Saturday, April 30, 2011

DEMI CINTA ALLAH

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta.   Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.



Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. 

Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut.

Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.



"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."




Kadangkala aku juga terkhilaf...

Thursday, April 21, 2011

Hello Kitty Airlines

Wahhhhhhhhh,,,,sungguh xkusangka..rupanya...Hello Kitty pon dah menerjah awan...Hello Kitty Airlines la...fuyoooooooooo...Hello2...airlines ni...kat Taiwan jek...


wahhhhhh,,,,

Memandangkan ikon Hello Kitty ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Taiwan dan Jepun..maka Syarikat kedua terbesar di Taiwan iaitu Eva Air telah melancarkan Hello Kitty Airline untuk penerbangan antara Taipei, Tokyo dan Fukuoka dengan Airbus A300-200 yang sememangnya telah dikhaskan untuk jenama Hello Kitty ini.


ohhh...seronoknya...dapat nek Hello Kitty Airline ...
Hampir keseluruhan kapal terbang ini dilengkapi dengan tema Hello Kitty...dari corak luar sampai la ke dalam..semuanya bertemakan Hello Kitty. ..  opsss...makanan pon tema Hello Kitty au...hahahhaha



Korang nak dapat gambaran bertapa Hello Kittynya kapal terbang ni???meh aku tunjukkan...hmmmmmmmmmmmm




Hello Kitty Economy Class Air Ticket

Hello Kitty Premium Class Air Ticket


 so,,,ini dia Hello Kitty Eva Air di Taiwan



 ala...sweeeeeetnye maskot Hello Kitty ni....
                                          haaaaa...ini awek2 cun pramugari Hello Kitty Airline ni.,..


 menu pon Hello Kitty...




 yoooooooo...set makanan bertemakan Hello Kitty....





so...ni lah...apa yg leh ditunjukkan....pape pun...ni juz tuk fan Hello Kitty jek..sape2 yg xberminat,...jgn mngade-ngade nak complaint ek...

Sunday, April 17, 2011

Filem Sekali Lagi





30 Jun 2011 di pawagam ;)




Sinopsis Filem Sekali Lagi
Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme kerana ibunya selalu berkata sedemikian. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya.  Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan Farina(Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah ini.


jap2...aku 'writing' lak...ehem2...eeeeeeeeee

Arman (Shaheizy Sam) is a patient who believes that he is suffering from autism. He is taken care by his mother (Kartina Aziz) and his uncle (Alex Yanz) after his surgery. He is married to (Shasha Zurazie) who happens to be his mother’s choice. One day, Arman was blackmailed and Amy’s (Mia Sara Nasuha) presence saved Arman. Since that day, they became good friends until Amy’s mother, Sheila (Lisa Surihani) finds out about their friendship. Sheila became very angry and prohibited Amy from meeting Arman. Why is Sheila doing this? Everything will be answered in this beautiful romantic film.


fuhhh..berpeluh..nak 'writing' ni...hahhaha


amacam????ok x???hahhaha...mesti ko pikir aku google translate kan???huhhh... 



Ishhh..jarang cerita lebih-lebih lagi filem ade nama FARINA....Hurmmm...farina oh farina...makin kembang bila disebut namanya lam filem ni..nak2 Sam lak yg memanggilnya...peweeeeeeeeeettt...terasa cam diri sendiri yg dipanggil...


so...korang nak taw sape shasha zurazie yang jadi bini Sam ni???meh...tgk biodata si dia ini...jeng jeng....hahaha



yang sebelah kanan tuh shasha...jgn cakap yg sebelah kiri tuh plak...tu lau xkenal...huuuihhh jgn duk malaysia ar...hahhaha...ok2...

Shasha
Nama Penuh : Shasha Zurazie Binti Salman
Tempat Lahir : Johor
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon
Kemahiran : Berlakon
so...korang kenal x dia ni???antara lakonan dia lam drama melayu..hummmm...drama Takut Bini Sayang Suami..ala yang pegang watak Lizawati...yg ade salon tuh,,,,xcam???mohhh..aku bagi senarai ni...

