Sunday, February 13, 2011

Couple islamic

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Tuesday, February 8, 2011

Bahagian tubuh menolak kehadiran Malaikat Maut

“Apabila Allah ingin mencabut roh seorang mukmin” Kata Nabi mengawali nasihatnya kepada orang-orang beriman, “Sesekali, Malaikat Maut akan datang dari sisi mulutnya. Kemudian zikir akan membangkang. Katanya “Tidak wahai malaikat maut. Jangan engkau cabut nyawa ini dari tempatku kerana lisannyalah zikir kepada Tuhanku dilafazkan.”

Malaikat maut kembali kepada Allah dan mengeluh “Ya Allah, lisan si Polan tidak mengizinkanku untuk mencabut nyawa tuannya.”

“Kalau begitu, cabutlah nyawanya dari tempat lain,”Perintah Allah lagi.

Malaikat maut kemudian ingin datang dari arah tangannya. Tetapi tangannya membangkang. Katanya “Tidak wahai malaikat maut. Jangan engkau cabut nyawa ini dari tempatku kerana dengan tangan ini tuanku ini selalu bersedekah, beramal jariah, sering mengurusi anak-anak yatim dan mengusap-usap kepala mereka. Dengan tangan ini tuanku menulis ilmu pengetahuan atau mengayunkan pedangnya di jalan Allah.

Malaikat maut kemudian ingin mencabut dari arah kakinya. Namun kakinya juga membangkang. Katanya “Tidak wahai malaikat maut. Jangan engkau cabut nyawa ini dari tempatku kerana dengan kaki inilah dia biasa pergi ke masjid untuk solat berjemaah, menghadiri majlis-majlis ilmu dan amal-amal baik yang lainnya.”

Malaikat maut mencuba lagi untuk lalu dari arah telinganya. Telinga juga membangkang. Katanya “Tidak wahai malaikat maut. Kerana dengan telinga ini dia biasa mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, kalimat-kalimat zikir dan kata-kata yang bermanfaat.”

Malaikat mencuba lagi dari arah matanya. Mata pun membangkang. Katanya “Tidak wahai malaikat maut. Kerana dengan mata ini dia biasa melihat Kitab Al-Quran, memanfaatkannya untuk membaca buku-buku ilmu pengetahuan dan menyaksikan kebesaran-kebesaran Allah.” Setelah berupaya dari segala arah, ternyata malaikat maut tidak berhasil mencabut nyawa seorang mukmin. Dia kembali kepada Allah dan menyampaikan keluhannya. “Ya Rabbi, seluruh anggota tubuhnya mempunyai alasan untuk menolakku. Lalu bagaimana seharusnya aku mengambil nyawanya?”

Allah S.W.T kemudian berfirman : “Wahai malaikatku! Tuliskan nama-Ku di atas telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh si mukmin. Seketika itu juga dia akan rindu dengan apa yang dilihatnya dan dengan rela meninggalkan jasadnya.”

Dalam Al-Quran surah Yaa Siin ayat 65 Allah S.W.T bercerita tentang keadaan hari kiamat yang pada waktu itu setiap anggota tubuh akan menyaksikan segala sesuatu yang dilakukan oleh tuannya; perbuatn baik ataupun perbuatan buruk. Allah S.W.T berfirman :

“Hari ini kami tutup mulut-mulut mereka , tangan-tangan mereka berbicara kepada kami, dan kaki mereka bersaksi atas apa yang mereka lakukan.” (Yaa Siin :65)

Itu akan terjadi pada hari kiamat. Tetapi tidak mustahil seperti yang dinyatakan oleh hadith di atas bahawa menjelang maut sekalipun seluruh anggota tubuh manusia akan menyaksikan apa yang dilakukan oleh tuannya. Apabila sepanjang hayatnya dia hidup dengan penuh amal soleh maka berbahagialah apa yang akan disaksikan oleh anggota tubuhnya. Dia akan menjumpai Allah dengan penuh rela dan bahagia. Ibnu Arabi menyebutnya dengan istilah al-rujuk al-ikhtiyari, kembali kepada Allah secara suka rela dan penuh kesedaran. Al-Quran menggambarkannya sebagai manusia-manusia yang dipanggil oleh Allah untuk pulang ke pengkuan-Nya.

