Hari tidak selalunya indah, hidup tidak selalunya
bahagia. Tak kala hati dilanda kedukaan
dengan bahagia yang dimungkiri, terluka dengan janji yang dikhianati, ada
sesuatu yang terbit dari hati yang kecewa.
Suatu yang sedikit demi sedikit memberikan kesembuhan kepada kelukaan
ini. Ya Allah, apa yang telah kau
aturkan untuk aku kali ini? Apa perancangan-Mu untuk hidupku ini?
Kau pinjamkan kepadaku kasih sayang mereka kemudian kau ambil kembali rasa sayang itu dalam diri mereka saat aku benar-benar menyayangi mereka. Harus kenapa tidak diambil juga kembali rasa yang ada hati ini agar aku mampu tersenyum seperti mereka yang meninggalkan aku? Apakah aku tidak harus memiliki bahagia sepanjang hidupku? Adakah aku hanya persinggahan kepada mereka saat mereka berasa asing dengan hidup ini? Atau menjadi dahan yang dihinggap sementara ketika mereka memerlukan kasih untuk berteduh? Kelak pergi meninggalkan aku tanpa pernah peduli dengan kasih dan pengorbanan yang telah kulakukan sepanjang persahabatan kita? Terlalu banyak persoalan yang bermain di benak. Terlalu rapuh hati untuk terus bertahan dengan kelukaan ini.
Kau pinjamkan kepadaku kasih sayang mereka kemudian kau ambil kembali rasa sayang itu dalam diri mereka saat aku benar-benar menyayangi mereka. Harus kenapa tidak diambil juga kembali rasa yang ada hati ini agar aku mampu tersenyum seperti mereka yang meninggalkan aku? Apakah aku tidak harus memiliki bahagia sepanjang hidupku? Adakah aku hanya persinggahan kepada mereka saat mereka berasa asing dengan hidup ini? Atau menjadi dahan yang dihinggap sementara ketika mereka memerlukan kasih untuk berteduh? Kelak pergi meninggalkan aku tanpa pernah peduli dengan kasih dan pengorbanan yang telah kulakukan sepanjang persahabatan kita? Terlalu banyak persoalan yang bermain di benak. Terlalu rapuh hati untuk terus bertahan dengan kelukaan ini.
kenapa tidak diambil rasa sayang dalam hatiku ini...kenapa!!!!! |
Pernah
dulu setelah puas aku meratapi kehilangan pelangi itu, aku memohon agar
diberikan ganti yang lebih baik daripada apa yang telah diambil-Nya. Benar. 'pelangi' yang hadir cuma seketika itu digantikan dengan si ‘bintang’. Namun ‘bintang’ semakin lama semakin
jauh, tidak setiap malam muncul
menemaniku hingga kadang-kadang aku tercari-cari kemana hilangnya ‘bintang’
ini. Tika aku menunggu ‘bintang’ muncul,
Tuhan hadirkan kepadaku ‘bidadari’. Ya, ‘bidadari’. Dia hadir menghilangkan segala kedukaan dan
kelukaan lalu. Hari demi hari, minggu
pun berganti. Bulan ke bulan, hingga
tahun bersilih tiba. Kasih sayang kian
bersemi. Segala cabaran dihadapi dengan penuh kesabaran. Setiap liku diharungi bersama-sama. Meski kadanganya ada perselisihan namun kasih
terus bertaut erat. Entah mengapa, ‘bidadari’
berubah hati. Tindakan yang tidak wajar
dilakukannya. Jangan dibakar kelambu
jika marah diganggu nyamuk. Pedih dan
perit menimpa diri. Panas kusangka ke
petang rupanya hujan di tengah hari.
Kasih yang kuberi racun yang kau balas.
Seolah-olah tiada berguna apa yang telah dilalui selama ini. Hancur tiada berupa hatiku ini.
Sendiri aku tidak tahu bagaimana dapat kupulihkan hati yang kau hancurkan ini.
Kuberdoa,
kumeminta kepada ilahi semoga persahabatan yang telah terbina ini kekal utuh
sepanjang hayatku. Sungguh aku tak mahu
lalui kehilangan lagi. Cukup dengan yang
sudah. Sekali lagi kulalui jalanan sepi,
yang cukup diri ini kenali. Kusangka dia
yang kucari telah kujumpa namun dia akhirnya membunuhku. Seperti yang kujangka terjadi, tewas sekali
lagi menambahkan luka yang sudah ada.
Benar. Aku pernah menyangka ini akan terjadi, tapi kupujuk hati yakini
dia dan janjinya.
