Telah kita tempuhi semusim lagi
laluannya sukar tak seperti diimpi
titisan mutiara sering membasahi pipi
peritnya harus jua ditempuhi
kelak dapat menabahkan diri
Liku kehidupan sukar dimengerti
adanya cabaran menguji diri
menguji persahabatan yang terjalin ini
hati terluka terasa pedih
terkilan dengan situasi yang terjadi
namun,
kerana sahabat jalinannya kejujuran
sahabat sejati hatinya tulus suci
puji tegur hati sudi menerimanya
Biar berduri jalan ini
biar diri terluka dengannya
kujalaninya dengan tabah
kerana disisiku adanya kamu
kamu yang memberikan kedukaan
kamu yang memberikan kegembiraan
kamu untukku adalah sebuah kehidupan
Sahabat
apa yang terjadi telah terjadi
tiada guna kita bersedih lagi
yang pergi biarkan pergi
biarkan dia dengan haluan sendiri
doaku agar kita tetap bersatu hati
walau dikunjungi badai
kasih antara kita akan mekar bersemi
CREATED BY
AdikLa
No comments:
Post a Comment