“Wahai jiwa-jiwa yang damai, kembalilah kepada tuhanmu dengan penuh redha dan diredhai maka masuklah dalam golongan-golongan hamba-Ku dan mesuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr:29-30)

Wednesday, February 2, 2011

Taqdir, Jodoh pertemuan dan perpisahan



Ang : Cikgu, apa yang dikatakan sebagai Taqdir, Jodoh pertemuan dan perpisahan?

Cikgu : Ang, sebelum cikgu ulaskan lagi mengenai pertanyaan kamu itu, cikgu hendak kamu carikan sehelai rumput yang paling cantik kat padang sekolah dan bawa sini balik, okey? Cikgu bagi stengah jam je untuk cari.

Ang : Sehelai rumput yang paling cantik? Hm...okey!

Walaupun masih pelik akan permintaan cikgu,Ang tetap pergi mencarikan rumput yang paling cantik di padang sekolah.

Selepas stengah jam, Ang pun kembali semula ke bilik guru dan menghulurkan sehelai rumput itu pada cikgu. Cikgu kemudian bertanya pada Ang, "Ceritalah apa yang berlaku semasa kamu carikan rumput ini, dan kenapa rumput ini menjadi pilihan muktamad awak"

Ang pun berceritalah...

"Sesampai sahaja di padang, saya tengok, Banyak sangat rumput, daripada hujung padang kanan hingga ke hujung padang kiri. Saya pun mulakanlah pencarian daripada hujung padang kanan. Ada rumput yang tak lawa, terus saya tinggalkan. Tapi sayangnya cikgu! Ada satu rumput tu cantik sangat! Tapi saya ingat ada lagi rumput lagi lawa, jadi saya carilah lagi. Tengok jam, dah nak cukup setengah jam. Saya patah balik untuk dapatkan rumput yang sangat cantik tu, tapi tak jumpa. Saya takut tak cukup masa, jadi saya berhenti, saya tengok rumput di sekeliling saya, dan saya pilih yang paling cantik di situ dan bawakan kepada cikgu."

Cikgu tu tersenyum. Ang masih pelik dan menanti jawapan daripada cikgu.

Ang bertanya kepada cikgu, "cikgu...saya masih tak faham kenapa cikgu minta saya carikan rumput yang paling cantik...."

Cikgu itu kemudian menjawab pertanyaan Ang...

"Jodoh pertemuan dan perpisahan itu ibarat Ang mencari rumput yang cantik tu. Ang dah menetapkan dalam fikiran akan memilih rumput yang PALING cantik, jadi Ang terus tinggalkan yang tak cantik. Dalam dunia ni, manusia akan mengejar apa yang dia kehendaki, yang dia tak inginkan akan terus ditinggalkan ke belakang. Tapi bila Ang jumpa rumput yang paling cantik, Ang tinggalkan kerana mahukan yang lebih cantik. Biasalah manusia, bila dah dapat yang cantik, kadang-kadang alpa, dan tak bersyukur dengan apa dia ada dan akhirnya, yang terbaik ditinggalkan ke belakang. Bila dah hilang, baru nak menyesal.

Taqdir pula ibarat masa yang cikgu peruntukkan pada kamu. Bila masa dah sampai, kamu pun bergegas mencari rumput yang paling cantik. Kadang kala dalam hidup, kita kena buat pilihan untuk melepasi satu ujian/dugaan/rintangan. Rumput ini adalah tanda yg Ang telah pun membuat PILIHAN setelah berusaha mencarinya. Ang juga yakin rumput itu adalah pilihan Ang, dan Ang akur akan pilihan itu, barulah Ang bawakan rumput ini kepada cikgu, kan? itulah yang dinamakan taqdir; bila kita telah membuat pilihan dengan yakin dan kita akur akan pilihan kita itu."

~~ walaupun awak bukanlah rumput yang terbaik dalam hidup saya, tapi awaklah PILIHAN muktamad saya, sebab saya yakin dan akur dengan pilihan saya ni. walau apapun yang berlaku, saya dah buat pilihan, dan saya takkan ubah pilihan saya.....~Lily Farhanah