     1jam berapa di sini, kami pergi pula ke kedai Kristal.  Harga kristal di situ, agak berpatutan.  Siap ada diskaun 50 % lagi..tapi aku xbeli pon... jimat duit daaaa.... seperti biasa masuk bilik lagi tuk mendengar penerangan ttg kristal.  Dah suruh dgr...aku dgr jela,,,siap buat demo gerudi cermin mata lagi.  Cermin mata yg diperbuat drpd kristal tahan calar...gerudi pon xcalar...tp..aku bukan budak spek..so aku xtertarik sangat la...hahahah,,,

Siap keranda pon daripada kristal... jelas ke kan...
Ini bahagian rantai kristal yang murah..298 yuan 1

Kristal putih yang paling bernilai...

Ini bola Dragon ball...ikut kepercayaan China pusing bola kristal ni ada maknanya...tapi kita jgn percaya...heee















  Aku malas nak cuci mata lagi, pundi kencing plak rasa cam dah penuh, aku pun ajak adiq tandas yg ada kat kedai itu.  perghhhh,,,tandas dya bau pure air kencing kot... sabo je la... dan seperti biasa xde air dan xde paip...kikiki....itulah pentingnya botol air bila datang Beijing.

Pintu masuk Kilang Kristal...simple je kan??heee


 Jam 12 tengah hari, kami pergi pula ke tempat membuat tembaga.  Perghhhh,,,cantik2 hasil buatannya...kat sini ramai pelancong eropah...ohh..terasa ‘rendah diri’..kikiki....

Muka ceria selepas makan...kkikiki

  Seterusnya kami naik ke tingkat 3 untuk makan-makan di sebuah restoran muslim yg terletak di atas kedai tembaga td.  Restoran ni turut menyediakan surau.  Sangat senang kan?  Tp tmpat wuduk sekali dengan tandas.  Kira keadaan tandas tu agak sesak sebb ada yg beratur nak guna tandas, ada yg nak ambil wuduk. 

 Makan tengah hari di sini, masih seperti biasa,,,tawar...huhuuu...hidangan hampir 8-9 jenis lauk, ada sayur, kentang, ikan duri, ayam, bebola, telur dadar dan mcm2 lagi la.  Dan tak kisahlah tawar ke, ape ke,,, aku makan tetap lebih dari sepinggan...kikiki....

Hidangan tengah hari...yum2...
Popia berinti kacang merah...kikikiki...terasa janggal dowh,,,
   Hidangan di Beijing bukan sahaja berbeza dari segi rasa dan cara masak tetapi juga cara hidangan disediakan.  Setiap lauk akan dihantar satu persatu, kiranya abis lauk ayam datang ikan goreng, belum habis ikan goreng sayur pula di bawa...bayangkan setiap kali makan ada 7-9 lauk... dan 1 persatu lauk dihidangkan....yang pasti telur dadar adalah yang pertama disediakan...kikiki...


  Jam 1.20 kami pon bertolak ke Great Wall.  Perjalann ke sana sekejap saja,  jam 1.40 Kami dah sampai.  Aku melontarkan pandangan ke sekitar Great Wall...pemandangannya dikelilingi oleh gunung-ganang yg kelihatan sperti gunungan emas terkesan musim luruh yg seakan enggan untuk berlalu pergi...  sememangnya waktu terbaik untuk ke Beijing ialah musim luruh dan musim sejuk.  Pemandangannya sangat cantik lebih2 lagi di Great wall ini.  Musim bunga tidak digalakkan utk ke Beijing dan jumlah pelancong pon sgt kurg pada musim itu.  kebarangkalian berlaku sandstorm dan debunga yg berterbangan boleh mmbuatkan hidung menjadi alah....dan jika ingin menikmati musim bunga, bulan 4 dan 5 adalah masa yang sesuai sbb bunga dah kembang...lau bulan 3 bunga masih tiada lagi...inilah yang sering dirungut oleh golongan guru.  Kata mereka musim bunga adalah musim yang paling susah untuk diperolehi sbb cuti sekolah bulan 3 dan ketika itu bunga belum ada...hurmmm...sabo jela...

    Semasa nak masuk ke great wall, beg galas, handbag semua kene letak untuk scan....dan kami memulakan pendakian pada jam 2 petang dan aku tekad untuk sampai ke puncak itu dengan melalui 7 menara tinjau. 

Di belakang sana juga terdapat tembok besar cuma keadaanya tidak mencabar dan landai sahaja....

Terdapat kedai cenderamata dan boleh tawar menawar di sini

Bergambar dengan peta pintu tembok yang keseluruhannya tulisan China..huk3...tak paham...
   
  Yelah peluang datang jgn dilepaskan.  Waktu kudrat masih ada ini... dan ntah bila lagi dapat dapat ke sini lagi, maka aku dengan bersemangat waja melangkahkan kaki mendaki satu demi satu anak2 tangga sambil hatiku begitu kusyuk mengira jumlah anak2 tangga.  10 minit pertama kami masih rancak...perghhh...tenaga masih ada biasa ler...tp 20 mint selepas tu, aku dah mula termengah-mengah.  Seingat aku first stop anak tgga ke 100, begitu lah seterusnya, setiap 100 anak tgga aku berhenti rehat.  Tapi rentak rehat dah xsekata bila masuk anak tangga ke 400.   Xcukup nafas weyyy...mataku mula berair dan kemerahan sebb kena angin, hidungku pula terasa pedih membuatkan aku terpaksa memakai mask semasa berhenti podok tinjau pertma. 


