Friday, November 11, 2011

SiNopS!s Aku Bukan Tomboy


Aku Bukan Tomboy
di pawagam 17 Nov 2011



Aku Bukan Tomboy telah dilancarkan pada September tahun lalu di Dataran Karyawan Finas di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.  Aku Bukan Tomboy ini adalah terbitan Skop Productions.  Skrip asal filem Aku Bukan Tomboy, ialah hasil tulisan Yusof Haslam bersama Syamsul. Rasanya ini kali pertama Syamsul mengarahkan filem genre komedi romantik. Kos pembikinan termasuk promosi dianggarkan sebanyak RM1.6 juta. Lokasi penggambaran filem ini di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.Menurut Syamsul filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya.

“Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,”kata Syamsul.
“Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.
Shaheizy pula menghidupkan watak Salesman (Harry) yang gila-gila. Dia juga berperanan sebagai pencabar utama Burn dalam merebut cinta Farisa @ Eisha. Untuk OST atau lagu-lagu yang terdapat dalam Aku bukan Tomboy pula menggunakan ciptaan James Baum.
Pelakon yang menjayakan filem Aku Bukan Tomboy ini adalah Harun Salim Bachik,Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina and Syamsul sendiri.

sINOPSIS aKU bUKAN tOMBOY:

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.