TEMPAT YANG DILAWATI ADALAH :
1) KILANG JED
2) KILANG KRISTAL
3) GREAT WALL (TEMBOK BESAR)
4) BURNING CREAM CENTRE
Hari ini kami bangun awal seawal jam6 pagi...kerana kami akan memulakan
penerokaan di kota Beijing ini pada jam7.45 pagi. Jam7 pagi kami turun ke tingkat 2 untuk
sarapan di kafe hotel. Walaupun
pengalaman makan di kafe ni bukanlah best tp kami perlu bersarapan walaupun
dengan roti keping dan jem. Bila di
tempat org ni, xblh memilih sangat, asalkan halal...makan je la...tawar pun
baik untuk kesihatan...heee...pagi ini kami makan bebola kentang yg bolh tahan,
telur rebus, roti n jem strawberi, air teh susu yg pucat dan tawar...huhuhu...
Jam 7.30 kami keluar dari hotel dan mengambil peluang untuk merasai angin
pagi di Beijing... yg best setiap pagi ialah, kami suka bercakap dan hembuskan
nafas sbb ‘asap’ keluar dr mulut dan hidung.hehhee...biasa ler...kat Msia xde
pengalaman ni...lau ada pon kat Bukit Cerakah, rumah 4 musim.kikikiki
Ada 1 peristiwa ni..sebuah keluarga yg turut bercuti baru shj keluar
daripada hotel. Kemudian anak lelakinya
yg berusia sekitar 10 thn beriya-iya menunjukkan kepada ayahnya yg mulutnya
keluar ‘asap’ ..kikiiki...seronok tgk ...sweet family...
Sebelum ke Great wall, kami singgah dahulu ke kedai jed. Di sini pon under goverment...wajid pegi
daa....kat sini semua ori..so harga pon banyak tgi lor...kikiki
Melarikan diri daripada terus menghabiskan duit di sini...heee |
Menurut penerangan daripada pembantu kedai, di situ dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu bahgn dlm adalah jed yg berkualiti gred A...kira paling bagus
la...kat bahagian luar jed gred b dan c...Gred B tu standard la..mampu milik...
Aku dapat belajar macam mana nak kenal jed asli, antaranya melalui
bunyi. Ketukkan kedua2 gelang jed. Jika bunyi yang dihasilkan nyaring maka itu
jed asli. Kena bezakan sebb ada jed
plastik dan kaca. Itu tak ori taw!! Cara
kedua, dengan meletakkan jed di bawah chya lampu, sekiranya terlihat seperti
awan dlm jed tu mka itu jed ori, tp lau jernih mknanya jed palsu yg diperbuat
drpd kaca.
Ini gelang tangan jed gred B yang aku belikan untuk mak saudara..ahaks |
Jed adalah batu mineral yang banyak khasiat terutama masyrakat Cina
sangat mempercayai pengaruh jed dalam kehidupan mereka. Jed boleh didapati dalam pelbagai warna
tetapi hanya jed hijau yang boleh bertukar warna. Bukan bertukar jd hitam, tapi daripada hijau
muda, berubah menjadi hijau tua. Makin
gelap warna hijaunya makin berkualitilah jed itu. Boleh simpan 7 keturunan taw...hahahah
Siap keranda pon daripada kristal... jelas ke kan... |
Ini bahagian rantai kristal yang murah..298 yuan 1 |
Kristal putih yang paling bernilai... |
Ini bola Dragon ball...ikut kepercayaan China pusing bola kristal ni ada maknanya...tapi kita jgn percaya...heee |
Aku malas nak cuci mata lagi, pundi kencing plak rasa cam dah penuh, aku
pun ajak adiq tandas yg ada kat kedai itu.
perghhhh,,,tandas dya bau pure air kencing kot... sabo je la... dan
seperti biasa xde air dan xde paip...kikiki....itulah pentingnya botol air bila
datang Beijing.
Pintu masuk Kilang Kristal...simple je kan??heee |
Jam 12 tengah hari, kami pergi pula ke tempat membuat tembaga. Perghhhh,,,cantik2 hasil buatannya...kat sini
ramai pelancong eropah...ohh..terasa ‘rendah diri’..kikiki....
Muka ceria selepas makan...kkikiki |
Seterusnya kami naik ke tingkat 3 untuk makan-makan di sebuah restoran
muslim yg terletak di atas kedai tembaga td.
Restoran ni turut menyediakan surau.
