Entah kepada siapa perlu aku luahkan...
hingga kini tidak pernah
putus, aku mengadu beban di hati ini kepada Yang Maha Mengetahui...
Sungguh sulit untuk aku
merahsiakan cerita ini daripada kamu...kerana aku tidak pernah sembunyikan apa2
daripadamu...
Hendak aku luahkan bimbang kau
semakin risau...
namun untuk kurahsiakan,
Katamu aku mulai berubah watak...
aku semakin cepat marah...
terlalu sensitif...
mahukah kau tahu aku sendiri
tidak menyedari perubahan itu
Sebelum ini aku fikirkan sememangnya mood wanita itu yg mpengaruhiku...
dan sangkaku semua jangkaan
'beliau' tidak benar...
tapi teguran kamu tentang
sikapku
membuka mataku tentang apa yg
telah 'beliau' nyatakan kepadaku tempoh hari...
mungkin benar....
tapi rasa itu perlu aku
sembunyikan daripadamu...
aku risau...risau smakin hari
semakin serius...
jangan dihinggap pada nadi
nyawaku...
jangan disinggah menjadi punca
hilang nyawaku...
acap kali aku lontar pandangan
mataku jauh ke luar jendela
membayangkan masa yang
tersisa...
sedang engkau makin berubah
dari dahulu...
menggangu nafasku...
menjadikan jariku bergetar
secara involuntari
membuatkan aku sentiasa memburu
mencari
pengisi ruang makananku...
semua itu kerana
'dia'...
'dia' mengganggu lena malamku,
maafkan aku kerana 'dia'
Maafkan aku andai waktu yang tersisa ini
'dia' mengganggu lena malamku,
maafkan aku kerana 'dia'
tapi saya tidur dengan lena di sisimu..heee |
Maafkan aku andai waktu yang tersisa ini
aku coretkan dengan seribu
luka di hatimu
kerana amarahku atau
sikapku...
maafkan aku kerana aku tak
mampu katakan
apa yang aku rahsiakan...
biarlah MASA menjawabnya
untukku nanti...
untuk kini cukuplah dengan apa yang telah kuketahui...
dan kau ketahui...
untuk kini cukuplah dengan apa yang telah kuketahui...
dan kau ketahui...