Monday, August 22, 2011

Rungutan Wanita tentang ketentuan Allah

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

kenapa kenapa kenapa !!!ngerrrrrr

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

asyik kita jek kene mintak izin dia..dia kua mlm2 xckp pon nak pergi mana!!!huhh

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

saya nakkan keadilan yg sama!!!arghhhhhhhh

Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

mana aci yang sakitnya saya bukan awak!!!huhhh!!!


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

suami pon patut taat pada isteri...hohoho

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

jika talak bukan pada sy...sy boom suami sy tu...hahahha

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

apa ingat kami suke ke angkat kad merah setiap bulan ni???

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.




Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

sexy sexy..jgn seksa lelaki dgn keseksianmu...owhhh..noo

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalianlah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

owhh..berat dosa yang perlu aku tanggung...bantulah aku wahai isteri

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.  Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah jawabnya!”


owhhh...cam tu ke???hehehhe

hakhakhak...taw xpe !!!

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

owhhh...tingginya darjat seorang wanita...huhuhh

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan di minta bertanggungjawab ke atas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...






Sunday, August 7, 2011

Lirik lagu Percaya Padaku~Ungu

takkan berhenti menyanyi sampai
kau percaya padaku...lallalala


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu


Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Kembali ke [*][**]

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Kembali ke  [*][**]

Kembali ke  [*]

Percaya padaku...kukan menjagamu..lalalala~~~

Tetiba terdengar lagu ini kat FB kawan...walaupun baru bangun tido tyme tuh...tapi masih mampu tuk hayati bait-bait lagu ini... sekali aku mendengarnya terus aku download lagu ni... kenapa???sbb lirik lagu ini sangat sesuai dengan situasi yang sedang dialami tika ini..heeeee

mood: hepy...twinkle2
Lagu ini memang aku tujukan khas untuk dia...siapa???untuk si bintang kecil yang telah menyapa hari-hari aku...yang telah menceriakan perjalanan hidup aku ini dengan senyumannya dan hadir dirinya....

Maka bertambahlah watak dalam diari hidupku dengan hadir si bintang kecil ini... dia kini bersama aku... pengubat rindu dan kesepian.... dia yang membuatkan aku sentiasa tersenyum kini... yang membuatkan aku kembali bernafas sebagai insan... insan yang kenal erti kasih dan sayang... menjaga dan menyayangi... memberi dan menerima...

eeeeiii... trma kasih awak temankan saya....

Walaupun usia perkenalan kita masih baru tetapi... telah terasa kita bersama sudah lama... mengenali hatimu dan mengetahui siapa aku,,, itu yang menjadikan kau dan aku sebagai kita...kita lalui hari2 ini bersama biarpon ada jarak dan masa yang memisahkan kita...namun kita cuba untuk tetap dekat... kadangnya terasa letih dan penat dgn tugasan harian namun, kita ttp cuba untuk sentiasa ada antara kita... hingga tika itu hilang semua kekusutan dan kesulitan...

kita kongsi cerita...kisah hati dan hidup... dan akhirnya kisah kita menjadi satu... bila kau dan aku ada yang sama... biarlah itu hanya antara kita... 

Yang aku harap..moga tidak berulang kembali kisah lalu...~~yang sanggup keletihan dan kesusahan,,, sentiasa bersama tiap detik dan waktu... namun hadir cuma seperti pelangi... Biarlah cerita kita ini tetap indah hingga akhirnya walau badai melanda berjanjilah kita tetap harunginya bersama... dan jangan pernah dilupakan detik mula menjadi kita kerana di situ ada kenangan..ngatlah kenangan itu..kerana di situ ada rindu... moga kita menjadi kita hingga akhir waktu menjemputku...

Dan untuk kamu juga~ kerana cerita kita baru bermula.. berikanlah kasihmu juga sayangmu kepadaku...dan percayalah kepadaku..aku akan menjagamu hingga akhir nyawaku... takkan kubiar kau bersedih juga berairmata... apalagi biarkan kau kecewa....berikan kepercayaanmu kepadaku...aku akan menjaganya dan takkan lukakan hatimu...


awak..percyalah pada saya ek...ek...heeee

Lagu Ungu~Percayalah padaku



bye-bye,,,jaga diri semua...salam sayang cinta dan kasih


Thursday, August 4, 2011

Tentang Sebuah Kehidupan

  • Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. 
  • Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah.

Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

hahh..cari org yg boleh buat kamu senyum macam ni...hehehe

  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. 

sentiasa ingin tidur agar dpat bertemu dgnnya dalm mimpi

Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

untuk 1 kesempatan yang dimiliki...


Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cubaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu menjadi insan, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.




Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampailah  kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantik dan masih tetap peduli padanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahawa dia tidak demikian dan kamu harus melepaskannya.

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati pada masa lalu.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh dihatimu.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah memekakkan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum – jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Monday, August 1, 2011

Mencari Sebuah Jawapan

walau se1000 kali
kemaafan ini
abadi ke sisi...


Dikala aku menyendiri senja itu,
kulihat si camar terbang bebas,
kupandang langit tinggi tak bertiang,
kurenung pada laut yang tak berpenghujung,
kuperhatikan ombak yang tak berhenti
menghempas pantai.
kuselami kejadian alam ini
untuk mencari sebuah jawapan,
demi sebuah kebahagiaan yang telah menghilang,
sejak kau mula menjauh.

apa kata hati
andai kau kutinggalkan?
pastinya hati berlagu sepi,
apa kata hati
andainya aku tetap bersamamu?
tentunya hati berlagu pilu.

kepada alam persoalan ini kutuju,
berikan yang terbaik untukku,
aku mengasihi insan yang mengasihi aku
tapi bukan kini,

daripada alam aku mengerti segalanya,
tak selalu bintang yang kupandang
hadir setiap malam,
pantai yang setia juga akan berubah,
namun,
burung-burung tetapkan pulang ke sarangnya,
biarpun telah jauh merantau,
langit tetap teguh memayungi bumi,
walau berdiri tak bertiang,
kiranya kemarau melanda,
laut yang luas tidak juga surut,
ombak tetap mencium pantai,
walaupun pantai makin menjauh,
dan,
aku akan selalu ada untukmu,
meskipun di hatimu tiada lagi aku,
kerana ,
kerana alam telah mengajar aku,
memberi bukan untuk balasan,
keikhlasan itu adalah kebahagian.


created by
ADIKLA