Sangat senang kan? Tp tmpat wuduk sekali dengan tandas. Kira keadaan
tandas tu agak sesak sebb ada yg beratur nak guna tandas, ada yg nak ambil
wuduk.
Makan tengah hari di sini, masih seperti
biasa,,,tawar...huhuuu...hidangan hampir 8-9 jenis lauk, ada sayur, kentang,
ikan duri, ayam, bebola, telur dadar dan mcm2 lagi la. Dan tak kisahlah tawar ke, ape ke,,, aku makan
tetap lebih dari sepinggan...kikiki....
Hidangan tengah hari...yum2... |
Popia berinti kacang merah...kikikiki...terasa janggal dowh,,, |
Hidangan di Beijing bukan sahaja berbeza dari segi rasa dan cara masak tetapi juga cara hidangan disediakan. Setiap lauk akan dihantar satu persatu, kiranya abis lauk ayam datang ikan goreng, belum habis ikan goreng sayur pula di bawa...bayangkan setiap kali makan ada 7-9 lauk... dan 1 persatu lauk dihidangkan....yang pasti telur dadar adalah yang pertama disediakan...kikiki...
Jam 1.20 kami pon bertolak ke Great Wall.
Perjalann ke sana sekejap saja,
jam 1.40 Kami dah sampai. Aku
melontarkan pandangan ke sekitar Great Wall...pemandangannya dikelilingi oleh
gunung-ganang yg kelihatan sperti gunungan emas terkesan musim luruh yg seakan
enggan untuk berlalu pergi...
sememangnya waktu terbaik untuk ke Beijing ialah musim luruh dan musim
sejuk. Pemandangannya sangat cantik
lebih2 lagi di Great wall ini. Musim
bunga tidak digalakkan utk ke Beijing dan jumlah pelancong pon sgt kurg pada
musim itu. kebarangkalian berlaku
sandstorm dan debunga yg berterbangan boleh mmbuatkan hidung menjadi alah....dan jika ingin menikmati musim bunga, bulan 4 dan 5 adalah masa yang sesuai sbb bunga dah kembang...lau bulan 3 bunga masih tiada lagi...inilah yang sering dirungut oleh golongan guru. Kata mereka musim bunga adalah musim yang paling susah untuk diperolehi sbb cuti sekolah bulan 3 dan ketika itu bunga belum ada...hurmmm...sabo jela...
Semasa nak masuk ke great wall, beg galas, handbag semua kene letak untuk
scan....dan kami memulakan pendakian pada jam 2 petang dan aku tekad untuk
sampai ke puncak itu dengan melalui 7 menara tinjau.
Di belakang sana juga terdapat tembok besar cuma keadaanya tidak mencabar dan landai sahaja.... |
Terdapat kedai cenderamata dan boleh tawar menawar di sini |
Bergambar dengan peta pintu tembok yang keseluruhannya tulisan China..huk3...tak paham... |
Yelah peluang datang jgn dilepaskan. Waktu kudrat masih ada ini... dan ntah bila
lagi dapat dapat ke sini lagi, maka aku dengan bersemangat waja melangkahkan
kaki mendaki satu demi satu anak2 tangga sambil hatiku begitu kusyuk mengira
jumlah anak2 tangga. 10 minit pertama
kami masih rancak...perghhh...tenaga masih ada biasa ler...tp 20 mint selepas
tu, aku dah mula termengah-mengah.
Seingat aku first stop anak tgga ke 100, begitu lah seterusnya, setiap
100 anak tgga aku berhenti rehat. Tapi
rentak rehat dah xsekata bila masuk anak tangga ke 400. Xcukup nafas weyyy...mataku mula berair dan
kemerahan sebb kena angin, hidungku pula terasa pedih membuatkan aku terpaksa
memakai mask semasa berhenti podok tinjau pertma.
Adiq lagi la...100 anak tgga pon dah sempot.hahahhaha...Aku pon bagi la
semangat, ‘ngat, kita kan nak naik sampai puncak, sekali kita dtg biar sampai
ke puncak, jum naik lagi’...kikiki
Gitu ler,,kata2 ku....kikikiki...cun x aku???ahaks
First stop kami berehat dan minum air panas yg dibawa dlm termos. Air tu ternyata berasap membuktikan masih
lagi panas. Tetapi kami minum seperti
air suam, langsung xrasa panas gara2 mulut kesejukkan. Semakin tinggi kami daki, semakin sejuk
cuacanya.