   Adiq lagi la...100 anak tgga pon dah sempot.hahahhaha...Aku pon bagi la semangat, ‘ngat, kita kan nak naik sampai puncak, sekali kita dtg biar sampai ke puncak, jum naik lagi’...kikiki
   Gitu ler,,kata2 ku....kikikiki...cun x aku???ahaks



  First stop kami berehat dan minum air panas yg dibawa dlm termos.  Air tu ternyata berasap membuktikan masih lagi panas.  Tetapi kami minum seperti air suam, langsung xrasa panas gara2 mulut kesejukkan.  Semakin tinggi kami daki, semakin sejuk cuacanya. 

  Anak-anak tangga di sini tidak sekata, ada yg dah lekuk, tersepih dan ketinggiannya ada yg tinggi, ada yg rendah.  Anak tangga yg tinggi tu membuatkan aku punya spring lutut menjadi lemah. 

Tengoklah keadaan anak tangga yang pecah dan lekuk..bahaya2..(Pinjam di blog org sbb aku xambik pic tangga ni...heee)

Keadaan anak tangga yang tidak sekata ketinggiannya dan setiap anak tangga mewakili seorang buruh yang terkorban semasa membina tembok ini...

  Pergh, banyak tenaga yang perlu tyme ni, aku hanya berbekalkan semangat alang2 memanjat biar sampai ke puncak lau ikutkan tenaga, cukup 30minit memanjat sudah ler...heehehe...

Alah...penatnya....adadada

  Pada kiraan ke 1400, kiraanku dah xteratur.  Sekejap aku kira  1450, dah berhenti rehat, berbual, membebel...kiraan aku pon jd melompat-lompat.  Sekali terasa 1500, tp rasa dah byk tangga aku lewati...kemudian aku hentam sahaja sambungan kiraanku mengikut gerak hati.hahhaha....


  Setiap kali sampai ke menara tinjau kami berhenti rehat sekejap untuk mengumpul kembali nafas dan tenaga yang hampir kehabisan.  Menara tinjau itu sempit sahaja dan ada banyak bahagian /bilik.  Tangga untuk ke bumbung menara pun tersangatlah curam dan keadaan tangga begitu uzur.  Perlu berhati-hati untuk naik ke atas.  Lau ada pengalaman panjat pokok...confirm boleh panjat dengan selamat dan cepat...kikkkiki


Pemandangan dari menara tinjau yang entah ke berapa...hahahha
Berehat di menara tinjau ke-5

   Setelah mendaki dengan susah payah dalam cuaca yang sejuk, akhirnya jam 3.15 petang kami pun selamat sampai ke puncaknya.  Subhanallah, cantik permandangan dari puncak ni.  Dapat lihat salji dari atas dan terdetik di hati..kalau macam ni keadaan tembok china, memang susah lar nak serang... uuhuhu...




Muka hepy sampai ke puncak



Sebenarnya ada mangga di sebelah kanan Gina ni...pasangan kekasih suka datang sini dan memasang mangga kemudian membuang kunci tersebut ke bawah..kononnya hubungan mereka akan kekal seperti kekalnya mangga di situ...heee

  Selepas bergambar di puncak, kami turun dengan susah payah.  Perlu hati-hati sebab tangganya curam dan struktur tangga yang tidak sekata.  Apa yang pasti, aku rasa tak sanggup nak turun ke bawah.  Lutut aku terketar-ketar !!! terasa lemah dan tak mampu nak angkat lagi.  

  Seriusly aku rasa nak guling2 je turun...bila berdiri lutut aku bergegar,,,aku lari 2.4km pon xpenah bergegar lutut ni...adududuudu... tyme turun ni, adiq bukan main lagi laju turun sampai tinggalkan aku.  Katanya nak cepat turun sbb nak cepat rehat...hahhaha....

  Sebelum turun kami sempat juga bergambar kenangan buat cucu cicit kelak...ahaiiii....


 


Yang putih2 itu adalah salji...

   Untuk perhatian, tembok besar China ni tidak akan tutup walau apa pun keadaan cuaca.  Jadi jangan risau lau pegi musim salji pon, kalian masih boleh masuk ke Tembok Besar China ni. Maklumlah inikan tarikan pelancong datang ke China dan setiap kali masuk perlu bayar tiket, jadi kalau tutup ofcos rugi kan…heeee


 Tembok Besar China merupakan salah satu 7 keajaiban dunia.  Asalnya tembok ini di bina pada abad k-9 sm yang bertujuan sebagai tembok pertahanan ketenteraan pada masa itu.  Dipercayai masa yang diambil untuk membina tembok ini ialah paling lama di dunia dan merupakan projek paling besar di dunia.  Tembok Besar China yang dikenali umum hari ini ialah Tembok Besar yang di bina pada zaman Dinasti Ming, yang wujud pada tahun 1368-1644.

