Sunday, January 30, 2011


So umurku meningkat satu angka lagi...dulu aku takut dan sedih kerana bakal menjejakkan kakiku ke alam 20 thun tapi...aku terus melangkah dan kini ke angka 21...fuhhh..macam-macam dugaan dan rintangan serta cabaran yang aku lalui dalam umur 20 ni...pahit manis...selih berganti..terluka dan terkilan sering menyapa hati...Namun perjalanan ini harus aku tempuhi jua...walau berliku dan beronak...kerana aku tahu akan ada cahaya yang menanti aku dipenghujung lorong perjalanan ini...dan sepanjang aku lalui lorong dan perjalanan ini teman sejati setia menemani...Syukurku kerana perjalanan yang berliku ini menemukan aku dengan teman sejati yang sentiasa ada bersamaku tika susah dan senang.Cabaran dan dugaan yang hadir dalam hidupku ini menunjukkan aku siapa kawan..siapa sahabat..siapa teman...Terima kasih dugaan kerana kau hadir menguji kesabaran dan kebijaksanaanku...Terima kasih cabaran kerana hadirmu menemukan aku dengan teman yang masih bersamaku tika aku ditamumu...TERIMA KASIH...kerana cabaran dan dugaan hadir bagi mendewasakan aku...Pengalaman adalah guru yang terbaik...

Wah...umur 21 ini terasa aku makin dewasa...DEWASA???arghhhhhhhhhhhh...tidakkkkkkkkkkkkk...xpe,,aku tetap adik kecik buat La dan Kak Zed..hehehe..kan kakak2???hmmmm...lov u ... So...melangkah ke alam 21 ni..aku akan cuba yang terbaik dalam menjalani tahun ini...cabaran tiba untuk menguji kekuatan dan ketabahan diri ini dan aku xkan cepat untuk melatah dengan apa-apa yang dugaan yang menimpa diri. Insyaallah...pengalaman lalu menjadi pengajaran buat aku ...


Harapan...
Aku harapkan setiap apa yang bakal berlaku nanti mampu aku tangani dengan sebaik mungkin berpaksikan kebijaksanaan berpandukan keimanan....Insyaallah...aku xkan ulangi kesilapan dulu lagi..dan aku berharap akan tetap punya teman yang menemani perjalanan ini...

No comments:

Post a Comment