Monday, August 1, 2011

Mencari Sebuah Jawapan

walau se1000 kali
kemaafan ini
abadi ke sisi...


Dikala aku menyendiri senja itu,
kulihat si camar terbang bebas,
kupandang langit tinggi tak bertiang,
kurenung pada laut yang tak berpenghujung,
kuperhatikan ombak yang tak berhenti
menghempas pantai.
kuselami kejadian alam ini
untuk mencari sebuah jawapan,
demi sebuah kebahagiaan yang telah menghilang,
sejak kau mula menjauh.

apa kata hati
andai kau kutinggalkan?
pastinya hati berlagu sepi,
apa kata hati
andainya aku tetap bersamamu?
tentunya hati berlagu pilu.

kepada alam persoalan ini kutuju,
berikan yang terbaik untukku,
aku mengasihi insan yang mengasihi aku
tapi bukan kini,

daripada alam aku mengerti segalanya,
tak selalu bintang yang kupandang
hadir setiap malam,
pantai yang setia juga akan berubah,
namun,
burung-burung tetapkan pulang ke sarangnya,
biarpun telah jauh merantau,
langit tetap teguh memayungi bumi,
walau berdiri tak bertiang,
kiranya kemarau melanda,
laut yang luas tidak juga surut,
ombak tetap mencium pantai,
walaupun pantai makin menjauh,
dan,
aku akan selalu ada untukmu,
meskipun di hatimu tiada lagi aku,
kerana ,
kerana alam telah mengajar aku,
memberi bukan untuk balasan,
keikhlasan itu adalah kebahagian.


created by
ADIKLA

No comments:

Post a Comment