Saturday, September 10, 2011

Siapa Wanita Cantik?





Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU


1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.  InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak.  kalau benar-benar seorang wanita itu   mampu melalui masalah yang dihadapinya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.  kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.  Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.  Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.  Dan dia  tetap tertawa menutup segala kesedihan dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.  Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.  Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.  Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.  Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA.  Dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.  Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.  Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA...






BUBYE...salam kasih cinta dan sayang tuk semua...

Thursday, September 1, 2011

Mengharap bintang~Ezad Lazim



Mengharap bintang by Ezad Lazim


Remuk remuk jantungku
Sakit sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Sunyi hidup tanpamu 


hembusan bayu pun kedengaran  bila kau tiada di sisiku







Sungguh perih hidupku 
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu
 


walau perih...aku akan terus menantimu hingga akhir waktuku




Kurindukan dirimu
Rapuh hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku
 



andai hanya dalam mimpi kita dpt bertemu..
aku hanya ingin trus lena

Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku 



pilunya hatiku saat hilang dirimu dalam hariku


Tuhan tolonglah diriku

Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku
 

biarkan aku di sini..krn aku ingin trus menunggu dirinya...
Tuhan tolonglah diriku
Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerana dia hidupku 




kembalikan dia dalam hariku...huuuuu








Tuhan tolonglah diriku

Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku 



Tuhan tolonglah diriku
Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun kutunggu
Kerana dia hidupku


Tuhan tolonglah diriku.. sampaikan rinduku ini kepada dirinya...
~~moga dia bahagia dan baik2 aja



~~lagu yang melambangkan suasana hati ketika ini...entahlah..aku tak pasti lagu ini untuk siapa...mungkin kepada bintang... masih berharapkah aku kepada dia???tapi kenapa?? bukankah aku sedang belajar untuk hidup tanpa hadirnya lagi?? dan dia menjauh kerana kehendakku...owhhh... kenapa ada semua ini !!!   dan andainya dia kembali..dapatkah aku menerima dia seperti sebelumnya sedang terlalu banyak luka dan dia tidak pernah pelajari daripada kenangan lalu... 


~~mungkin juga lagu ini untuk teman baru yang sedang aku      rindui... amat rindu rasanya hatiku tanpa hadir dirinya dalam   hariku...heeee..... sunyi tanpa dia... aduhhh...banyaknya rindu     untuk dilepaskan... ingin sahaja aku menjerit agar dapat aku     luahkan rasa di hati ini yang kian berkumpul dan semakin        banyak... hari demi hari... rasa ini semakin brtambah...arghhh... tuhan tolonglah kembalikan dia dalam hari-hariku..sungguh    aku rindu gelak dan tawanya... yang sering menceriakan           hariku.... 


Mengharap bintang~~~

bye bye