DRAMA - Suspek (Best friend Aeron Aziz) - Pesona Bintang (Best Friend Sara) - Cuci-Cuci Services (Fatimah) - Misteri (Sara) - 3R (Budak Sekolah) - Epilog Syurga... Cinta (Pischa) - Takut Bini Sayang Suami (Lizawatie) - Jangan Pandang Belakang Congkak The Series (Erra) FILEM - Cinta Yang Satu (Gadis Litar) - Sekali Lagi (Farina) - Flat 3A (Ratna) - Papa I Love U (Skandal) IKLAN - Telekom - Levis VIDEO KLIP - Bored & Sick Bout You FILEM PENDEK (Projek Uitm) - Ikan Kekek (GF Farid Kamil) - Vogorious ( Linda) - Matawang TEATER - Monolog King Oedipus (King Oedipus) - Macbeth (Lady Macbeth) - Puteri Tenun (Permaisuri Kekwat Chahaya) - Uda dan Dara (Dara) - Alang Rendak Seribu (Badariah) MAJALAH - Media 2010 Cover Ziana@Anuar Zain (Slot Bakat Baru) - Mangga 2010 Cover Dato Ct.Nurhaliza (Slot Artis Baru MIG) - Ucapan Istimewa dan Kongsi Pengalaman dibulan Ramadhan@Syawal bersama Shasha Zurazie (Kosmo Online,Hello On Two & Wanita Hari Ini) 

apa macam???kenal???hummm....


Ni antara gambar2 pelakon dan yang berkaitan dengan nya...hehehhe

kawan baharu Amy dan Arman


 ala...sweeeeeettt nye,,,
hero malaya baharu..hhehehe
Arman(sam) digambarkan berusia 24 tahun, tetapi berperangai seperti kanak-kanak usia lapan tahun. “Dia seorang yang lurus, tapi bukan terencat akal.


***

Sedikit tentang keseluruhan cerita ini... 
Filem ini mengisahkan kehidupan Arman dan Shila sebelum, semasa dan selepas perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh kedua-dua buah keluarga.  Pertemuan di sebuah kedai buku telah mengubah kehidupan Shila dan Arman.  Mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan kerana cinta itu juga membuatkan mereka lalai tentang sekolah.  Shila dan Arman sering ponteng sekolah kerana asyik keluar bersuka-ria bersama.  Akibat itu, ibu Arman dan ayah Shila melarang keras hubungan mereka ini.  


Tak sanggup melihat Shila di pukul oleh ayahnya, Arman nekad untuk berkahwin dengan Shila walaupun keluarga mereka tidak merestui hubungan mereka itu.  Arman berjanji akan menjaga dan melindungi Shila sampai bila-bila kerana sayangnya terhadap Shila.


***


Beberapa bulan setelah perkahwinan mereka, ayah Shila pun meninggal dunia.  Dalam kesedihan dihalau oleh abangnya sewaktu dia menziarahi jenazah ayahnya, Shila menerima satu lagi tamparan besar dalam hidupnya. Tanpa disangka, Arman bertindak untuk keluar dari rumah dengan alasan ingin menjaga ibunya yang sedang sakit.  Shila begitu terkejut dengan tindakan Arman itu.  Memang benar perkahwinan mereka menemui kesukaran.  Walaupun Arman cuba membuktikan dia mampu membina keluarga yang bahagia dan senang namun, dia menemui kesulitan dalam pekerjaannya.  Hal ini kerana keadaannya dulu yang kaya raya membuatkan dia tidak mampu menyesuaikan diri dengan kesusahan hidup.  Sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu, dia telah menceraikan Shila dan terus berlalu bersama seorang perempuan yang tidak shila kenali.