Anak-anak tangga di sini tidak sekata, ada yg dah lekuk, tersepih dan
ketinggiannya ada yg tinggi, ada yg rendah.
Anak tangga yg tinggi tu membuatkan aku punya spring lutut menjadi
lemah.
Tengoklah keadaan anak tangga yang pecah dan lekuk..bahaya2..(Pinjam di blog org sbb aku xambik pic tangga ni...heee) |
Keadaan anak tangga yang tidak sekata ketinggiannya dan setiap anak tangga mewakili seorang buruh yang terkorban semasa membina tembok ini... |
Pergh, banyak tenaga yang perlu tyme ni, aku hanya berbekalkan semangat
alang2 memanjat biar sampai ke puncak lau ikutkan tenaga, cukup 30minit
memanjat sudah ler...heehehe...
Alah...penatnya....adadada |
Pada kiraan ke 1400, kiraanku dah xteratur. Sekejap aku kira 1450, dah berhenti rehat,
berbual, membebel...kiraan aku pon jd melompat-lompat. Sekali terasa 1500, tp rasa dah byk tangga
aku lewati...kemudian aku hentam sahaja sambungan kiraanku mengikut gerak
hati.hahhaha....
Setiap kali sampai ke menara tinjau kami berhenti rehat sekejap untuk mengumpul
kembali nafas dan tenaga yang hampir kehabisan.
Menara tinjau itu sempit sahaja dan ada banyak bahagian /bilik. Tangga untuk ke bumbung menara pun
tersangatlah curam dan keadaan tangga begitu uzur. Perlu berhati-hati untuk naik ke atas. Lau ada pengalaman panjat pokok...confirm
boleh panjat dengan selamat dan cepat...kikkkiki
Pemandangan dari menara tinjau yang entah ke berapa...hahahha |
Berehat di menara tinjau ke-5 |
Setelah mendaki dengan susah payah dalam cuaca yang sejuk, akhirnya jam
3.15 petang kami pun selamat sampai ke puncaknya. Subhanallah, cantik permandangan dari puncak
ni. Dapat lihat salji dari atas dan
terdetik di hati..kalau macam ni keadaan tembok china, memang susah lar nak
serang... uuhuhu...
Muka hepy sampai ke puncak |
Selepas bergambar di puncak, kami turun dengan susah payah. Perlu hati-hati sebab tangganya curam dan
struktur tangga yang tidak sekata. Apa
yang pasti, aku rasa tak sanggup nak turun ke bawah. Lutut aku terketar-ketar !!! terasa lemah dan
tak mampu nak angkat lagi.
Seriusly aku rasa nak
guling2 je turun...bila berdiri lutut aku bergegar,,,aku lari 2.4km pon xpenah
bergegar lutut ni...adududuudu... tyme turun ni, adiq bukan main lagi laju
turun sampai tinggalkan aku. Katanya nak
cepat turun sbb nak cepat rehat...hahhaha....
Sebelum turun kami
sempat juga bergambar kenangan buat cucu cicit kelak...ahaiiii....
Yang putih2 itu adalah salji... |
Untuk
perhatian, tembok besar China
ni tidak akan tutup walau apa pun keadaan cuaca. Jadi jangan risau lau pegi musim salji pon, kalian masih boleh
masuk ke Tembok Besar China ni. Maklumlah inikan tarikan pelancong datang ke
China dan setiap kali masuk perlu bayar tiket, jadi kalau tutup ofcos rugi
kan…heeee
Tembok
Besar China merupakan salah satu 7 keajaiban
dunia. Asalnya
tembok ini di bina pada abad k-9 sm yang bertujuan sebagai tembok pertahanan
ketenteraan pada masa itu. Dipercayai
masa yang diambil untuk membina tembok ini ialah paling lama di dunia dan
merupakan projek paling besar di dunia. Tembok Besar China yang dikenali umum hari ini ialah Tembok
Besar yang di bina pada zaman Dinasti Ming, yang wujud pada tahun 1368-1644.
Di Beijing terdapat 8 bahagian Tembok Besar. Antaranya Badaling, Juyongguan(paling sukar di daki), Huang Hua
Cheng, Jiankou, Mutianyu, Jinshanting, Gubeikao dan Simatai. Setiap bahagian mempunyai sejarah dan keunikannya yang
tersendiri.
