Wednesday, March 30, 2011

BERJAUH HATI


mulanya indah terasa bahagia
tiada siapa menduga akhirnya
kau dan aku bersengketa







dimatamu semuanya silapku
tapi aku takkan mengalah lagi
mengalah kerana sayang
mengalah kerana ingin menjaga hubungan
takkan lagi untuk kali ini











letih aku mengalah
untuk kembali bersama
kerana tak bererti aku berjauh hati
kelak kupujuk diri sendiri
tapi biarlah untuk kali ini











hati ini rasa terkilan
kasih yang diberi tidak dihargai
diri ini sentiasa di sisi
tika suka dan duka
tiada pernah terasa sukar
sedia kuberada bila kau perlu aku

menjadi bintang yang gemilang
menjadi bunga yang berkembang mekar
menjadi pantai yang setia
menjadi ombak bersama selaut kasih
semuanya untuk membahagiakan hidupmu
kulakukan hanya untukmu

biarlah kini aku sendiri
sendiri memujuk hati
bila kau tidak menyedari
hati ini telah kau lukai







biarlah aku menjauhkan diri
aku tidak mungkin engkau ingati
carilah aku bila kau perlu akanku
khabarkan kepadaku dukamu
aku akan berada disampingmu
aku akan sentiasa ada untukmu
bila kau perlu aku







bye...sy pergi dulu.... :(
roger sy bila awk perlu sy :)


created by
adikLa

No comments:

Post a Comment