***
Setelah peristiwa 5 tahun itu berlalu, Arman bertemu dengan seorang budak perempuan yang berusia 5 tahun bernama Amy.  Arman sudah tidak seperti dulu.  Perangainya seperti kanak-kanak 8 tahun dan masih tidak tahu menguruskan dirinya.  Ibunyalah yang menguruskannya.  makan dan minum dijaga oleh ibunya malah ibunya juga yang memakaikannya pakaian.  Walaupun begitu, atas alasan tertentu ibunya akan mengahwinkan Arman dengan Farina iaitu seorang guru tuisyen peribadi Arman.  Amy dan Arman menjadi kawan rapat sejak suatu peristiwa.  Mereka sering keluar bersama dan bermain bersama.  Mereka juga selalu makan aiskrim dan menjadikan taman mainan sebagai lokasi perjumpaan mereka.  Arman sering mengadu masalah dengan Amy. Dan Amy pula akan memberikan nasihat dan cadangan kepada masalah Arman itu.  Begitulah keakraban mereka.  Namun, hubungan mereka ini tidak disukai oleh Shila.  Shila melarang keras Amy daripada berjumpa dengan Arman lagi.


***
Arman sebenarnya adalah bapa kandung Amy.  Dan pemergian Arman dulu adalah kerana dia berkorban demi kebahagiaan Shila.  Tumor yang ada di bahagian kepalanya mempunyai risiko yang sangat tinggi.  Sekiranya pembedahannya berjaya dia tidak akan menjadi normal seperti biasa.  Hidupnya akan berubah.  Kerana tidak ingin Shila hidup susah dengan keadaannya dia sanggup membohongi Shila seolah dia mempunyai wanita lain.  Pengorbanan itu tidak pernah diketahui oleh Shila hingga Shila membenci akan Arman kerana pergi meninggalkannya dulu.  Segalanya terbongkar apabila ibu Arman menceritakan semuanya kepada Shila.  Tetapi jodoh antara Arman dan Shila hanya 5 tahun yang lalu, walaupun dihati Shila masih ada sayang terhadap Arman namun, segalanya kini sudah berubah.  Arman bukan seperti dahulu lagi.


***
Dan akhirnya, Shila tetap dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Haris walaupun sudah  beberapa kali Haris meminta kepastian Shila dengan keputusan itu.  Kehidupan mereka Arman, Amy, Shila, Haris dan ibu Arman tetap bahagia walaupun Arman hingga kini masih mengganggap Amy itu anaknya dalam permainan pondok-pondok...



Friday, April 15, 2011

Terus melangkah tanpa berpaling,,,

 Persis air sungai

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya.
Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.



Alunan Hidupnya
Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya, dan ia dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata.
"Pesanan apa yang hendak kusampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin kutitipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini; jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini."



Umpama Sungai yang Mengalir
Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa, putus asa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dan yang diimpikan, jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji sama ada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan.
Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Jangan Berbalik Arah
Saat api padam, mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah kalah. Mari kita belajar dan lihat dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di hadapannya.

Kita juga boleh belajar daripada prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun. Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. Namun percayalah You don't know what the future holds, but you know Who holds it.





Thursday, April 14, 2011

Bila Suami minta kawin lagi

..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan

dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi... 

Wednesday, April 13, 2011

Surga Cinta-Ada Band

Terdiam…..
Hanya bisa diam
dingin menyerang… di sekujur tubuhku

layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
meneduhkan lamunan
masih jelas terlihat, pesona ayumu
masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh

reff:
inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua

perlahan bawa smua tanya
satu bersama langkah di taman ini

terangkai bunga tanda cinta murni adanya
tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh….




reff 2:
dimana aku sedang berada mengapa sendiri
lari telanjang
tanpa seorangpun yang akan peduli

reff 3:
terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya

aku sepi tanpa hadirmu



Tuesday, April 12, 2011

suatu ketika...


detik bersama
 awak selalu wat cam ne kat saya ...hahhaha


setiap detik sy ade tuk awak...

detik2 kita bersama...sama2 tingtong..hahhaha
 
terima kasih dengan kehadiran awak


walaupun kita pernah TER luka dan TERkilan...

dan kita juga pernah bergaduh~~~

tapi...akhirnya kita tetap bersama


 

 thanx 4 de memories sis :)