Sendiri aku tidak tahu bagaimana dapat kupulihkan hati yang kau hancurkan ini.
kau pergi tanpa peduli aku yang kau tinggalkan |
Apa perancangan-Mu tuhan? Kau hadirkan dia dalam hidupku. Cukuplah dengan apa yang telah kulalui sebelum ini. Aku tidak ingin terluka lagi. Tak ingin mempercayai janji mereka yang menghulurkan kasih lagi. Cukuplah dengan apa yang telah tejadi. Biarkan aku sendiri lalui jalan ini. Membina kasih itu cukup sukar tetapi meruntuhkannya amat mudah. Daripada membina harapan baharu lebih baik aku terus melangkah walaupun sepi.
Tapi
kenapa hadir dirinya dalam diari hidupku?
Dia cukup istimewa. Adanya
‘Pelangi’ dalam dirinya. Keprihatinannya
terhadap aku mengingatkan aku kepada ‘pelangi’ yang telah hilang. Kadangnya aku tidak menyangka perkenalan yang
singkat membuatkan dia cukup prihatin dengan aku hingga aku seringkali
meraguinya. Tapi setelah kuintai
dirinya, nyata itu sikapnya.
Prihatin. Dalam dirinya juga ada ‘matahari’. Yang menyinari hari-hariku dengan cahaya
kasihnya. Kejujurannya seperti
‘matahari’. Apakah aku perlu percaya
terhadap kejujurannya? Sedang aku baharu mengenalinya? Tanpa kusangka, semakin aku mengenalinya
semakin terlihat adanya ‘bintang’ dalam dirinya. aktif tapi manja. Happy-go-lucky dan sangat ceria. Namun disebalik keceriaannya itu, ada suatu kesedihan
yang terlindung. Dirinya juga persis
‘bidadari’. Mempunyai magik
menghilangkan kesedihan dan kedukaan.
Memberikan kegembiraan dan semangat baharu. Seperti ‘bidadari’ dia juga menghulurkan
kasih sayang. Apakah semua ini? Ya Allah, apa perancangan-Mu untuk ku
ini? Dia memiliki kesemua sifat mereka
yang telah pergi meninggalkanku. Segala
sifat yang membuatkan aku rasa disayangi dan menyayangi. Apakah dia juga akan pergi meninggalkan aku
seperti mereka?
Adakah aku
perlu berhenti berharap dan menutup setiap ruang hati daripada menerima sesiapa
lagi sebagai sahabat dan teman? Kerana kelak dia juga akan meninggalkanku. Pengalaman dan perjalanan yang sering aku
lalui. Ironi kehidupanku. Harus bagaimana lagi perlu kulakukan. Meneruskan, menerima atau melangkah pergi sebelum
persahabatan terus terjalin? sahabat dan teman berbeza daripada kawan apatah lagi kenalan.
“Kamu yang jauh dimata tapi dekat
dihati, jangan pernah dekati hidupku lagi.
Aku tak ingin mencatat kesedihan dan menambahkan kehilangan dalam diari
hidupmu. Teruskan hidupmu dengan apa
yang telah kau miliki sebelum kau mengenali aku. Di situ ada kebahagiaanmu. Di sini aku akan terus mendoakan kebahagian
dan kejayaanmu untuk di dunia dan di akhirat. Meski aku menjauh dari hidupmu,
tapi aku akan tetap melihatmu dari jauh.
Melihat kau tersenyum girang dengan mereka di sisimu cukup membuatkan
aku bahagia. Indah senyumanmu dan sinar
mata bulat. Kamu? Bila kita sayang seseorang kita mesti nak dia
bahagia walaupun bukan dengan kita. Dan
apabila seseorang merahsiakan sesuatu yang boleh membuatkan kita risau apabila
mengetahuinya, jangan pernah marah dengannya. Dia terlalu sayang kamu dan tak
ingin kamu bersedih. Apatah lagi membuat
kamu risau. Terima kasih kerana sudi
menyapa diri ini yang terlalu banyak kekurangan. Maaf, apa yang telah terjadi membuatku hilang
kepercayaan kepada sesiapa lagi.
Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia. Terima kasih untuk setiap sikap baikmu
untukku biarpun seketika. Kau terlalu
istimewa untukku. Teruslah tersenyum
indah disepanjang perjalanan hidupmu.
Doakan aku.”
Tinta ini
untuk mereka sahabat-sahabat terindah yang pernah hadir dalam diari
hidupku. Hati penuh misteri. Sayang itu bukan hanya kepada teman lelaki
sedang dia belum pasti menjadi yang sah untuk disayangi. Aku sayang sahabat-sahabatku lebih daripada
hatiku sendiri. Sampai mati aku sayang
kalian.