Menurut cerita orang tempatan, ramai pekerja yang mati semasa pembinaan Tembok
Besar China ini. Seorang
wanita telah kehilangan suaminya kerana tertanam bersama simen yang digunakan
untuk membina tembok ini. Setiap malam
wanita tersebut akan menangis dan meratap kematian suaminya di tembok
ini. Dikatakan bahawa tangisan wanita itu masih dapat didengari
sehingga ke hari ini.
Bagaimana nak tahu jumlah yang mati akibat tertanam bersama-sama simen ini?
Kira jumlah anak tangga kerana jumlah keseluruhannya adalah jumlah sebenar
mangsa yang terkorban. Diibaratkan
setiap anak tangga seorang mangsa terkorban. Dan kerana ingin tahu jawapan inilah, aku begitu tekun
mengiranya…jumlahnya 1680 orang terkorban.hehehhe
Selepas berpeluh di great wall, kami pergi pula ke Burning Cream centre. Di sini merupakan kilang membuat krim yang mampu merawat luka
akibat terbakar dalam masa yang singkat sahaja. Ubat yang dijual di sini eksklusif katanya sbb tak ada di
Malaysia..heee…harga yg ditawarkan pon sepecel, 200 yuan 1
kotak….kikiki…<
Jurujual
di sini memberikan penerangan dalam bahasa Indonesia , jadi tiada masalah untuk
kami faham Cuma kadang2 nak ketawa sebb bunyi yang lain…hahahaha…
Jurujual
wanita ni, memberikan penerangan tentang beberapa jenis produk, ada koyok, ubat
panas, ubat buang angin, sembelit, losyen…blablabla….
Aku dapat 3 keping koyok sebesar kotak dam, aku plan nak letak kat kaki tuk
legakan kelesuan otot kaki yang pasti mencengkam diriku esk…hahhaha…macam-macam
ubat yang disapu sampai dah pening dengan bau2nya.
Sambil
jurujual tu menerangkan produknya, dya telah membakar rantai besi di atas dapur
gas bagi membuktikan krim tersebut benar-benar berkesan. Setelah lama dipanaskan, dya pun menyentuh rantai besi itu
dengan tangan kanannya. Kemudian dya menunjukkan kesan terbakar itu kepada ku,
aku tengok bahagian tapak tgnnya yang putih dan lembut itu luka di bawah jari
kelingkg dan jari manis. Kemudian dya
terus letak krim yang dikatakan amat mujarab itu ke tapak tangannya yang luka
tadi. Tak sampai 10 minit dya menunjukkan kesan luka tadi telah
pulih…perghh…cepat jugak tindak balas krim ini.
Rantai besi yang dibakar |
Kami keluar dari kilang ini sektar jam 5 petang. Cuaca dah mula sejuk dan hari pun dah gelap. Apa taknya dah maghrib. Tapi lau kat Malaysia, ngah tengok Spongebob la tyme cam
gini…kikiki
Hari
ini kami terkandas dalam kesesakan jalan hingga menyebabkan perjalanan ke kedai
makan mengambil masa 2 jam untuk sampai. Dah puas aku tidur dan makan choclate lagi sepanjang perjalanan
itu..huk3…lapo…
Malam ini kami makan di restoran muslim yang terletak di jalan Zhenzhi
Lu. Restoran ini agak popular dalam kalangan pelancong Malaysia
sebab lauknya ada rasa pedas…heheheh
Makanan kat sini ada rasa...hehehe...agak best la...yum3 |
Kali pertama makan nc dengan jagung masak cam ni..hehhehe |
Ini lauk ayam...agak pedas rasanya.. |
Ini pula ikan...banyak sgt tulangnya..hmmm |
Kedai yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang melancong ke sini. |
Untuk
ke restoran kami perlu melintas jalan. Kami masih janggal dengan keadaan lalu lintas
yang berbeza dengan Malaysia. Tgk sebelah kanan kot2 ada kenderaan sebelum melintas, tp lupa yang
sebenarnya kenderaan datang dari arah kiri…huhuh…agak bahaya jika tidak
berhati2…cumil plak tgk gelagat pelancong Malaysia ni…heee
Sekitar jam 9 malam kami sampai di hotel. Memandangkan hotel kami bersebelahan dengan tesco, jadi aku dan adiq pon meronda-ronda la dalam tesco tu..tapi 15 minit je..sbb nak bilik hotel utk mandi dan rehat...letih dengan aktiviti hari ini...heeee
zzzz..... kumpul tenaga untuk hari esk pula.. |
( sumber rujukan ; buku Trevelog Beijing (izan Ali dan kwn2), blogger dan internet)
Hari ke-3