HADIR DIRIMU
Dari mana detiknya itu adalah persoalan
Yang terbit dari hati yang tidak pasti
Kerana yang berlaku terlalu pantas
Aku dan dia kini semakin akrab
Dan ikatan antara kami mula terjalin

Dia kini di dalam diari hatiku
Yang tak mungkinkan terpadam buat selamanya
Saatku tersungkur dia ke depan
Saatku berduka dia ceriakanku
Saatku keseorangan dia menemaniku
Dia pendorong aku di saat sukar
Dia mengerti di saat aku ketawa
Itulah dia yang hadir dalam hidupku

Hari-hariku semakin ceria
Seolah di sinari mentari pagi
Indah dan menenangkan dengan
Sinarnya embun di dedaunan kian menghilang
Semoga sinar ini akan berpanjangan
Walau tibanya awan mendung
Berjanjilah kau akan kembali menyinari
Selepas hujan membasahi dedaunan ini.


CREATED BY
ADIKLA

pergilah duhai bintang-bintang
berikan senyuman kepada mereka


Beliau ~~~ hmmm....bernama Nur zehan....kakak saya...kakak yang amat sy sayang...sayang sampai bila-bila...bila-bila pun dia tetap akan ada dalam hati saya...saya akan ingat ea walau di mana pun saya berada...berada jauh darinya bukan alasan untuk lupakannya...lupakannya umpama lupakan perjalanan hidupku dalam mencapai cita... 


Suatu ketika :   


 februari 2009 ketika 15minit sebelum blackout di asrama..9.15 mlam...aku berada dlam biliknya.B 412...
tika itu ea meminta nombor telefon ku... untuk apa???aku pun tak pasti.... dan dia juga meletakkan nombor telefonnya ke dalam phne Nokia 6030 aku...


"Eh...baik awk balik bilik sekarang, nanti 9.30 mlm ni...xde elektrik!! T takot plak nak balik bilik..." ujar cik zehan sebaik melihat jam menunjukkan hampir pukul 9.30 mlm... aku hanya mgangguk dan balik ke bilkku yang berada betol2 di tgkat atas biliknya..hehehe..B512...


Dek kerana xde bekalan elektrik malam tuh...aku dan rakan2 yang lain pon tido awal...seingat aku..malam itu, Saerah pon tido di bilikku...hhehehe... Tapi sebelum tido..aku menghntr msj kepada kak Zed... just msj selmt mlm...itu pon sebb aku tertengok nama K.Zed Comel dalam senarai panggilan dlm phne aku tuh...barulah aku tahu..ea ltk no ea...hehhehe... lawak jugak... comel????hehhee


Dan msj aku itu dibalasnya... ini msj yang dibalasnya...


Senyum
nangis
marah
boring
bangga
lapar
gembira
hairan
tido
apa jua MooD sy, sy sentiasa ingat kat awak...
awk je x ingat kat sy...


Mesej ini masih tersimpan dlm phne tersebut dan takkan pernah dipadamkan..krn itu adalah kenangan..detik mula keakraban kami....hehhehee


Bermula msj mlm itulah..kami terus berutus msj...pagi,,,tenghari,,,petang dan malam... DULU, biasanya dia akan msj.... ' Dik,watpe? "... dan dr msj mula dia itulah kami akan berbls sms....


5 mac 2009-Bukit Jalil
Di sinilah mulanya kami bermesra...kih3....kami bergambar bersama-sama...makn sama2...dan dia juga blja aku aiskrim...hehehhe.... thanx Bukit Jalil...


memori pertama bersama :)

gambar pertama kita berdua :)


gambar pertama yang awk Bluetooth ke k660 sy...heeeeeeee


lagu pertama yang awak berikan kepada saya~~~tercipta untukku

Kusangka panas hgga ke petang rupanya hujan ditengah hari... tiada pernah diduga...dugaan dan cabaran tiba menguji persahabatan kami...  dan airmata sering membasahi pipi... saat aku mula yakin dan percaya dengan dirinya... dia seakan menarik diri...memungkiri janji yang pernah diberi...


