Thursday, January 1, 2015

Selamat Datang 2015 (Harapan)




Selamat datang 2015...

Kuharap kau bawa harapan kembali senyum kepada semua.  


Tahun baharu tidak semestinya kita memperbaharui segala iltizam, memperbaiki diri, membina harapan dan impian sedang itu semua perlu kita lakukan setiap hari.  Jika ingin jadi orang yang beruntung maka perbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada hari kelmarin.  Jelas bukan jadi lebih baik daripada tahun sudah!  Setiap hari perlu berusaha jadi lebih baik bukan bila tahun baharu je azam tu ada.  Cukuplah tahun baharu ini, kita berazam untuk mendapat kehidupan yang lebih baik daripada tahun sudah.


Pada cik lily, tahun 2015 ini maknanya umur cik lily pun 25 tahun.  Dah pertengahan 20-an.  Impian kawin tu memang ada malah sering ditanya bila hendak kawin.  Tetapi bagi cik lily kawin bukan lakonan dalam drama akasia, kawin adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan impiannya ialah syurga.  Jadi secara jujurnya biarlah Allah yang tentukan.  Andai cik lily dah bersedia Allah akan mudahkan segala urusan itu. 


Harapan 2015- cik lily harap segala kedukaan dan kesedihan yang terisi sepanjang 2014 dapat diubati dengan kehadiran 2015 ini.  Cik lily sangat-sangat berharap MST akan buang ego dan hipokritnya.  Cik lily takkan tak mampu teruskan hidup dalam keadaan bermusuh dan segala persoalan dibiar tergantung tanpa jawapan.  Cik lily berharap MST berani berdepan dan menjawab segala persoalan cik lily.  Jika keputusan dan alasan MST betul dan tepat kenapa MST melarikan diri?kenapa tidak berani berdepan dengan soalan-soalan cik lily?cik lily tak tanya yang bukan-bukan.  Cik lily nak tanya kenapa buat begini kat cik lily! Tu saja. Cik Lily nak bina hidup baharu yang lebih tenang tanpa soalan yang tidak dijawab.

Kerjaya 2015- Sebagai cikgu, cik lily akan tingkatkan usaha, pelbagaikan cara, lebih kreatif untuk kejayaan murid-murid.  Cik lily akan berusaha mendidik murid-murid supaya bersedia hadapi UPSR dan kehidupan luar yang mencabar.  Cik lily tahu cik lily cikgu yang garang dan ganas.  Tapi kadang-kadang cik lily jadi cikgu yang mereng, unpredictable, rocker, kadanga-kadang jiwang.hahhaha...sabo jelah yer kome... cik lily akan cuba lebih efektif dalam tugas dan capai impian cik lily.  Semoga malas tidak berdamping dengan cik lily 2015 ni.hahhaha



Keluarga 2015-cik lily cuba berbakti kepada keluarga semampu cik lily.  Ada rezeki lebih cik lily bawa keluarga ke sarawak yer...

Sahabat 2015- semoga persabahatan kita akan terus terjalin dan utuh. Walaupun kita semakin dewasa dan ada kehidupan sendiri janganlah dilupakan sahabat.  Ada masa 2015 kita berjumpa lagi.  bawa anak suami bini kalau ada.hahahha

Adik Gina- semoga 2015 dapat mendewasakan adiq.  Adiq seorang anak yang baik, adiq  seorang rakan yang baik. Dan belajarlah untuk menundukkan ego kerana ego akan merosakan apa yang adiq miliki.  Adiq ada senyuman yang manis, bentuk badan yang cantik cuma tahun 2015 ni akak harap adiq lebih matang dalam penampilan dan pergaulan.  Diq, barang baik akan dibungkus elok2..siap tulis tidak boleh disentuhTapi cuba tengok barang lelong, sana sini orang sentuh.  Adiq fikirlah baik-baik.  Akak rasa adiq dah boleh faham maksud akak ni.  Kalaupun cik lily bukan akak adiq, cik lily pesan untuk kebaikan adiq bukan untuk sapa2.  Dan berhati-hati memilih calon suami kerana kebanyakan yang mengorat adiq orang yang tergoda dengan penampilan luaran adiq. Pilihlah yang menunjukkan cinta, hormat, dan setia menunggu.  Ujilah kesabaran, kebijaksaan dan carilah kelemahannya.  

Adik Gabie-semoga adik dapat posting di sarawak!!hahaha..tak de la,,akak punya firasat adik dapat kat semenanjung.  Selamat bekerja dan merasai gaji yang masuk ‘on time’ ikut tarikh bukan macam elaun lagi.  tunggu elaun sampai jadi penunggu.hehhee..Akak harap gabie bahagia dengan calon pilihan hati tu.  Jaga solat dan kuatkan semangat.  Lau benda tu ganggu lagi, meh tok bomoh waley atar mambang-mambang tok waley.hahaha... semoga 2015 ni, gabie lebih bersedia untuk cabaran sebagai pendidik.  Lakukan yang terbaik untuk jadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.



Untuk semua 2015- capailah cita dan impian mesti sampai ke bintang.  Tiada yang mustahil.  Doa mampu mengubah takdir.  Berdoalah.  Semoga kita semua berada dalam lindungan-Nya.