Monday, June 6, 2011

Zikir dan Malaikat

Kisah Malaikat dalam Majlis Zikir

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Allah SWT mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja menjumpai majlis zikir tersebut, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedag berzikir serta memanggil pula malaikat-malaikat yang lain untuk turut serta dalam majlis zikir tersebut.  Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia”.
     

      Apabila majlis zikir itu tamat, maka para malaikat 
akan naik kembali ke langit.  Lalu Allah SWT bertanya kepada mereka : “Wahai para malaikat-Ku, dari manakah kamu semua?” Berkata para malaikat: “Ya Tuhan kami, kami baru sahaja pulang dari memeriksa hamba-hamba-Mu di bumi, mereka bertasbih, takbir, tahlil, dan tahmid serta memohon kepada-Mu”.  

      Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaan-Nya.  Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikat-Nya, maka Allah SWT pun berfirman : “Wahai para malaikat-Ku, apakah yang mereka minta kepada-Ku?” Berkata para malaikat: “Hamba-hamba-Mu itu memohon syurga dari-Mu”.  Allah SWT bertanya lagi : “Pernahkah mereka melihat akan syurga yang didambakannya itu?” Berkata para malaikat lagi: “Mereka tidak pernah melihat syurga itu.”
     
     
     Berfirman Allah SWT : “Hamba-hamba-Ku memohon syurga meskipun mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka-mereka melihat syurga itu.” 

Berkata para malaikat: “Mereka juga memohon kebebasan”.  Allah SWT bertanya: “Mohon bebas dari apa?” Berkata para malaikat: “Hamba-hamba-Mu itu memohon kepada-Mu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam”.  Allah SWT bertanya kepada para malaikat lagi: “Pernahkah hamba-hamba-Ku melihat neraka-Ku itu?”  Berkata para malaikat: “Tidak ya Allah”.  Allah SWT berfirman: “Hamba-hamba-Ku itu tidak pernah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya”.
      

         Kemudian para malaikat berkata lagi: “Ya Allah, hamba-Mu itu memohon ampun kepada-Mu”. Allah SWT berfirman: “Dengarlah wahai para malaikatku, aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu”.  Berkata para malaikat lagi: “Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir”.  Allah SWT berkata: “Orang itu pun aku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka.”

No comments:

Post a Comment