"k.Zed lain...juz wait n see"... kata2 ini membuka hatiku untuk memprcyai lagi kata "sayang"....tindakannya juga menambahkan lagi keyakinan aku dengan kata2nya itu...dia sggup pergi ke klas lebih awl drpd biasa semata-mata utk melambai aku sblm bertolak ke Ayer Keroh utk aktiviti luar...  dr dlm bas...aku jels melihat dia trus berdiri di luar klsnya dan menanti bas aku bertolak dan menjauh dr pndgan matanya....dia mbuatkan aku terharu dan memberi pluang untk mengenali lagi rasa sayang drpd seorg kakak...cabaran dan dugaan hadir dan kita tidur dlm dilemma....kita memandang bintang yang sama mgharapkan mereka mengerti tentang erti rasa kasih yg ada antara kita... kau diam sembunyikan diriku dr hidupmu...aku pula keliru dgn lakumu...tapi itu semua sudah berlalu...dan KINI msih ada kau dan aku...masih tetap kakak dan adik...masih bersama jalani hidup di sini...hingga akhir nanti...aku akan sendiri...




2010~~ antara duka dan tawa... pada awal tahun ini.. kita berselisih faham pula... punca???hmmm... biarlah... name pon citer lame...jgn diungkit lagi...


Tahun ini..kita celebrate bday kita sama2 buat kali pertama...akak blja saya main2 kat Sunway Lagoon... thanx taw... tapi sy bg adiah bday akak lewat kan?? saja... sbb ...ermmm..biarlah...


tapi saya bagi akak tukul mainan kan???ngat x???hehhee... dan album...sbb sy tgk akak suka ltk gambar dlm album...  


holiday kita yang pertama
dan mungkin yang terakhir...
adik taw akak suka kartun ni..
jadi adik lukiskan untuk akak :)
antara kenangan kita~~
jog kat taman jaya...hehhee

kita suka makan piza sama :) gerrrrrrr


KINI ~~ 2011...  


Perjalanan aku dan dia akan terhenti di sini...perjalanan ini yang menemukan kami dan perjalanan ini juga memisahkan kami...  kerena ini adalah kehidupan , pertemuan dan perpisahan itu pasti...cuma hati sseorang yang dinamakan insan itu pasti akan bersedih saat tiba perpisahan itu...  


pasti akak akan lupakan adik....
Beberapa musim kita telah bersama... suka dan duka... senda dan tawa... ke sana sini kita berdua...bagaimana nanti bila akak tiada??? akak yang sedia menemani adik ke situ dan ke sini ...bila akak tiada..harus adik bagaimana nanti?? sendiri...??  

adik kne jalan sorang la pas ni???hurmmm


lau hujan??? hmmm..ok adik guna payung....


tapi lau..adik di kejar macam ni???
sape nk tolonggggggg...

Sampai di sini sahaja aku coretkan istimewa untuk dirimu yang kuanggap sebgai kakak... tiada lebih tiada kurang... aku adikmu.dan engkau kakak~~~ heheheh


aku adikmu dan engkau kakak...ku amat merindui kamu..woahwo,,,~~~

~ to be continued....


busy taip cerpen plak....huhh!!!
stress !!! stress


ok la...bye bye semua....


3 september 2011~ citer ini kembali bersambung...dah citer kami bagaikan sudah berakhir sebelum masanya tiba...hmm... benarlah,,,kita hanya merancang tuhan yang menentukan... harapan hubungan kekal hingga akhir usia... rupanya... berakhir sudah di sini... kata orang hubungan adik dan kakak xkan terlerai..tapi???? mungkin kerana ombak dan bintang jaraknya terlalu jauh dan sukar tuk bersama..


hancur sudah semuanya...bagaikan tiada kenangan kita bersama~~



bersambungkah citer ini???hmm...perlukah sambungan itu....entahlah.....


p/s post ini bukan untuk menyakiti lagi hati akak..bukan juga untuk perli akak...tp sekadar luahan hati yang xpernah akak dgr sebelum ini... maaf kalau itu silap saya...ok???