Tuesday, January 4, 2011

Halalkan Epal Itu

Ini satu cerita benar pada zaman para sahabat nabi suatu ketika dulu...mungkin ada antara kita yang pernah mendengar cerita nie tapi tak ape la...saya saja nak cerita kat sini.....begini ceritanya : ada satu hamba allah nie berjalan di tepi sebatang sungai , setelah penat berjalan dia duduk di tepi sungai , tiba-tiba dia ternampak sebijik epal yang hanyut lalu dia mengambil epal tersebut dan makan , setelah habis makan tiba-tiba dia terfikir tentang tuan punya epal, mesti ada tuan epal ini , kata hamba allah itu tadi...dia pun rasa sangat bersalah sekiranya dia tidak minta izin untuk makan epal itu , kemudian dia menyusuri sungai tersebut untuk mencari siapa punya epal itu , setelah jauh berjalan dia terjumpa sebuah ladang epal yang sangat luas dan besar....kemudian dia tercari-cari siapa tuan empunya ladang tersebut...tiba-tiba dia disapa seorang tua iaitu tuan empunya ladang epal , lalu hamba allah itu tadi bercerita dan meminta izin kepada tuan empunya ladang yang beliau telah makan sebijik epal yang hanyut....lalu tuan empunya ladang itu cakap aku tak halalkan , jadi hamba allah itu tadi merayu-rayu dan berkata dia sanggup buat apa saja asalkan tuan empunya ladang epal itu halalkan epal yang dia makan....lalu tuan punya ladang epal cakap , kamu dikehendaki berkerja dengan aku selama sepuluh tahun....lalu pemuda itu berkata saya sanggup asalkan tuan halalkan epal yang saya makan....

Setelah 10 tahun penat berkerja , pemuda itu sekali lagi bertanya kepada tuan punya ladang...adakah sudah dihalalkan sebijik epal yang saya makan 10 tahun lalu ? lalu jawab tuan punya ladang 'belum....masih ada lagi satu perkara yang harus kamu lakukan baru aku halalkan ....pemuda itu dengan penuh debaran menanti apakah yang akan tuan empunya ladang akan cakapkan kepadanya...kamu harus berkahwin dengan anak dara aku....pemuda itu gembira dan tersenyum...lalu dipintas oleh tuan punya ladang 'tetapi anak aku lumpuh segalanya...mata buta , tangan kudung , kaki kudung , telinga pekak , jadi bagaimana?' tanya tuan punya ladang. Lalu pemuda itu bersetuju untuk menjadi menantu kepada tuan punya ladang semata-mata untuk menghalalkan epal yang beliau makan 10 tahun lalu....lalu pemuda itu berkata ' mungkin itu adalah jodoh aku yang terbaik....

Setelah berkahwin , malam pertama pemuda itu ingin masuk bilik pemuda itu memberi salam , lalu ada suara yang menjawab 'waalaikumsalam...terkejut si pemuda itu tadi , di hulurkan tangan untuk salam , tangan nya disambut mesra , telinganya sempurna , kakinya sempurna , matanya juga sempurna....bersyukur tidak terhingga si pemuda itu tadi....lalu bapa mentuanya memberitahu bahawa matanya buta kerana anak gadisnya tidak pernah melihat benda maksiat , telinganya pekak sebab tidak pernah dengar benda yang tidak elok , tangannya kudung sebab tidak pernah mengambil barang orang atau melakukan perkara tidak baik , kakinya kudung sebab tidak pernah melangkah ke tempat maksiat atau ketempat yang kurang baik....itu adalah perumpamaan sahaja kerana aku ingin melihat kejujuran kamu....tersentak si pemuda diam tak terkata...

cerita nie mungkin boleh dijadikan teladan kepada kita semua....kesimpulannya keikhlasan dan kejujuran dalam persahabatan adalah kunci utama untuk kita mencari pasangan....bukan semata-mata kebendaan dan duniawi....

No comments:

Post a Comment