  Di Beijing terdapat 8 bahagian Tembok Besar Antaranya Badaling, Juyongguan(paling sukar di daki), Huang Hua Cheng, Jiankou, Mutianyu, Jinshanting, Gubeikao dan Simatai.  Setiap bahagian mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri.

  Menurut cerita orang tempatan, ramai pekerja yang mati semasa pembinaan Tembok Besar China ini.  Seorang wanita telah kehilangan suaminya kerana tertanam bersama simen yang digunakan untuk membina tembok ini.  Setiap malam wanita tersebut akan menangis dan meratap kematian suaminya di tembok ini.  Dikatakan bahawa tangisan wanita itu masih dapat didengari sehingga ke hari ini.

  Bagaimana nak tahu jumlah yang mati akibat tertanam bersama-sama simen ini? Kira jumlah anak tangga kerana jumlah keseluruhannya adalah jumlah sebenar mangsa yang terkorban.  Diibaratkan setiap anak tangga seorang mangsa terkorban.  Dan kerana ingin tahu jawapan inilah, aku begitu tekun mengiranya…jumlahnya 1680 orang terkorban.hehehhe



  Selepas berpeluh di great wall, kami pergi pula ke Burning Cream centre.  Di sini merupakan kilang membuat krim yang mampu merawat luka akibat terbakar dalam masa yang singkat sahaja.  Ubat yang dijual di sini eksklusif katanya sbb tak ada di Malaysia..heee…harga yg ditawarkan pon sepecel, 200 yuan 1 kotak….kikiki…<

 Jurujual di sini memberikan penerangan dalam bahasa Indonesia , jadi tiada masalah untuk kami faham Cuma kadang2 nak ketawa sebb bunyi yang lain…hahahaha…

 Jurujual wanita ni, memberikan penerangan tentang beberapa jenis produk, ada koyok, ubat panas, ubat buang angin, sembelit, losyen…blablabla….

  Aku dapat 3 keping koyok sebesar kotak dam, aku plan nak letak kat kaki tuk legakan kelesuan otot kaki yang pasti mencengkam diriku esk…hahhaha…macam-macam ubat yang disapu sampai dah pening dengan bau2nya. 
  
 Sambil jurujual tu menerangkan produknya, dya telah membakar rantai besi di atas dapur gas bagi membuktikan krim tersebut benar-benar berkesan.  Setelah lama dipanaskan, dya pun menyentuh rantai besi itu dengan tangan kanannya. Kemudian dya menunjukkan kesan terbakar itu kepada ku, aku tengok bahagian tapak tgnnya yang putih dan lembut itu luka di bawah jari kelingkg dan jari manis.  Kemudian dya terus letak krim yang dikatakan amat mujarab itu ke tapak tangannya yang luka tadi.  Tak sampai 10 minit dya menunjukkan kesan luka tadi telah pulih…perghh…cepat jugak tindak balas krim ini.

Rantai besi yang dibakar
   Aku tak hairan sangat dengan demo ni, sbb dya dah setiap hari buat demo ini kat pelancong, so dah biasa buat helah tu…huhuuh

  Kami keluar dari kilang ini sektar jam 5 petang.  Cuaca dah mula sejuk dan hari pun dah gelap.  Apa taknya dah maghrib.  Tapi lau kat Malaysia, ngah tengok Spongebob la tyme cam gini…kikiki

 Hari ini kami terkandas dalam kesesakan jalan hingga menyebabkan perjalanan ke kedai makan mengambil masa 2 jam untuk sampai.  Dah puas aku tidur dan makan choclate lagi sepanjang perjalanan itu..huk3…lapo…

  Malam ini kami makan di restoran muslim yang terletak di jalan Zhenzhi Lu.  Restoran ini agak popular dalam kalangan pelancong Malaysia sebab lauknya ada rasa pedas…heheheh

Makanan kat sini ada rasa...hehehe...agak best la...yum3

Kali pertama makan nc dengan jagung masak cam ni..hehhehe

Ini lauk ayam...agak pedas rasanya..

Ini pula ikan...banyak sgt tulangnya..hmmm

Kedai yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang melancong ke sini.

  Untuk ke restoran kami perlu melintas jalan.  Kami masih janggal dengan keadaan lalu lintas yang berbeza dengan Malaysia.  Tgk sebelah kanan kot2 ada kenderaan sebelum melintas, tp lupa yang sebenarnya kenderaan datang dari arah kiri…huhuh…agak bahaya jika tidak berhati2…cumil plak tgk gelagat pelancong Malaysia ni…heee

  Sekitar jam 9 malam kami sampai di hotel.  Memandangkan hotel kami bersebelahan dengan tesco, jadi aku dan adiq pon meronda-ronda la dalam tesco tu..tapi 15 minit je..sbb nak bilik hotel utk mandi dan rehat...letih dengan aktiviti hari ini...heeee
zzzz..... kumpul tenaga untuk hari esk pula..
     ( sumber rujukan ; buku Trevelog Beijing (izan Ali dan kwn2), blogger dan internet)





Hari ke-3